Lupakan restoran mahal! Resepi Tomyam Thai ini akan buat anda jadi Chef hebat!

Mengapa membazir wang di restoran mewah jika anda bisa menjadi chef hebat di rumah? Resepi Tomyam Thai ini bukan sahaja mudah tetapi pasti akan membuat tetamu anda terpegun.

Resepi tomyam

Lupakan restoran mahal! Resepi Tomyam Thai ini akan buat anda jadi Chef hebat!

 

Ingin rasakan tomyam ayam yang sebenar seperti anda makan di restoran terkenal di Thailand? Jangan risau, saya ada rahsia untuk anda! Saya pernah mencuba pelbagai resepi tomyam sebelum ini, namun selalu kecewa kerana rasanya tidak cukup umph, lebih kepada sup kosong tanpa jiwa!

Tetapi, setelah saya temui resepi tomyam ayam istimewa ini, semua berubah. Kuahnya yang pekat dan perisa yang kuat seolah-olah membangkitkan semua deria rasa saya. Percayalah, resepi ini akan mengubah pandangan anda tentang tomyam selamanya! Anda tidak akan percaya betapa mudahnya untuk mencipta rasa autentik ini di dapur anda sendiri. Jom cuba sekarang dan rasai perbezaannya!

 

Resepi Tomyam Goong

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 20 minit
  • Jumlah Hidangan: 5 orang

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk pes tomyam:
    • 4 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 3 batang serai
    • 3 inci lengkuas
    • 2 inci halia
    • 2-3 biji cili merah besar
    • 5-6 helai daun limau purut
    • 15-20 tangkai cili kering
    • 1 sudu besar udang kering
    • 1 cawan pati asam jawa
    • sedikit air jika perlu
    • 1/2 cawan minyak masak
    • 1 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
    • 3 sudu besar sos ikan Thai
    • 1-2 sudu besar gula nisan atau gula melaka

 

  • Bahan-bahan untuk tomyam goong:
    • air anggaran 1 liter
    • 2 hirisan akar ketumbar
    • 1 inci lengkuas
    • 2 batang serai
    • 2-3 helai daun limau purut
    • anggran 3-4 sudu besar pes tomyam
    • 10 tangkai cili padi
    • cendawan tiram
    • hirisan batang ketumbar
    • 1/4 biji bawang holland
    • 5-10 ekor udang segar
    • 1 sudu besar sos ikan Thai
    • sedikit garam
    • 2 biji tomato
    • 1/4 cawan susu cair
    • 1/2 ketul kiub pati ayam
    • 3-5 biji limau nipis (ikut saiz), ambil jus
    • hirisan daun ketumbar

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk pes tomyam:
    1. Cincang kasar bawang merah kecil dan bawang putih.
    2. Serai, buang bahagian keras dan ambil bahagian yang lembut kemudian hiris nipis.
    3. Lengkuas dan halia, buang kulit dan cincang kasar.
    4. Cili merah (optional) cincang kasar.
    5. Daun limau purut, koyang dan buang tulang tengah
    6. Cili kering, gunting, rebus dan buang biji.
    7. Udang kering, rendam dan toskan.
    8. Masukkan dalam blender cili kering, udang kering, bahan-bahan cincang kasar (halia, lengkuas, daun limau purut, serai, bawang dan cili merah), air pati asam jawa dan sedikit air.
    9. Kisar bahan-bahan tadi sehingga betul-betul halus.
    10. Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar halus tadi kemudian masak sehingga pecah minyak dan warna bertukar menjadi gelap sikit.
    11. Bila dah pecah minyak, masukkan serbuk ketumbar, sos ikan Thai dan gula melaka/nisan.
    12. Bila bahan-bahan dah sebati, tutup api. Tunggu sejuk dan boleh masukkan dalam balang.

 

  • Cara-cara untuk tomyam goong:
    1. Serai, ketuk atau hiris menyerong.
    2. Lengkuas, hiris nipis.
    3. Cili padi, buang tangkai dan belah tengah (hujung sahaja).
    4. Tomato belah 4.
    5. Bawang holland, hiris nipis.
    6. Ketumbar, potong akar dan simpan (rebusan), hiris nipis daun dan batang ketumbar (hiasan).
    7. Perah dan ambil jus limau nipis.
    8. Udang, trim kepala udang, buang kulit tengah (bahagian ekor biarkan), belah bahagian belakang dan buang tali hitam.
    9. Tuang air dalam periuk.
    10. Masukkan akar ketumbar, lengkuas, serai dan daun limau purut.
    11. Masak sampai mendidih.
    12. Kemudian masukkan paste tomyum.
    13. Masukkan cili padi dan cendawan tiram.
    14. Masukkan batang ketumbar, bawang holland dan sos ikan.
    15. Masukkan udang.
    16. Tambah garam dan masukkan tomato.
    17. Tambah susu cair dan kiub pati ayam.
    18. Last sekali, tutup api dan masukkan jus limau nipis. Taburkan hirisan daun ketumbar.

 

Tip Masakan:
  • Pastikan tutup api baru masukkan jus perahan limau nipis.
  • Jangan buang kepala udang , bahagian kepala yang beri tomyam goong rasa lebih sedap bila dimasak.
  • Boleh ganti susu cair dengan susu full cream ataupun santan.

 

 

Resepi Tomyam Thai Campur

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 15 minit
  • Jumlah Hidangan: 5 orang

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-Bahan untuk Rebusan A:
    • air secukupnya
    • Akar ketumbar
    • 2 inci lengkuas
    • 4-5 helai daun limau purut
    • 2 batang serai
    • cili padi, hiris atau tumbuk kasar
    • 1 ketul kiub ayam

 

  • Bahan-Bahan untuk Rebusan B:
    • lobak merah
    • 1 mangkuk isi ayam
    • bawang holland
    • 3 sudu besar pes tomyam
    • cendawan tiram
    • tomato
    • 3 sudu besar sos ikan
    • 3 ekor sotong
    • 7-8 ekor udang besar
    • 1/4 cawan susu cair
    • jus limau nipis dari 4 biji limau
    • hirisan daun ketumbar, untuk tabur
    • 1 mangkuk kecil isi ayam

 

Cara Penyediaan:
  1. Masukkan semua bahan-bahan rebusan A sekaligus ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan pula lobak merah diikuti isi ayam, bawang holland, pes tomyam, cendawan tiram yang diracik halus, tomato, sos ikan, sotong, udang dan susu cair.
  3. Kacau seketika tetapi jangan lama kerana takut udang dan sotong terlebih masak. Anggaran 30 saat sahaja.
  4. Masukkan jus limau nipis dan terus tutup api. Jus limau tidak boleh dimasak terlalu lama kerana nanti rasanya akan menjadi tidak enak.
  5. Taburkan dengan hirisan daun ketumbar sebagai penambah aroma dan hiasan.

 

Tip Masakan:
  • Bahan-bahan yang digunakan untuk tom yam haruslah segar kerana ia akan mempengaruhi rasa tomyam nanti. Pastikan seafood juga segar dan tidak berbau.
  • Untuk rasa lebih pedas, anda boleh tambah cili paste Thai, atau lebihkan cili padi di dalam kuah tom yam mengikut cita rasa masing-masing.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Resepi Tomyam Thai Istimewa

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 45 minit
  • Jumlah Hidangan: 4 orang

 

Bahan-bahan:
  • Bahan untuk tomyam paste:
    • 15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
    • 1 biji bawang besar, hiris kasar
    • 5 ulas bawang putih, hiris kasar
    • 2 inci lengkuas. hiris kasar
    • 2 inci halia. hiris kasar
    • 5 helai daun limau purut, hiris kasar
    • 1 sudu besar serbuk ketumbar
    • 2 sudu besar udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut
    • 1 cawan air asam jawa
    • 2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh)
    • 2 batang serai. hiris nipis
    • 2 sudu besar sos ikan Thai
    • 1 senduk minyak untuk menumis

 

  • Bahan untuk kuah Tomyam:
    • 3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap )
    • isi ayam, bahagian dada dihiris nipis
    • udang, dibuang kepala
    • sotong, potong ikut kesukaan anda
    • 1/2 batang lobak merah
    • 1 biji tomato, potong 4
    • cendawan tiram, jika suka
    • 1 batang serai
    • 4 helai daun limau purut
    • 10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus
    • 2 sudu besar sos ikan
    • 2 biji limau nipis, ambil jus
    • tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas)
    • sedikit daun ketumbar
    • 1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4

 

Cara Penyediaan:
  • Cara untuk tomyam paste:
    1. Kisar semua bahan tomyam paste (kecuali minyak masak) di dalam blender sehingga halus.
    2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masak di atas api yang sederhana dan selalu kacau supaya tomyam paste tidak hangus.
    3. Kacau sehingga tomyam paste bertukar kepada warna merah gelap dan pecah minyak. Anggaran masa 20-30 minit.
    4. Angkat dan sejukkan.

 

  • Cara untuk masak tomyam:
    1. Panaskan air. Masukkan tomyam paste (separuh dari tom yam paste yang dimasak di atas). Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama lobak merah dan masak seketika hingga karot sedikit lembut.
    2. Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus limau nipis, cili padi, bawang holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.

 

Tip Masakan:
  • Jangan rebus seafood terlalu lama kerana seafood seperti udang akan mengecut dan keras, sotong juga akan jadi liat dan keras. Memadai dengan hanya beberapa minit di dalam kuah yang mendidih.

Resepi Tomyam Ayam

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 4 orang makan

Bahan-bahan:
    • 4-5 cawan air
    • 4 ketul / 500g ayam
    • 2 batang serai
    • 2 inci lengkuas
    • 3-4 helai daun limau purut
    • 2 akar ketumbar
    • 1/2 ketul kiub ayam
    • 2-3 sudu besar sos ikan
    • 3 sudu besar pes tomyam
    • Sedikit garam
    • 1 senduk susu cair
    • 1/2 biji bawang holland
    • 4 tangkai cili kering
    • Kubis bunga
    • Tomato
    • Cendawan (jika suka)
    • 5-6 tangkai cili padi
    • Jus limau nipis
    • Daun ketumbar

 

Cara Penyediaan:
    1. Potong 2 dan dan perah jus limau nipis atas penapis.
    2. Tomato belah 4.
    3. Kobis bunga potong kecil-kecil. Saiz ikut suka nak besar mana.
    4. Cendawan trim bahagian akar. Guna cendawan jenis shimeji.
    5. Untuk pes tomyam, guna pes cili thai jenama mae pranom.
    6. Lengkuas hiris nipis, serai hiris menyerong.
    7. Bawang holland hiris kasar, daun limau purut carik dan buang tulang tengah.
    8. Daun ketumbar potong ambik akar, akar nanti kita akan guna untuk reneh kuah. Bahagian daun kita potong kasar untuk taburan nanti.
    9. Cili padi buang tangkai dan belah sikit dekat hujung.
    10. Ayam bahagian ketul besar, potong kecil. Kalau untuk tomyam ayam, guna ayam bahagian ada tulang lagi sedap la.
    11. Cili kering, potong 2-3 kemudian bakar atas kuali tanpa minyak, nak bakar direct atas api pon boleh. Bila nampak kesan terbakar sikit boleh angkat dan ketepikan.
    12. Masuk air dalam periuk, tuang masuk lengkuas, serai, akar ketumbar dan daun limau purut.
    13. Kemudian didihkan selama 5 minit.
    14. Masukkan potongan ayam, kiub pati ayam, sos ikan dan pes cili thai
    15. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
    16. Bila kuah dah mereneh masukkan bawang holland, cili kering yang dibakar tadi, kobis bunga dan susu cair (atau santan / susu krim penuh).
    17. Masukkan cendawan, tomato dan cili padi.
    18. Sebelum tutup api, renjiskan jus limau nipis dan tabur daun ketumbar untuk tambah wangi.

 

Tip Masakan:
  • Ada petua untuk senang perah jus limau ni, tekan dan golek -golek dulu sebelum potong 2 dan perah ambil jus.
  • Guna pes cili thai jenama mae pranom sebab lebih pedas kuahnya dan sesuai untuk buat kuah tomyam versi letak susu, kalau nak guna perencah tomyam yang biasa pon boleh cuma kena letak lebih sikit, kalau nak pakai kiub pon boleh tapi kalau kiub kena letak 2-3 ketul baru berasa.
  • Untuk cendawan, mana-mana cendawan yang mild rasa mcm cendawan tiram atau enoki ok nak letak, yang strong macam shitake tu tak sesuai.
  • Kalau untuk 2 orang makan boleh guna 1/2 dari resepi.
Rujukan video penyediaan:

Cara Membuat Homemade Pes Tomyam

Bahan-bahan untuk pes tomyam:

    • 4 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 3 batang serai
    • 3 inci lengkuas
    • 2 inci halia
    • 2-3 biji cili merah besar
    • 5-6 helai daun limau purut
    • 15-20 tangkai cili kering
    • 1 sudu besar udang kering
    • 1 cawan pati asam jawa
    • sedikit air jika perlu
    • 1/2 cawan minyak masak
    • 1 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
    • 3 sudu besar sos ikan Thai
    • 1-2 sudu besar gula nisan atau gula melaka

 

Cara-cara untuk pes tomyum:

    1. Cincang kasar bawang merah kecil dan bawang putih.
    2. Serai, buang bahagian keras dan ambil bahagian yang lembut kemudian hiris nipis.
    3. Lengkuas dan halia, buang kulit dan cincang kasar.
    4. Cili merah (optional) cincang kasar.
    5. Daun limau purut, koyak dan buang tulang tengah
    6. Cili kering, gunting, rebus dan buang biji.
    7. Udang kering, rendam dan toskan.
    8. Masukkan dalam blender cili kering, udang kering, bahan-bahan cincang kasar (halia, lengkuas, daun limau purut, serai, bawang dan cili merah), air pati asam jawa dan sedikit air.
    9. Kisar bahan-bahan tadi sehingga betul-betul halus.
    10. Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar halus tadi kemudian masak sehingga pecah minyak dan warna bertukar menjadi gelap sikit.
    11. Bila dah pecah minyak, masukkan serbuk ketumbar, sos ikan Thai dan gula melaka/nisan.
    12. Bila bahan-bahan dah sebati, tutup api. Tunggu sejuk dan boleh masukkan dalam balang.

 

 

Brand yang digunakan untuk masak tomyam:

  • Pes cili Thai

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

 

  • Pes Tomyam Thai

 

 

 

 

 

 

Sumber: Che Nom

 

BACAAN LAIN:

 

Leave a Comment