Resepi Nasi Arab Mandy Ayam: Ini resepi ala Chef terkenal yang pasti lazat!

Hari ini kami ingin berkongsi menu istimewa iaitu resepi Nasi Arab Mandy Ayam yang pastinya akan memikat hati dan memanjakan lidah anda dengan setiap suapan!

Nasi Arab Mandy Ayam

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Nasi Arab Mandy Ayam: Ini resepi ala Chef terkenal yang pasti lazat & berempah!

 

Nasi Arab Mandy Ayam merupakan sebuah makanan kegemaran di Malaysia, yang memukau selera penduduk tempatan dengan rempah ratus khas Timur Tengah dan aroma yang memikat deria. Masakan ini adalah warisan kuliner Arab yang telah berjaya menyesuaikan diri dengan selera Malaysia, dengan harmoni rasa yang mempertemukan bumbu rempah tradisional seperti buah pelaga, cengkih, dan kayu manis.

Ayam yang dimasak hingga empuk menjadi pelengkap sempurna bagi nasi yang wangi dan berperisa, seringkali disajikan dengan sajian sampingan acar timun dan kuah yang menambah kesegaran pada setiap suapan. Di restoran-restoran, kedai makan, hingga ke pasar malam, Nasi Arab Mandy Ayam telah menjadi pilihan yang tidak asing lagi bagi penggemar makanan, baik untuk santapan harian atau sebagai hidangan istimewa di dalam perayaan dan majlis berkumpul keluarga.

 

Resepi Nasi Arab Mandy Ayam:

  • Masa Penyediaan: 45-55 minit
  • Masa Memasak: 1 jam
  • Jumlah Hidangan: 4 orang makan
Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk rempah mandy:
    • 2 sudu besar biji ketumbar
    • 1 sudu besar jintan putih
    • 1 sudu besar lada hitam
    • 1 sudu kecil bunga cengkih
    • 8 biji buah pelaga
    • 1 batang kayu manis
    • 3 helai daun salam kering

 

  • Bahan-bahan untuk nasi mandy:
    • 4 cawan beras basmathi extra long
    • air secukupnya untuk rendam
    • 3-4 sudu besar minyak sapi
    • ½ biji bawang holland
    • 5-6 ulas bawang putih (**tertinggal di caption video)
    • 3 tangkai cili hijau
    • 4-5 tangkai cili padi
    • 1 – 1 ½ sudu besar rempah mandi
    • 6 cawan stok rebusan ayam
    • 1 mangkuk kecil kismis hitam
    • 4 cawan beras basmathi
    • garam secukup rasa

 

  • Bahan-bahan untuk rebusan ayam:
    • 2-3 sudu besar minyak masak
    • 2 helai daun salam
    • 1 batang kayu manis
    • 2 sudu kecil lada hitam
    • ½ biji bawang holland
    • 10 cawan air
    • 1 kiub ayam
    • 1 ekor ayam
    • 1 sudu besar rempah mandy
  • Bahan-bahan untuk sapuan ayam:
    • 2 sudu besar minyak zaitun
    • 1 sudu kecil serbuk smoked paprika/serbuk cili
    • Sedikit pewarna kuning
    • 1 sudu besar jus lemon
    • ½ sudu besar rempah mandi

 

  • Bahan-bahan untuk salad:
    • 1 biji timun
    • 1 biji tomato
    • ½ biji bawang holland
    • sedikit garam
    • sedikit gula
    • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1-2 sudu besar jus lemon
    • daun ketumbar

 

  • Bahan-bahan untuk sos harrah:
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 biji tomato
    • 4-5 tangkai cili padi
    • 1 biji lemon
    • 1 biji cili merah
    • Daun dan batang ketumbar
    • 1 sudu besar jus lemon
    • sedikit garam
    • sedikit gula

 

  • Bahan-bahan untuk sup:
    • Baki air rebusan ayam (setelah keluarkan air rebusan untuk nasi)
    • Garam secukup rasa
    • ½ sudu kecil serbuk kunyit
    • ½ sudu besar serbuk lada hitam
    • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
    • Hirisan daun ketumbar

 

  • Bahan-bahan untuk perasa asap:
    • 2 sudu besar minyak masak
    • bara dari arang

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk rempah mandy:
    1. Panaskan kuali dan sangai bahan-bahan rempah mandy sehingga naik bau dalam anggaran masa 5-7 minit.
    2. Kisar bahan rempah sehingga agak halus.

 

  • Cara-cara untuk nasi mandy:
    1. Rendam beras dengan air secukupnya sehingga lembut, anggaran 30 minit.
    2. Panaskan minyak sapi lalu tumis hirisan bawang holland sehingga lembut dan layu.
    3. Masukkan bawang putih, cili padi hiiau, rempah mandy, stok rebusan ayam, kismis hitam, rendaman beras basmathi yang telah dibasuh bersih dan garam secukup rasa.
    4. Tutup dengan aluminium foil ataupun kain dan masak nasi dengan api yang perlahan.
    5. Selepas nasi sudah masak, tambah sedikit pewarna kuning telur atau saffron.

 

  • Cara-cara untuk rebusan ayam:
    1. Panaskan minyak masak lalu tumis daun salam, kayu manis, lada hitam dan hirisan bawang holland. Tumis sehingga bawang holland menjadi lembut.
    2. Masukkan air, kiub ayam (pilihan), ayam dan rempah mandy.
    3. Rebus ayam dalam anggaran masa 20-30 minit dengan api yang sederhana.
    4. Sediakan bahan sapuan ayam dengan campuran minyak zaitun, serbuk smoked paprika, sedikit pewarna kuning, jus lemon dan rempah mandy. Kacau sekata bahan.
    5. Selepas ayam masak, sapukan permukaan ayam dengan bahan sapuan lalu perapkan seketika.
    6. Bakar ayam pada suhu 180C – 200C dengan menggunakan api atas sahaja dalam anggaran masa 15 minit.

 

  • Cara-cara untuk sup:
    1. Panaskan baki air rebusan ayam untuk sup.
    2. Masukkan garam secukup rasa, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan hirisan daun ketumbar.
    3. Masak sehingga sup mendidih.

 

  • Cara-cara untuk salad:
    1. Potong dadu timun, tomato dan bawang holland.
    2. Masukkan sedikit garam dan gula, serbuk lada hitam, jus lemon dan hirisan daun ketumbar.
    3. Gaul sekata bahan-bahan salad.

 

  • Cara-cara untuk sos harrah:
    1. Kisar bawang putih, tomato, cili padi, cili merah (pilihan), daun dan batang ketumbar tanpa air. Kisar kesemua bahan tidak terlalu halus.
    2. Perasakan sos yang telah dikisar dengan jus lemon, sedikit garam dan gula.

 

  • Cara-cara untuk perasa asap.
    1. Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk. Gaul Bersama majerin. Majerin tu tak perlu dipanaskan. Gaul sehingga adunan melekat menjadi satu bebola doh.
    2. Letakkan ayam panggang diatas nasi mandy.
    3. Guna bekas tahan panas dan tuang minyak masak lalu letakkan bara dari arang.
    4. Tutup rapat selama 10 minit agar nasi dan ayam terkena asap dan dapat menyerap baunya.

 

  • Cara-cara untuk hidang nasi arab mandy ayam berempah:
    1. Hidangkan nasi mandy dengan ayam panggang, salad, sos harrah, sup kosong bersama potongan cili hijau dan hirisan lemon.
    2. Kemudian, nasi arab mandy ayam berempah siap untuk dijamu selera.

 

NOTA: Bakar ayam angaran 15 minit Suhu 180C-200C, api atas bawah.

 

 

Video rujukan untuk penyediaan Nasi Arab Mandy Ayam:

 

Sumber: Che Nom

 

BACAAN LAIN:

Leave a Comment