Resepi Sambal Tumis Ikan Kembung: Ini cara nenek masak sedap tak terkata!

Adakah anda sudah bersedia untuk mengembara ke dunia rasa yang belum pernah anda jelajahi?

Mari kita buka rahsia di balik kesedapan Sambal Tumis Ikan Kembung yang akan mengubah pandangan anda tentang sambal selamanya

Resepi Sambal Tumis Ikan Kembung

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Sambal Tumis Ikan Kembung: Ini cara nenek masak sedap tak terkata!

 

Ingin mencuba sesuatu yang unik dan memukau selera? Jelajahi keajaiban dari dapur Melayu dengan Resepi Sambal Tumis Ikan Kembung, sebuah hidangan yang kaya dengan rasa dan tradisi. Sambal tumis yang pedas dengan kelembutan ikan kembung, menjadikan setiap suapan tidak hanya memenuhi rasa tapi juga merayakan warisan kulinari. Sertai kami mempelajari bagaimana hidangan sederhana ini bisa mendamaikan hati dan memikat selera.

 

Resepi Pertama Sambal Tumis Ikan Kembung

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 6-8 orang makan

 

Bahan-bahan:
    • 6-8 ekor ikan kembung
    • 2 sudu kecil garam halus
    • 2 sudu kecil serbuk kunyit
    • 4 biji bawang merah kecil
    • 3 ulas bawang putih
    • 1/2 inci halia
    • 15 biji cili kering
    • 2 senduk minyak masak
    • 1 biji bawang besar
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 2-3 sudu besar air asam jawa
    • 2 sudu besar gula putih
    • 2 sudu besar sos ikan
    • 2 sudu besar sos cili
    • Daun bawang

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk ikan goreng:
    1. Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
    2. Panaskan minyak dan goreng sampai garing.
    3. Angkat dan ketepikan

 

  • Cara-cara untuk sambal tumis:
    1. Potong kasar bawang merah kecil, bawang besar, bawang putih dan halia.
    2. Cili kering, gunting dan rebus sampai lembut dan tapis keluar biji.
    3. Kisar sampai halus bahan potong kasar, cili kering dengan sedikit air (boleh tambah belacan kalau suka).
    4. Bawang besar potong membulat.
    5. Panaskan minyak dan tumis sedikit bawang besar sampai layu.
    6. Masukkan bahan kisar halus dan air sampai pecah minyak.
    7. Bila kuah dah garing masukkan sos tiram, air asam jawa, gula putih, sos ikan thai dan sos cili. Teruskan masak sampai kuah menjadi gelap.
    8. Masukkan hirisan bawang besar dan ikan goreng. Kacau perlahan sampai sambal dan ikan goreng bergaul sebati.
    9. Hidang dan tabur dengan daun bawang.

 

Tip Masakan:

  • Tips untuk goreng ikan, kalau mata ikan bertukar warna putih maknanya ikan dah boleh alih.
  • Untuk tak nak ikan melekat, pastikan minyak betul-betul panas ataupun percik dengan sedikit garam atau masukkan asam keping sebelum goreng. Tapi yang paling penting periuk perlu well season sebelum guna.
  • Untuk tumis sambal pastikan minyak lebih sikit barulah sambal tumis masak elok.

 

Rujukan video penyediaan:

Resepi Kedua Sambal Tumis Ikan Kembung

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 10 minit
  • Jumlah Hidangan: 6 orang

 

Bahan-bahan:
  • 6 ekor ikan kembung
  • 1 senduk cili kisar
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram (optional)
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • 1 biji bawang besar, potong membulat
  • gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis, anggaran 1 mangkuk kecil
  • Bahan tumbuk/kisar halus:
  • 4 ulas bawang putih
  • 4-5 biji bawang merah
  • 1/2 inci halia

 

Cara Penyediaan:
  1. Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar. Kacau di atas api perlahan sehingga cili kisar pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili, sos ikan, sos tiram dan air asam jawa. Kacau sehingga sambal masak sebati. Boleh ditambah sedikit air jika sambal terlalu kering.
  4. Masukkan bawang besar dan gula secukup rasa.
  5. Tuangkan kuah sambal di atas ikan goreng tadi. Siap untuk dihidangkan.

 

Tip Masakan:
  • Dalam resepi ini tidak perlu masukkan garam kerana sos tiram, dan sos ikan sudah masin. Ikan goreng juga sudah diletakkan garam semasa menggoreng.
Sumber: Che Nom

 

RUJUKAN LAIN:

Leave a Comment