Adakah anda peminat tegar durian tetapi kerap kecewa dengan resepi yang rumit dan tak menjadi?
Jom ketahui rahsia resepi serawa durian paling senang yang pasti buat anda terkejut! Dalam beberapa langkah mudah, anda akan menikmati serawa durian paling lazat yang pernah anda cuba.
Siapa kata susah? Resepi Serawa Durian paling mudah ini pasti menjadi!
Tak sangka! Hari tu saya cuba buat Serawa Durian guna resepi biasa, tapi rasa dia macam tak kena je.
Serius, rasa Serawa Durian kali ni memang berbeza, sedap dan pekat macam yang ibu saya buat masa dulu-dulu. Pulut kukus tu pulak lembut dan gebu, ngam-ngam je dengan Serawa Durian.
Mula-mula ingat akan ambil masa lama, rupanya hanya 15 minit je dah siap. Guna bahan-bahan yang ada kat dapur, tak perlu keluar rumah pun. Paling syok, bila suami dan anak-anak cuba, dorang kata memang tak cukup sepinggan! Resepi ni memang wajib cuba, confirm anda pun akan jatuh cinta. Tak payah beli lagi kat luar, buat sendiri pun dah cukup puas hati.
Tak percaya? Cubalah resepi Serawa Durian dan Pulut Kukus ni, anda pasti terkejut dengan hasilnya!
Resepi Serawa Durian Dan Pulut Kukus
- Masa Penyediaan: 10 minit
- Masa Memasak: 15 minit
- Jumlah Hidangan: 6 orang
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk serawa durian:
- 10-15 ulas isi durian, bersama biji
- 1 mangkuk santan cair
- 2 helai daun pandan, carik dan simpul
- 1/2 cawan gula pasir
- seketul kecil gula melaka
- garam secukup rasa
- 1 mangkuk santan pekat
- sedikit air, jika perlu
- Bahan-bahan untuk pulut kukus:
- 500 gram pulut
- 1 cawan santan cair
- 1/2 sudu kecil garam
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk serawa durian:
- Masukkan ulas durian bersama bijinya, santan cair dan daun pandan di dalam periuk. Masak sehingga isi durian hancur dan menjadi kuah yang pekat sebati.
- Masukkan gula pasir, gula melaka dan garam.
- Teruskan didih di atas api yang perlahan dan kacau sebati kemudian masukkan pula santan pekat.
- Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Angkat dan hidangkan bersama pulut kukus.
- Cara-cara untuk pulut kukus:
- Rendam pulut selama beberapa jam (anggaran 2-3 jam).
- Panaskan kukusan dan kukus pulut selama 15-20 minit. Angkat pulut dari kukusan dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Bancuh santan cair bersama garam.
- Tuangkan santan cair kedalam pulut yang panas tadi dan tutup dengan kain. Rehatkan seketika supaya pulut menyerap kuah santan.
Tip Masakan:
- Jika pulut masih keras selepas anda gaul bersama santan cair, masukkan kembali ke dalam kukusan selama 5 minit, kemudian angkat dan sejukkan.
Rujukan video penyediaan:
Sumber: Che Nom