Adakah anak anda cerewet makan? Pasti seronok mencuba resepi Roti Pizza Ekspres ini! Rasa lazat, penyediaan pantas, dan mak-mak yang sibuk boleh sediakan dalam sekelip mata! Ketahui rahsia di sebalik resepi ini sekarang!
Pikat selera anak dengan resepi Roti Pizza Ekspres yang mudah ini, mak-mak yang sibuk mesti cuba!
Menyediakan bekal sarapan buat anak-anak yang bersekolah sebenarnya bukanlah semudah yang disangka. Hal ini kerana pengulangan menu yang sama boleh menjadi membosankan.
Namun, tidak lagi jika anda mencuba resepi roti pizza ekspres yang sangat mudah ini. Berikut adalah cara buat roti pizza yang paling cepat dan enak untuk si manja, seperti yang dikongsikan di bawah.
Walaupun anda sibuk untuk ke tempat kerja, bekal sarapan ini masih dapat disiapkan dalam sekelip mata!
Cara Buat Roti Pizza Paling Cepat Untuk Bekal Anak
Jika anda sudah keletihan atau tidak larat untuk memasak pada waktu petang, resepi ini adalah penyelesaian yang sempurna. Ia juga sesuai disediakan sebagai sarapan untuk anak-anak yang hendak ke sekolah. Kita akan buat pizza dengan hanya menggunakan 4 bahan asas menggunakan roti Gardenia. Selain itu, hanya bahan-bahan yang ada di rumah sahaja yang diperlukan. Mudah, bukan?
Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan-bahan:
Roti Gardenia atau apa-apa jenis roti – 2 keping
Sos – sebaiknya sos tomato atau sos spaghetti, tetapi boleh gunakan sos cili jika itu sahaja yang ada di rumah
Chicken slice – 2 keping (boleh juga menggunakan sosej yang dipotong nipis)
Cheese – Mozarella atau cheese slice mengikut selera masing-masing
Cara Penyediaan:
1.Mula-mula sapu sos atas roti. Ikutlah nak letak sos apa pun janji yang kena dengan selera kita.
2.Lepas tu taburkan cheese secukup rasa nak makan banyak mana.
3.Letak chicken slice sekeping terus macam ini. Nampak sangat malas nak potong-potong.
4.Letak sekeping lagi roti & sapu sos lagi.
5.Ulanglah step tadi. Letak chicken slice lagi 1 keping.
6.Taburlah cheese lagi.
7.Bakar dalam air fryer yang kau orang lama tak guna tu. Macam lah kita tak tahu. Masa beli kemain cakap nak diet konon tak nak makan goreng-goreng kan, sebab tu beli air fryer. Ok, set suhu 160 & bakar 10 minit. Inilah hasilnya.
Tip Tambahan
Jika mahu variasi, boleh tambahkan sayur-sayuran seperti capsicum, cendawan, atau bawang besar yang dipotong dadu.
Untuk rasa yang lebih unik, boleh cuba menggunakan pelbagai jenis cheese seperti cheddar atau parmesan.
Sumber: