Tak perlu ke kedai! 4 Resepi Mee Goreng sedap ini mudah dimasak di rumah

Sebenarnya, anda tak perlu keluar rumah pun untuk menikmati mee goreng yang lazat. Rasa macam dekat kedai pun ada! Nak tahu caranya?

Jom saya share 4 resepi mee goreng sedap yang boleh dimasak sendiri dengan mudah di rumah.

Resepi Mee Goreng

Tak perlu ke kedai! 4 Resepi Mee Goreng sedap ini mudah dimasak di rumah

 

Anda pernah cuba masak mee goreng tapi rasanya hambar sahaja? Saya pun pernah alami perkara yang sama. Tapi, satu hari, saya jumpa resepi Mee Goreng ini – dan hasilnya memang tak disangka! Mee goreng saya kali ini rasa macam kat restoran sahaja, sedap sampai menjilat jari. Apa yang menariknya, resepinya mudah dan siap dalam masa 15 minit sahaja!

Hari tu, saya cuba resepi ini untuk sarapan keluarga. Biasanya, anak-anak saya cerewet bila makan mee goreng, tapi kali ini habis licin! Resepi yang saya guna ini memang berbeza, bahan-bahannya pun tak banyak, tapi rasa dia memang padu. Rasa macam mee goreng mamak, tapi lagi sedap!

 

Resepi Pertama Mee Goreng Biasa 

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 15 minit
  • Jumlah Hidangan: 4 orang

 

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus / 500g mee kuning
  • 1 cawan udang saiz sederhana, buang kulit
  • 1 cawan air rebusan kulit udang
  • 1 biji telur
  • 3 batang fish cake, potong kiub
  • Taugeh, bersihkan
  • Sawi, potong dan asingkan daun dan batang
  • 2 biji tomato, potong dadu besar
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • kicap manis
  • kicap karamel (caramel soy sauce)
  • garam dan gula secukup rasa
  • Bahan tumbuk kasar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah

 

Cara Penyediaan:

Cara untuk membuatnya:

    1. Basuh dan celur mee dengan air panas. Jangan terlalu lama kerana mee akan lembik.
    2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
    3. Masukkan udang, fish cake, batang sawi, kicap manis, sos cili, sos tiram dan separuh air rebusan kulit udang. Kemudian masukkan tomato. Teruskan masak sehingga tomato lembut.
    4. Masukkan mee dan kicap karamel, terus kacau hingga semua bahan masak sebati. Akhir sekali masukkan telur, taugeh dan daun sawi jika anda suka mee goreng yang basah, masukkan lagi separuh air rebusan kulit udang.
    5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
    6. Hiaskan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.

 

Rujukan video penyediaan Mee Goreng:

Resepi Kedua Mee Goreng Biasa 

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 15 minit
  • Jumlah Hidangan: 4 orang
Bahan-bahan:
  • 1 bungkus/ 500g mee kuning
  • 1 cawan udang saiz sederhana, buang kulit
  • 1 cawan air rebusan kulit udang
  • 1 biji telur
  • 3 batang fish cake, potong kiub
  • Taugeh, bersihkan
  • Sawi, potong dan asingkan daun dan batang
  • 2 biji tomato, potong dadu besar
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • kicap manis
  • kicap karamel (caramel soy sauce)
  • garam dan gula secukup rasa
  • Bahan tumbuk kasar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah

 

Cara Penyediaan:
    1. Basuh dan celur mee dengan air panas. Jangan terlalu lama kerana mee akan lembik.
    2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
    3. Masukkan udang, fish cake, batang sawi, kicap manis, sos cili, sos tiram dan separuh air rebusan kulit udang. Kemudian masukkan tomato. Teruskan masak sehingga tomato lembut.
    4. Masukkan mee dan kicap karamel, terus kacau hingga semua bahan masak sebati. Akhir sekali masukkan telur, taugeh dan daun sawi. jika anda suka mee goreng yang basah, masukkan lagi separuh air rebusan kulit udang.
    5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
    6. Hiaskan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.

 

 

Resepi Mee Goreng Basah

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 15 minit
  • Jumlah Hidangan: 4 orang

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk stok rebusan udang:
    • Kulit udang
    • 2-3 cawan air
    • 1 ulas bawang putih

 

  • Bahan-bahan untuk mee goreng:
    • 3-4 sudu besar minyak masak
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 sudu besar cili kisar
    • 3-4 sudu besar kicap
    • 3 sudu besar sos cili
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 8-10 ekor udang
    • Sayur sawi (batang)
    • 2 keping kek ikan
    • 10 biji bebola ikan
    • 1/2 sudu kecil lada sulah
    • 1 pek mee kuning
    • 1 biji tomato
    • Sayur sawi (daun)
    • 1 mangkuk taugeh

 

Cara Penyediaan:
  1. Cincang kasar bawang putih.
  2. Potong fishcake dan fishball.
  3. Hiris kasar tomato.
  4. Asingkan bahagian batang dan daun sawi kemudian potong kecil.
  5. Hiris cili merah dan limau nipis untuk hiasan.
  6. Rebus kepala dan kulit udang dengan sebiji bawang putih untuk stok udang.
  7. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
  8. Masukkan cili kisar, kicap manis, sos cili, sos tiram, udang, batang sawi, fishcake dan fishball.
  9. Masukkan lada sulah dan air rebusan udang (tapis).
  10. Boleh adjust tambah sos atau kicap manis jika suka.
  11. Masukkan tomato dan stok air udang lagi supaya lebih berkuah.
  12. Masukkan daun sawi dan taugeh.
  13. Hiasakan dengan hirisan cili merah dan limau nipis.

 

Tip Masakan:
  • Tujuan tekan batang sawi bagi pecah sebab batang sawi akan serap kuah tumisan jadi lembut dan lebih sedap.
  • Tip untuk mee tak mudah kembang, basuh dan tos je, jangan celur dengan air panas, jika tidak mee cepat lembik bila masak.

 

Rujukan video penyediaan:

Resepi Mee Goreng Mamak

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 45 minit
  • Jumlah Hidangan: 4-5 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 3 biji bawang merah kecil
    • 3 ulas bawang putih
    • 5 -7 tangkai cili kering ATAU 2 sudu besar cili kisar (**kurangkan cili jika mahu kurang pedas)
    • 1 sudu besar udang geragau
    • Sedikit air

 

  • Bahan-bahan untuk kacang goreng:
    • 2 sudu besar kacang tanah
    • 2 sudu besar minyak masak

 

  • Bahan-bahan lain:
    • ¼ cawan minyak masak
    • 1 sudu besar serbuk kari
    • ½ cawan air rebusan daging
    • Sayur sawi
    • 3-4 sudu besar sos cili
    • 3-4 sudu besar kicap manis
    • 2-3 sudu besar kicap cair
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
    • 2 biji tomato
    • 1 biji kentang rebus
    • Garam, secukup rasa
    • 1 paket /450g mee kuning
    • 1-2 sudu besar kicap pekat karamel
    • 2 biji telur
    • Sedikit perahan limau nipis
    • Sayur taugeh
    • Daun bawang
    • Cili merah
    • Limau nipis
    • Bawang goreng

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk mee goreng mamak:
    1. Kisar halus hirisan bawang merah, bawang putih, udang geragau, cili kisar dan sedikit air.
    2. Rebus kentang dan daging sehingga lembut. Simpan air rebusan daging.
    3. Panaskan minyak lalu tumis bahan kisar halus.
    4. Masukkan serbuk kari daging dan air rebusan daging lalu kacau sehingga bahan masak dan pecah minyak.
    5. Masukkan batang sawi, sos cili, kicap manis, kicap cair, sos tiram, serbuk lada sulah dan hirisan daging.
    6. Masukkan potongan tomato, serbuk kacang tanah dan tambah sedikit air rebusan daging.
    7. Tambah garam secukup rasa lalu masukkan daun sawi, mee kuning yang telah dibilas dan kicap pekat caramel.
    8. Kemudian tolak mee ketepi lalu masukkan telur dan perah sedikit jus limau nipis diatas mee.
    9. Setelah telur separuh masak, gaul kesemuanya sekali dan goreng sekejap sehingga bahan-bahan bergaul sekata.
    10. Masukkan taugeh dan ubi kentang rebus.
    11. Hidangkan dengan hiasan taburan daun bawang, cili merah, bawang goreng, serbuk kacang tanah dan hirisan limau nipis.

 

  • Cara-cara untuk kacang goreng:
    1. Panaskan sedikit minyak, goreng kacang tanah sehingga masak dan kulit kacang berubah menjadi gelap lalu angkat dan toskan minyak.
    2. Selepas kacang sudah agak sejuk, tumbuk halus kacang sehingga menjadi serbuk.

 

Tip Masakan:
  • Jika tiada udang geragau, boleh digantikan dengan udang kering sahaja.
  • Selepas potong batang sawi, tekan atau ketuk sedikit batang sawi supaya mudah lembut dan mudah meresap rencah tumis apabila dimasak.
  • Selain daripada merebus kentang, ubi kentang juga boleh digoreng namun tekstur kentang akan lebih keras dan susah untuk hancur ketika digoreng berbanding dengan rebus.
  • Rebus daging dalam anggaran masa jam.
  • Tambah air rebusan daging jika mahu mee yang lebih basah atau berkuah.
  • Cucur udang juga sesuai untuk dijadikan tambahan hidangan bersama mee goreng ala mamak.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment