Waktu Solat Johor – JAKIM

Jadual di bawah merupakan jadual waktu solat Johor yang disahkan JAKIM. Bagi anda yang sedang mencari waktu solat bagi negeri ini, samada anda sememangnya warga tempatan atau sedang bercuti di negeri Johor, boleh merujuk kepada waktu solat yang dipaparkan.

Waktu solat Johor bagi kawasan Pulau Aur dan Pulau Pemanggil pada tarikh 21-06-2024

Imsak 05:31am | Subuh 05:41am | Zohor 13:06pm
Asar 16:32pm | Maghrib 19:13pm | Isyak 20:29pm

Asal-usul nama negeri Johor

Asal-usul perkataan “Johor” dikatakan telah diambil daripada perkataan Arab iaitu “Jauhar” yang membawa maksud “Permata Berharga”. Di sini kita boleh membuat kesimpulan awal bahawa pengaruh Arab jelas kelihatan dimana para pedagang dari negara Arab telah merantau berkunjung ke sini untuk menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya sudah terkenal sejak berabad lamanya dahulu. Selain itu, Johor juga turut dikenali dengan nama Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang membawa makna “Batu Permata”.

Sejarah Negeri Johor

Sejarah Johor sebenarmya sudahpun bermula seawal tahun 800 lagi, iaitu ia menjadi salah satu penempatan perdagangan yang amat penting.Semasa abad ke-14, kawasan ini menjadi wilayah tanggungan di bawah penguasaan Empayar Majapahit, sehinggalah pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) iaitu negeri Johor pula menjadi salah sebuah kawasan jajahan pemerintahannya.

Berabad-abad berlalu, pelbagai peristiwa telah berlaku sepertimana yang telah kita ketahui dan pada tahun 1963, Johor secara rasminya menjadi satu negeri di bawah negara Malaysia.

Secara geografi, negeri Johor mempunyai keluasan hampir seluas 19,102 kilometer persegi (7,375 meter persegi), ia dikelilingi oleh Laut China Selatan di bahagian timur, Selat Tebrau di bahagian selatan serta Selat Melaka di sebelah barat. Negeri Johor mempunyai garis pantai sepanjang 400 kilometer (250 batu), iaitu dengan hampir kesemua pantai di sebelah pantai baratnya dilitupi dengan nipah dan hutan bakau. Pantai-pantai berpasir serta kawasan massif pula meliputi sebahagian besar pantai timur negeri ini manakala pantai selatan dipenuhi oleh tanjung dan teluk yang saling berselang-seli. Zon ekonomi eksklusif bagi negeri ini (EEZ) terletak lebih jauh di Laut China Selatan berbanding di Selat Melaka.

Masjid-masjid di negeri Johor

Tidak dapat dinafikan bahawa senibina di Johor, terutamanya untuk binaan masjid-masjidnya amat membanggakan. Selain ada beberapa masjid yang mempunyai reka bentuk yang unik, ada juga yang mengenengahkan konsep penggabungan bangunan lain. Berikut antara 3 buah masjid yang boleh dikatakan masing-masing mempunyai ciri-ciri yang amat unik.

  • Masjid An-Nur Kota Raya

Masjid An-Nur Kota Raya ini terletak di Plaza Kotaraya, Johor Bahru. Apa yang membuatkan masjid ini amat menarik, unik dan berbeza dengan masjid-masjid lain ialah masjid ini merupakan masjid pertama yang lokasinya terletak di dalam sebuah kompleks beli-belah (shoping complex). Selain itu, pemiliknya adalah J-Corp, iaitu salah satu cabang pelaburan bagi kerajaan negeri Johor. Berbekalkan lokasinya yang amat strategik, masjid ini memberikan manfaat sepenuhnya dengan adanya Kamdar di tingkat bawahnya.

  • Masjid Senai Airport

waktu solat johor

 

Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ini amat memainkan peranannya sebagai masjid yang utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Sejak dari pembukaannya pada tahun 2003, masjid ini telahpun dikenali sebagai masjid antarabangsa bagi kalangan pelancong yang mendarat serta berlepas dari lapangan terbang tersebut. Selain itu, Masjid Senai Airport ini juga merupakan masjid awam/umum dan dibuka sepenuhnya kepada penganut Islam yang menetap di Kampung Maju Jaya perbandaran Senai.

  • Masjid Kota Iskandar

Masjid ini adalah masjid negeri yang kedua di negeri Johor selepas Masjid Negeri Sultan Abu Bakar di Johor Bahru. Ia terletak di  bandar Kota Iskandar, iaitu tidak lain dan tidak bukan, sebuah Pusat Pentadbiran Negeri Johor yan g telah dibina oleh Cahaya Jauhar Sdn. Bhd dan EUM Builders Berhad yang juga merupakan pemaju Kota Iskandar. Masjid ini secara rasminya telah dibuka untuk orang awam pada 16Jun 2015. Selari dengan senibinanya yang serba moden, nama masjid ini diambil sempena sultan Johor yang ke4, iaitu, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Leave a Comment