Pernahkah anda merasai keenakan Swedish Meatball ala Ikea yang membuatkan lidah anda tidak mahu berhenti menari? Kini, anda boleh membawa kenikmatan itu ke dapur sendiri.
Mari kita selami rahsia di balik kelazatan Swedish Meatball, resepi homemade yang pasti membuatkan anda bertanya-tanya, bagaimana sesuatu yang sedemikian sedap boleh dicipta di rumah?
Resepi Swedish Meatball: Ini cara homemade ala Ikea yang gerenti sedap!
Pernahkah anda terbayang-bayang akan keenakan meatball Sweden yang terkenal di lingkaran Ikea, yang menyebabkan air liur anda meleleh hanya dengan memikirkannya? Kini, giliran anda untuk membawa keajaiban kulinari Skandinavia itu ke dapur rumah anda sendiri! Resepi Swedish Meatball yang akan kami kongsikan ini bukanlah sembarangan resepi, tetapi satu formula rahsia yang telah dipertingkatkan untuk memastikan setiap gigitan membawa anda ke pengalaman rasa yang autentik, dengan tekstur yang sempurna dan brown sos yang melimpah ruah, seolah-olah anda sedang menikmati hidangan di Sweden itu sendiri.
Bersiaplah untuk mendapatkan pujian dari keluarga dan kawn-kawan kerana anda akan mempelajari cara untuk menghasilkan meatball yang tidak hanya sedap tetapi juga memikat hati, homemade ala Ikea yang gerenti akan membuat semua orang meminta tambah!
Resepi Swedish Meatball
- Masa Penyediaan: 40 minit
- Masa Memasak: 30 minit
- Jumlah Hidangan: 25 biji
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk meatball:
- 600g daging kisar
- 1 biji bawang holland
- 2 keping roti putih
- 5 sudu besar /75 ml susu full cream
- 1 biji telur
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 ulas bawang putih
- 1/4 sudu kecil rempah mixed spice
- 3/4 sudu kecil garam
- Minyak, untuk menggoreng
- Bahan-bahan untuk Sos Perang:
- 40g /3 sudu besar mentega
- 3 sudu besar tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 ketul kiub pati daging
- 1 cawan susu full cream
- 1/2 cawan krim masakan
- 2 sudu kecil kicap
- 1/2 sudu kecil cuka (**boleh ganti cuka dengan 1 sudu kecil dijon mustard)
- NOTA Penting: Jumlah kesemua susu full cream, air dan krim ialah 2 cawan. Anda boleh sesuaikan ikut bahan sama ada lebihkan susu atau krim
- Lebih banyak krim, lebih sedap rasa brown sos
- Bahan-bahan untuk hidangan sampingan:
- Sayur brokoli
- Kentang goreng
- Jem lingonberry
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk meatball:
- Cincang halus bawang holland dan bahagi 2. Potong roti dan rendam dengan susu.
- Tumis 1 bahagian bawang holland. Goreng sampai lembut.
- Masukkan dalam mangkuk yang besar daging kisar, bawang holland tumis dan bawang holland mentah, roti putih, telur, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, bawang putih parut, rempah mixed spices dan garam.
- Gaul anggaran 1-2 minit atau sampai adunan melekit.
- Sukat daging dengan sudu dan bentukkan menjadi bebola sama saiz.
- Rehatkan
- Panaskan minyak (boleh tambah butter sikit) dan goreng meatball sampai habis.
- Cara-cara untuk sayur:
- Panaskan air sampai mendidih kemudian masukkan garam.
- Potong brokoli dan rebus selama 2-3 minit. Angkat dan masuk dalam air sejuk.
- Cara-cara untuk sos perang:
- Tapis keluar minyak dari goreng meatball tadi. Keladak yang tinggal akan digunakan balik untuk masak sos perang.
- Panaskan semula kuali dan cairkan butter. Masuk tepung gandum dan kacau sehingga masak larut.
- Masukkan air dan masak sehingga pekat. Masukkan susu full cream, kiub pati lembu.
- Masuk cooking cream, kicap dan cuka (boleh ganti Dijon mustard). Kacau sampai brown sauce pekat mendidih.
- Cara-cara untuk kentang goreng:
- Panaskan minyak dan goreng jejari kentang sampai garing. Angkat dan tabur sedikit garam.
- Hiding bersama meatball, sos perang, brokoli dan jem lingonberry.
Rujukan video penyediaan:
Resepi Sos Meatball Ikea
Bahan-bahan Meatball:
- 750g daging cincang
- 100g serbuk roti
- 1 biji bawang besar – cincang halus
- 1 ulas bawang putih – cincang halus
- 1 biji telur
- 5 sudu besar susu full cream
- Garam dan lada hitam
Cara Penyediaan:
- Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.
- Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.
- Dah nampak brown sikit, terus masukkan dalam oven. Kalau guna kuali yg tangkai besi macam ni, boleh masuk terus dalam oven. Kalau kuali tangkai plastik, jangan tau. Tak pasal-pasal cair nanti. Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven).
Bahan-bahan Sos:
- 40g mentega
- 40g tepung gandum
- 2 kiub pati daging
- 300ml air
- 2 sudu kecil kicap lemak manis
- 1 sudu kecil Dijon mustard
- 150ml krim masakan/dairy whipping cream
Cara Penyediaan:
- Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.
- Masukkan kiub pati daging, hancurkan.
- Masukkan 300ml air sambil kacau oerlahan untuk elakkan berketul.
- Masukkan kicap, dijon mustard dan krim. Ini penting untuk dapatkan rasa kuah sama macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu.
- Kacau sampai pekat dan tidak berketul.
Resepi Lain Sos Meatball
Bahan-bahan sos:
1 biji bawang holand.
2 biji tomato saiz sederhana.
1 kuib pati ayam.
2 sudu tepung gandum.
1 gelas susu segar kotak.
1 gelas air.
2 sudu sos tomato.
2 sudu sos tiram.
2 sudu kicap biasa.
3 sudu sos black pepper.
2 sudu buttercup.
Cara Penyediaan:
- Panaskan kuali, masuk 2 sudu buttercup. Tak kisahla butterglass ke, butterbowl ke, asalkan adik beradik butter.
- Butter dah mencair, masuk hirisan bawang holand yang dipotong dadu. Kacau bawang sampai layu di tasik madu.
- Masuk 2 sudu tepung gandum. Kacau dan kacau biar sebati.
- Letak tomato dan kacau lagi.
- Tuang 1 gelas susu segar. Jenama apa pun boleh.
- Masuk pula air 1 gelas. Kacau dan kacau lagi.
- Masuk semua sos sekali jalan. Senang kerja. Kacau sampai sebati.
- Letak 1 kiub pati ayam.
- Garam secukup rasa.
- Kuah dah siap. Biar sejuk sekejap.
- Masuk kuah dalam pengisar dan blend.
Sumber: