Resepi Mee Kari: Ramuan Rahsia Nenek Moyang Untuk Mee Kari yang padu!

Mari pelajari resepi Mee Kari yang mempunyai rasa kuah yang padu dan sedap, pasti akan makan bertambah.

Resepi Mee Kari

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Mee Kari

Mee Kari ialah sebuah hidangan yang tidak asing lagi di kalangan rakyat pelbagai bangsa di negara ini. Dengan kuah kari yang pekat, diadun hingga sebati dengan rempah-ratus terpilih, tidak hairanlah Mee Kari telah menakluki hati ramai dengan rasanya yang kaya dan penuh umph!

Biasanya disajikan dengan mee kuning yang kenyal, hidangan ini juga turut dilengkapkan dengan pelbagai bahan tambahan seperti taugeh dan kerang, dengan hirisan ayam atau udang sebagai protein pilihan.

Daripada gerai jalanan ke restoran lima bintang, Mee Kari menawarkan pengalaman rasa yang unik dan menyelerakan yang merentasi sempadan geografi dan budaya serta menjadi ikon masakan Malaysia.

 

Resepi Mee Kari

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 7-8 orang

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 4 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 2 inci lengkuas
    • 1 batang serai, hiris nipis
    • 2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut

 

  • Bahan-bahan untuk bancuhan pes rempah:
    • 4 sudu besar serbuk kari daging
    • 2 sudu besar serbuk cili
    • sedikit air

 

  • Bahan-bahan untuk rempah tumis:
    • 1 batang kayu manis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 3 kuntum cengkih
    • 5 biji buah pelaga
    • 2 tangkai daun kari

 

  • Bahan-bahan untuk kuah :
    • potongan isi ayam
    • 1 biji kentang, potong dadu
    • kerang rebus
    • udang
    • air rebusan kulit udang
    • santan cair
    • fishball
    • tauhu, potong 2
    • kiub ayam
    • santan pekat

 

  • Bahan-bahan untuk hiasan:
    • 1 bungkus mee kuning
    • telur rebus
    • sawi
    • taugeh
    • bawang goreng
    • cili merah dan hijau
    • limau kasturi
    • telur rebus

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk kuah mee kari:
    1. Kisar halus bahan-bahan untuk kisar dan ketepikan.
    2. Bancuh bahan-bahan untuk pes rempah kari. Ketepikan.
    3. Tumis bahan-bahan rempah tumis sehingga naik bau. Masukkan bancuhan pes rempah dan bahan kisar halus.
    4. Masak sehingga rempah bertukar warna sedikit gelap dan pecah minyak. Tambah sedikit air beberapa kali dan ulang sehingga rempah pecah minyak supaya untuk pastikan bancuhan rempah kita betul-betul masak.
    5. Masukkan isi ayam, kentang yang didadu, air rebusan kulit udang, santan cair, kiub pati ayam, asam gelugur, fishball, isi kerang rebus, air rebusan kerang, udang, tauhu puff dan santan pekat.
    6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

 

  • Cara-cara untuk bahan-bahan hiasan:
    1. Celur sawi dalam air panas. Angkat dan terus masukkan ke dalm air sejuk supaya warna daun kekal hijau segar.
    2. Celur pula taugeh
    3. Sediakan bawang goreng, telur rebus,, hirisan cili merah.
    4. Potong limau kasturi.
    5. Celur mee kuning dan bilas dengan air. Gaulkan dengan sedikit minyak zaitun supaya mee tak melekat bila kita nak hidangkan nanti.

 

Ini rujukan video penyediaan Mee Kari: 

 

 

Sumber: Che Nom

 

BACAAN LAIN:

Leave a Comment