SARA 2023: Semak Baki Terkini Bantuan Sumbangan Asas Rahmah anda

Apakah yang dimaksudkan dengan Bantuan STR Tambahan / Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

STR merupakan salah satu inisiatif berkonsepkan Payung Rahmah dimana ia bertujuan bagi membantu golongan yang kurang mampu untuk menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi.

Kerajaan bakal memberikan sumbangan STR TAMBAHAN / Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600 untuk kategori isi rumah (miskin tegar) yang sedia ada dalam data e-Kasih, di Pejabat Persekutuan Negeri ataupun dalam Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dimana ia dalam bentuk BAKUL MAKANAN dan juga dalam bentuk BAUCER MAKANAN ASAS  yang bernilai RM100 untuk tempoh enam bulan.

Syarat Kelayakan

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Kaedah Pelaksanaan

Senarai Barangan Asas yang boleh dibeli

Cara Semak Status dan Baki Terkini (MyKasih)

  1. Layari portal semakan di portal MyKasih : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
  2. Di bahagian atas paparan tersebut, sila klik butang SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Sila pastikan anda memasukkan captcha yang tepat mengikut imej yang terpapar.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

*PENTING!!

Para penerima Bantuan SARA digalakkkan agar menyemak baki terlebih dahulu sebelum menebus atau membeli di mana-mana kedai MyKasih.

Ia bertujuan untuk memastikan para penerima bantuan tidak akan berbelanja lebih daripada baki yang sedia ada.

Ini kerana, sekiranya jumlah harga barangan yang dibeli adalah melebihi baki, jumlah lebihan itu perlu dibayar/dilangsaikan oleh penerima.

Cara Semak Baki Terkini

  1. Semakan melalui portal My Kasih
    • Pada halaman utama di bahagian atas, klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini SEMAK STATUS
    • Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-)
    • Kemudian pastikan anda memasukkan captcha yang tepat mengikut imej yang terpapar.
    • Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
    • Penerima-penerima yang LAYAK, akan dipaparkan status seperti berikut
      • Status – Layak
      • Jumlah Baki Terkini
      • Nama
      • No Kad Pengenalan
      • Program bermula dan Program Berakhir
  2. Semakan pada resit pembelian

Cara semak lokasi kedai bantuan SARA myKASIH

Semakan kedai yang terlibat di bawah program MyKasih boleh dibuat seperti langkah berikut:

  • Layari pautan Pasar Raya dan Kedai Runcit MyKasih
  • Masukkan Daerah dan Negeri pada ruangan tersedia
  • Setelah lengkap klik Cari
  • Senarai semua kedai yang terlibat MyKasih akan dipaparkan

Leave a Comment