Resepi Nugget Ayam Homemade ini dijamin lebih sihat, sedap dan rangup!

Adakah anda sering risau tentang bahan-bahan yang digunakan dalam nugget ayam yang dibeli di kedai? Teringin mencuba nugget ayam buatan sendiri yang lebih sihat dan lazat?

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba resepi nugget ayam homemade yang bukan sahaja mudah disediakan tetapi juga dijamin lebih rangup dan menyelerakan!

Resepi Nugget Ayam

Resepi Nugget Ayam Homemade ini dijamin lebih sihat, sedap dan rangup!

 

Baru-baru ni, saya cuba buat nugget ayam sendiri di rumah. Fikir mudah je, tapi bila siap, rasa dia macam tak berapa nak jadi. Nugget lembik dan rasa macam biasa-biasa je. Tapi selepas jumpa resepi Nugget Ayam Homemade ni, memang tak sangka! Rasa dia sama macam nugget mahal yang dijual di kedai, malah lebih sedap dan rangup. Anak-anak pun suka sangat sampai tak habis-habis minta tambah. Rahsianya terletak pada cara penyediaan dan bahan-bahan yang digunakan. Serius, tak sia-sia cuba resepi ni. Siapa sangka, nugget homemade boleh jadi se-power ni! Jom cuba resepi ni, confirm anda pun akan kagum!

 

Resepi Nugget Ayam Homemade

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 48 biji

 

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan isi nugget:
    • 500g isi ayam
    • 4 keping roti
    • 1/2 cwn /125ml susu full cream
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 biji bawang merah kecil
    • 1 sudu kecil serbuk lada putih
    • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1/2 sudu kecil serbuk cayenne atau paprika
    • 1/2 sudu kecil herba Itali (pilihan)
    • 4 sudu besar tepung ubi
    • 1 sudu kecil serbuk penaik
    • 1/2 sudu kecil garam

 

  • Bahan-bahan salutan:
    • 2 biji telur
    • Tepung gandum
    • Serbuk roti

 

Cara Penyediaan:

  • Cara-cara untuk isi nugget:
    1. Potong kasar roti. Masukkan roti dan susu dalam mangkuk. Tekan-tekan roti biar serap sebati.
    2. Parut halus bawang putih dan bawang merah kecil.
    3. Isi ayam trim buang tulang dan lemak kemudian potong kepada ketulan kecil.
    4. Masuk dalam food processor isi ayam, roti yand direndam, serbuk lada putih, bawang parut, serbuk cayenne atau paprika, serbuk lada hitam, herba itali (pilihan) dan garam. Kisar sampai halus.
    5. Masukkan tepung ubi dan baking powder. Sambung kisar halus semua bahan.
    6. Gris loyang (loyang 7×7 inci) dengan minyak masak.
    7. Pindah masuk isi ayam kisar kedalam loyang. Ratakan dengan tangan (untuk mudah, lumur tangan dengan minyak sebelum ratakan).
    8. Kukus anggaran masa 20 minit.
    9. Keluarkan dan biarkan sejuk.
    10. Potong atau terap isi nugget mengikut cita rasa masing-masing (Potong kepada 24 bahagian kemudian belah lagi 2, hasilnya 48 biji).

 

  • Cara-cara untuk salutan:
    1. Pecahkan telur. Masukkan garam dan pukul sebati.
    2. Salut isi nugget dengan tepung gandum.
    3. Celup dalam telur. Toskan lebihan telur.
    4. Salut sebati dengan serbuk roti.
    5. Goreng nugget dalam minyak separuh tenggelam.
    6. Angkat dan hidang bersama sos cili dan mayonis.

 

Tip Masakan:
  • Tujuan letak roti supaya nugget mudah terbentuk, tak kering dan tak berderai bila proses membentuk.
  • Tepung ubi ditambah untuk beri texture kenyal pada nugget dan baking powder untuk texture berongga bila goreng nanti.
  • Kalau tak nak kukus isi nugget boleh bentukkan (bahan kisar) dan sejukkan dalam freezer 30 minit, keluarkan dan salut macam biasa.
  • Boleh salut dua kali nugget untuk lebih tebal. Ulang celup telur dan serbuk roti. Tapi sekali salutan sudah memadai untuk rangup.
  • Nugget yang belum goreng boleh simpan dalam freezer anggaran 1-2 bulan.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment