Semak Waktu Imsak & Berbuka Negeri Pulau Pinang [2024] – INFO DARI JAKIM

Bulan Ramadhan bakal menemui kita beberapa hari lagi dan tidak salah untuk kita membuat persiapan awal untuk menyambut bulan mulia ini. Di samping menyediakan pelbagai barangan fizikal seperti pakaian solat dan sejadah, ataupun makanan sunnah seperti kurma, perlu diingatkan juga agar kita bersiap sedia dengan senarai jadual Waktu Imsak dan Berbuka, agar kita tidak ketinggalan untuk bersahur.

Jadi, jika anda adalah penduduk negeri Pulau Pinang atau sedang mencari jadual waktu Imsak & Bersahur untuk negeri Pulau Pinang, anda berada di tempat yang betul! Artikel ini menyediakan jadual lengkap untuk 30 hari. Anda boleh terus scroll, save atau screenshot jadual di bawah ini ya..Selamat Berpuasa!

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Negeri Pulau Pinang : SELURUH NEGERI

* Tertakluk oleh Pengisytiharan  daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
** Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Adalah Tertakluk Kepada Pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Info Tambahan: Perkara Sunnah Untuk Dilakukan Sepanjang Bulan Ramadhan

Tidak dinafikan, untuk survive di dalam ekonomi yang kian mencabar ini, kita kadang-kadang terpaksa melakukan 2-3 kerja sampingan semata-mata untuk memastikan terdapat makanan dan keperluan asas yang mencukupi untuk seluruh ahli keluarga kita. Walaupun begitu, untuk menghidupkan lagi Ramadhan kita, sebenarnya terdapat banyak amalan ringkas dan mudah untuk kita lakukan sepanjang hari.

1.Berdoa untuk orang lain

Seperti sabda Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam,

“Apabila seorang muslim mendoakan saudaranya yang tidak ada, maka malaikat akan mengucapkan: Amin, dan semoga kamu mendapatkan yang serupa.” [Abu Dawud]

Bagi kita yang mempunyai jadual sibuk, kita mungkin mendapati bahawa kita tidak dapat meluangkan masa bersama rakan dan orang tersayang. Oleh itu, apabila kita mengingati mana-mana orang yang anda sayangi – pastikan anda berdoa untuk mereka. Mintalah apa sahaja yang terlintas di dalam hati, kerana malaikat akan mendoakan yang sama untuk kita!

2. Memberi makan atau menyediakan makanan

Salah satu amalan yang mendapat pahala tinggi dan paling dianjurkan oleh Nabi ṣallallāhu ‘alayhi wa sallam (saw) adalah memberi makan kepada seseorang. Terdapat beberapa ayat dan hadis yang menggalakkan kita untuk memberikan makanan.Sebagai contoh, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang sama dengan pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun.” [Riwayat Tirmidzi]

Ini adalah sunnah yang indah untuk diikuti. Ia adalah satu ibadah di mana dengan berkhidmat kepada orang lain dengan ikhlas, kita mendapat pahala yang banyak. Ia meningkatkan kerendahan hati dan tidak mementingkan diri serta melembutkan hati kita.

Ia boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Kita boleh menyediakan makanan itu sendiri, atau membelinya atau menderma wang itu kepada seseorang yang terlibat dalam projek memberi makan kepada mereka yang memerlukan.

3. Banyakkan bertasbih dan berzikir

Salah satu amalan yang paling berfaedah yang boleh dilakukan adalah dengan mengingati Allah subḥānahu wa ta’āla (Maha Suci dan Maha Tinggi Dia). Walaupun ia mudah, tetapi ia menuntut rasa keikhlasan, perhatian dan keinginan untuk kekal berhubung dengan Allah subḥānahu wa ta’āla (Maha Suci dan Maha Tinggi Dia).

Jadi, semasa bekerja atau berulang-alik ke satu tempat ke tempat lain, kita boleh berzikir dengan mudah. Yang menariknya, ketahuilah walaupun pada hari-hari biasa pun pahala berzikir ini besar, ia sebenarnya lebih besar di bulan Ramadan.

Az-Zuhri berkata:

“Satu tasbih di bulan Ramadhan lebih baik daripada seribu tasbih pada selainnya.” [Riwayat Tirmidzi]

Kesimpulan

Oleh itu, janganlah kita sia-siakan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini. Marilah bersama-sama kita mencari lubuk pahala dan seterusnya mengumpulnya setinggi gunung!

Pautan Untuk Semua Negeri

  • Klik sini untuk lihat Jadual Waktu Berbuka & Imsak Selangor
  • Klik sini untuk lihat Jadual Waktu Berbuka & Imsak Perak
  • Klik sini untuk lihat Jadual Waktu Berbuka & Imsak Pulau Pinang
  • Klik sini untuk lihat Jadual Waktu Berbuka & Imsak Kedah
  • Klik sini untuk lihat Jadual Waktu Berbuka & Imsak Perlis
  • Klik sini untuk lihat Jadual Waktu Berbuka & Imsak Negeri Sembilan
  • Klik sini untuk lihat Jadual Waktu Berbuka & Imsak Melaka
  • Klik sini untuk lihat Jadual Waktu Berbuka & Imsak Johor
  • Klik sini untuk lihat Jadual Waktu Berbuka & Imsak Pahang
  • Klik sini untuk lihat Jadual Waktu Berbuka & Imsak KL&Putrajaya
  • Klik sini untuk lihat Jadual Waktu Berbuka & Imsak Kelantan
  • Klik sini untuk lihat Jadual Waktu Berbuka & Imsak Terengganu
  • Klik sini untuk lihat Jadual Waktu Berbuka & Imsak Sabah
  • Klik sini untuk lihat Jadual Waktu Berbuka & Imsak Sarawak

 

Leave a Comment