Resepi Maggi Goreng super simple tapi lazat yang pasti puaskan selera!

Pernahkah anda merasa teruja hanya kerana hidangan segera? Resepi Maggi Goreng super simple ini boleh buat anda terus ketagih! Baca resepi dibawah untuk ketahui rahsia tersedap yang menanti!

Maggi Goreng

Resepi Maggi Goreng super simple tapi lazat yang pasti puaskan selera!

 

Pernah cuba masak Maggi Goreng tapi rasanya rasa biasa-biasa je? Kami pun pernah mengalami situasi yang sama, tapi lepas cuba resepi ni, hasilnya tak pernah mengecewakan! Sesuai untuk yang sibuk dan nak makanan cepat tapi sedap, resepi ni memang menjadi pilihan ramai. Jangan sia-siakan masa anda dengan resepi yang tak menjadi, cuba resepi ni sekarang dan rasai perbezaannya!

 

Resepi Maggi Goreng

  • Masa Penyediaan: 5 minit
  • Masa Memasak: 5 minit
  • Jumlah Hidangan: 1 orang

 

Bahan-bahan:
  • 1 paket maggi goreng segera perisa kari, bersama perencah sekali
  • 1 ulas bawang putih, cincang kasar
  • 1 biji telur
  • sedikit udang
  • 1 ketul tauhu goreng, hiris nipis
  • kobis
  • sawi
  • cili padi
  • sos cili
  • kicap
  • limau nipis, untuk perahan

 

Cara Penyediaan:
  1. Rebus maggi separuh masak, maksudnya jangan terlalu kembang dan kemudian toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  3. Pecahkan telur dan tabur sedikit perencah maggi di atas telur. Kacau hancur dan masukkan pula udang.
  4. Masukkan maggi, tauhu goreng, kobis, sawi dan cili padi.
  5. Tuang kesemua baki perencah maggi tadi, sedikit kicap dan sos cili secukup rasa. Gereng semuanya sehingga sebati.
  6. Angkat dan hidang bersama hirisan limau nipis.

 

Tip Masakan:
  • Jangan rebus maggi hingga lembut kerana kita akan masak maggi buat kali kedua, nanti maggi akan menjadi kembang dan lembik apabila digoreng nanti.

 

Resepi Maggi Goreng Sambal Penyet

  • Masa Penyediaan: 5 minit
  • Masa Memasak: 10 minit
  • Jumlah Hidangan: 1 orang

 

Bahan-bahan:
    • 2 ulas bawang putih
    • Daun sawi
    • 1/2 biji tomato
    • 2 biji telur
    • 1/2 biji bawang besar
    • 1 sudu besar sambal nyet
    • 1/2 paket perencah maggi
    • 1/2 sudu besar sos cili
    • 1/2 sudu besar kicap manis
    • 1 paket maggi

 

Cara Penyediaan:
    1. Cincang kasar bawang putih, (kalau ada bawang besar atau bawang merah kecil boleh campur sikit).
    2. Daun sawi basuh bersih kemudian asingkan batang dan daun. Potong kasar daun sawi. Batang sawi tekan biar pecah kemudian baru potong (supaya bila masak bahan tumisan meresap kedalam batang dan tak rasa tawar bila makan).
    3. Potong kasar tomato.
    4. Panaskan minyak dan goreng telur. Bila telur dah masak angkat dan ketepikan.
    5. Tumis bawang besar sampai bawang layu kemudian masukkan bawang putih cincang. Kacau sampai bawang putih garing.
    6. Masukkan batang sawi dan tomato kemudian masak sampai sayur layu.
    7. Masukkan sambal penyet dan perencah maggi. Kacau sebati
    8. Masukkan daun sawi dan kacau.
    9. Tolak sikit bahan tumisan dan sayur ke tepi, tambah sedikit minyak dan pecah masuk telur.
    10. Kacau telur biar jadi scramble egg (tapi jangan hancur sangat). Tabur sedikit perencah maggi atas telur (pilihan).
    11. Masukkan sos cili dan kicap manis. Kacau sebati.
    12. Masukkan maggi kosong (yang telah dicelur). Kacau sampai bahan bergaul sebati.
    13. Boleh tambah sambal penyet dan kicap mengikut citarasa sendiri.
    14. Hidangkan maggi goreng bersama telur goreng dan sambal penyet.

 

Tip Masakan:
  • Batang sawi tekan biar pecah kemudian baru potong, supaya bila masak bahan tumisan meresap kedalam batang dan tak rasa tawar bila makan.
  • Selepas celur maggi, angkat dan bilas dengan air paip cepat-cepat sebab tak nak maggi kembang.

 

 

Sumber: Che Nom

 

Baca resepi lain:

Leave a Comment