Kenapa Setiap Pekerja Sendiri Perlu Sertai Skim Keselamatan Sosial PERKESO ?

Ketahui bagaimana Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO melindungi anda daripada risiko kewangan yang tidak dijangka. Baca sekarang untuk maklumat mengenai faedah, kelayakan, dan pelan caruman yang ditawarkan!

Baca Juga : Jadual Bayaran Bulanan PERKESO 2024

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri

perkeso

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan SosialPekerjaan Sendiri 2017. Sebagai permulaan, skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang seperti pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas mulai 1 Jun 2017.

Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain menjadikan 20 sektor kesemuanya di bawah perlindungan skim ini. Individu yang bekerja sendiri dan mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan disahkan melalui resit bayaran caruman.

Sektor Pekerjaan Sendiri yang Dilindungi

  1. Sektor Pengangkutan Penumpang
  2. Pengangkutan Barangan atau Makanan
  3. Pertanian
  4. Penternakan
  5. Perhutanan
  6. Perikanan
  7. Makanan
  8. Pembuatan
  9. Pembinaan
  10. Penjaja
  11. Premis Penginapan
  12. Perniagaan Online
  13. Teknologi Maklumat
  14. Pemprosesan Data
  15. Ejen
  16. Perkhidmatan Profesional
  17. Perkhidmatan Sokongan
  18. Kesenian
  19. Perkhidmatan Isi Rumah
  20. Penjagaan, Perawatan dan Pemulihan Kesihatan

Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap tanpa mengira had umur.
  2. Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah.

Dokumen yang Diperlukan

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Salinan kad PSV, profil e-hailing, permit, lesen, sijil, atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

Perlindungan Sosial Pekerjaan Sendiri

Skim ini memberi perlindungan kepada individu yang bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan yang termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan. Bencana Pekerjaan Sendiri merujuk kepada kecederaan diri yang disebabkan oleh kemalangan atau penyakit pekerjaan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri, termasuk semasa dalam perjalanan berkaitan dengan pekerjaan.

Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang berpunca atau terbit dari pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Skim ini menyediakan faedah tunai kepada individu yang bekerja sendiri dan tanggungannya, di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani, dan latihan vokasional.

Berikut adalah faedah-faedah yang disediakan oleh PERKESO:

Faedah-Faedah

  1. Faedah Perubatan
    • Rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital Kerajaan.
    • Tuntutan bayaran balik untuk rawatan di klinik bukan panel tertakluk kepada syarat PERKESO atau Akta Fi 1951.
  2. Faedah Hilang Upaya Sementara
    • Dibayar sepanjang tempoh cuti sakit yang disahkan oleh doktor, dengan tempoh cuti sekurang-kurangnya empat (4) hari.
    • Kadar bayaran RM30.00 hingga RM105.33 sehari berdasarkan pelan caruman yang dipilih.
  3. Faedah Hilang Upaya Kekal
    • Hilang upaya yang berkekalan dan mengurangkan kemampuan untuk bekerja.
    • Kadar bayaran sebanyak 90% dari pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan.
  4. Faedah Orang Tanggungan
    • Dibayar bulanan kepada orang tanggungan yang layak jika individu meninggal dunia akibat bencana pekerjaan sendiri.
    • Kadar bayaran sebanyak 90% dari pendapatan bulanan yang diinsuranskan.
  5. Elaun Layanan Sentiasa
    • RM500 sebulan untuk individu yangmemerlukan layanan tetap daripada orang lain.
  6. Faedah Pengurusan Mayat
    • RM3,000 atau kos sebenar yang dibelanjakan, yang mana lebih rendah, dibayar kepada tanggungan yang layak.
  7. Kemudahan Pemulihan Jasmani & Vokasional
    • Rawatan seperti fisioterapi, pembedahan rekonstruktif, anggota tiruan, dan latihan vokasional seperti elektrik, jahitan, dan membaiki radio.
  8. Faedah Pendidikan
    • Kemudahan pinjaman atau biasiswa kepada anak individu yang meninggal dunia akibat bencana pekerjaan sendiri atau menerima bayaran berkala faedah hilang upaya kekal.

Pelan Caruman

BilPendapatan BulananBayaran Caruman BulananBayaran Caruman Setahun
1RM1,050RM13.10RM157.20
2RM1,550RM19.40RM232.80
3RM2,950RM36.90RM442.80
4RM3,950RM49.40RM592.80

Muat Turun Aplikasi

PRIHATIN untuk mendaftar di bawah Skim Pekerjaan Sendiri dan menguruskan pelan caruman anda.

Pendaftaran dan pembayaran juga boleh dilakukan melalui Portal Matrix.

Baca Juga : Ini cara untuk semak No PERKESO dan cara tuntut SOCSO 

Leave a Comment