Waktu
    No Result
    View All Result
    No Result
    View All Result
    Waktu
    No Result
    View All Result
    Home Bantuan B40

    INSAN 2023: Daftar & Semak Skim Insurans Hayat Selangor sekarang!

    Fatin by Fatin
    November 10, 2023
    in Bantuan B40
    0
    INSAN 2023: Daftar & Semak Skim Insurans Hayat Selangor sekarang!
    0
    SHARES
    50
    VIEWS
    Share on FacebookShare on Twitter

    Apa Itu Skim Insuran Hayat Selangor (INSAN) ?

    Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) adalah satu jaringan keselamatan sosial bertujuan untuk menawarkan pampasan berjumlah RM10,000 kepada setiap rakyat serta pengundi Selangor, andaikata berlaku kematian, kemalangan mahupun penyakit mengikut jenis tertentu.

    Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) yang akan memberi perlindungan kepada enam juta individu di Selangor ini adalah merupakan salah satu bukti keprihatinan Kerajaan Negeri pada nasib rakyatnya.

    Program ini bakal menawarkan manfaat kepada setiap rakyat serta pengundi Selangor yang berusia seawal 30 hari sehinggalah 80 tahun. Semua lapisan masyarakat, tidak kira dari golongan M40, B40, semua bangsa dan agama adalah layak mendapatkan bantuan ini.

    Menurut Dato’ Menteri Besar, negeri Selangor dipercayai merupakan negeri pertama di Malaysia yang menawarkan perlindungan keselamatan bagi rakyatnya tanpa mengira apa jua latar belakang.

    “Kerajaan ini adalah kerajaan negeri teulung di Malaysia yang menyediakan perlindungan nyawa bagi rakyatnya.

    “Sekiranya ada kemalangan, kematian, ataupun kehilangan pancaindera, akan adanya pembayaran menerusi pencaruman yang sudah dibayar,” katanya.

    Apakah INSAN?

    Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) adalah perlindungan insurans am berkumpulan dengan kos premium ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

    Untuk tahun 2023, INSAN Takaful iaitu dengan kuota sejumlah 3 juta Rakyat Selangor beragama Islam adalah merupakan satu penambahbaikan kepada skim perlindungan konvensional sedia ada dimana ianya berteraskan patuh Syariah, merangkumi wang pampasan dari RM10,000 – RM20,000 termasuklah untuk kemalangan yang terjadi di luar negara.

    Nilai tambah dalam perlindungan takaful ini juga menawarkan kelebihan kepada para pemegang sijil untuk memohon tuntutan wang pampasan berjumlah RM50 sehari bagi kes kemasukan wad.

    Menerusi INSAN, semua individu yang akan menerima perlindungan sebanyak RM10,000 untuk kes kematian, kemalangan dan juga kecederaan mengikut jenis tertentu.

    Antara kelebihan INSAN Takaful yang menepati prinsip Syariat Islam sehingga berjumlah RM20,000 adalah antaranya:

    • Perlindungan Takaful Kematian RM11,000
    • Perlindungan Takaful Kemalangan bagi kes kematian di luar negara sebanyak RM20,000
    • Perlindungan Takaful Hilang Upaya Kekal RM10,000
    • Perlindungan Takaful untuk kemasukan wad berjumlah RM50 sehari (maksima 30 hari)

    Syarat Kelayakan

    Anda layak untuk mendaftar JIKA :

    1. Nombor kad pengenalan mempunyai nombor negeri Selangor
      ATAU
    2. Alamat terkini anda adalah di dalam negeri Selangor
      ATAU
    3. Anda adalah pengundi untuk negeri Selangor

    Selain itu, kesemua rakyat Selangor yang berumur 7-18 tahun kini juga mendapat perlindungan di bawah skim ini.

    Tarikh Pendaftaran INSAN 2023

    Pendaftaran baharu Sim Insurans Hayat Selangor (INSAN) bermula pada 4 OGOS 2023.

    Pemegang sijil INSAN yang sedia ada akan secara automatik bertukar ke perlindungan takaful sekiranya tempoh perlindungan bawah pelan konvensional telah pun tamat.

    *Tempoh insurans ialah 12 bulan bermula daripada tarikh polisi dikeluarkan

    Semakan Status

    Anda boleh mengikuti langkah berikukt jika ingin menyemak status anda:

    1. Layari laman web https://programinsan.com/
    2. Isikan nombor kad pengenalan anda yang sah
    3. Sila rujuk/simpan butiran yang terpapar dalam simpanan anda.

    Cara Membuat Tuntutan (Claim Insurans)

    Layari laman web berikut https://programinsan.com untuk memastikan sijil INSAN itu milik anda.

    * tempoh insurans adalah selama 12 bulan daripada tarikh polisi dikeluarkan.

    Untuk sebarang pertanyaan tentang tuntutan, anda boleh hubungi Rakan Insurans Rasmi INSAN, AmGeneral Insurance di talian 1 800 88 6333 atau email customer@amassurance.com.my . Untuk maklumat lanjut, layari www.amassurance.com.my

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut serta info terkini mengenai skim INSAN ini, anda boleh merujuk saluran berikut:

    • Facebook INSAN Selangor
    • Laman web https://programinsan.com/
    Previous Post

    MyCRS 2023: Semak Permohonan Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak

    Next Post

    SARA 2023: Semak Baki Terkini Bantuan Sumbangan Asas Rahmah anda

    Fatin

    Fatin

    Related Posts

    TEKUN

    TEKUN Niaga 2023 : Cara Memohon & Kelayakan

    by Fatin
    November 28, 2023
    0

    TEKUN Niaga merupakan satu berita yang amat menggembirakan bagi golongan peniaga serta usahawan! Menerusi skim ini, kerajaan telah memutuskan untuk...

    AKAUN 3 KWSP

    Terkini: Pengeluaran Melalui Akaun 3 KWSP DiBenarkan!

    by Fatin
    November 27, 2023
    0

    Akaun 3 KWSP atau lebih mesra digelar sebagai akaun fleksibel bakal dilaksanakan bermula tahun hadapan, tahun 2024. Pastinya pengeluaran kwsp...

    Bantuan Warga Emas

    Bantuan Warga Emas (BWE) 2023 : Cara Mohon

    by Fatin
    November 27, 2023
    0

    Bantuan Warga Emas sebanyak RM500 setiap bulan tahun 2023 kini telah dibuka. Jangan lupa untuk memohon untuk keluarga anda, sekiranya...

    Sumbangan Tunai Rahmah 2024

    Sumbangan Tunai Rahmah 2024 : Permohonan Baru

    by Fatin
    November 27, 2023
    0

    Berita yang amat melegakan untuk semua golongan penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR), kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk meningkatkan jumlah...

    Next Post
    SARA 2023: Semak Baki Terkini Bantuan Sumbangan Asas Rahmah anda

    SARA 2023: Semak Baki Terkini Bantuan Sumbangan Asas Rahmah anda

    Leave a Reply Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Recent Posts

    • TEKUN Niaga 2023 : Cara Memohon & Kelayakan
    • Terkini: Pengeluaran Melalui Akaun 3 KWSP DiBenarkan!
    • Bantuan Warga Emas (BWE) 2023 : Cara Mohon
    • Sumbangan Tunai Rahmah 2024 : Permohonan Baru
    • Sumbangan Tunai Rahmah : FASA 4 & RAYUAN

    Recent Comments

    No comments to show.

    Archives

    • November 2023
    • September 2023
    • August 2023

    Categories

    • Bantuan B40
    • Etunai
    • Siswa
    • Uncategorized

      © 2023 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.

      No Result
      View All Result

        © 2023 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.