Resepi Laksa Johor: Resepi Warisan Orang Johor yang pasti sedap!

Hari ini kami nak kongsi resepi laksa johor yang sedap dan mempunyai rasa yang unik.

Resepi Laksa Johor

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Laksa Johor: Resepi Warisan Orang Johor yang pasti sedap!

 

Laksa Johor adalah hidangan istimewa yang tidak boleh dipandang rendah dalam khazanah masakan Malaysia, terutamanya di negeri Johor. Hidangan yang mempopularkan rasa tradisional dengan rempah ratus yang dipilih dengan teliti, Laksa Johor adalah unik kerana ia menggunakan spaghetti berbanding mi biasa, inovasi yang mencerminkan pengaruh Itali dan disesuaikan dengan citarasa tempatan.

Kuah yang kaya dengan santan dan dikombinasikan dengan ulam-ulaman seperti daun kesum dan bunga kantan, menjadikan setiap suapan membawa rasa yang sensasi serta membangkitkan selera dalam setiap gigitan. Tidak ketinggalan, dengan isi ikan seperti ikan sardin atau ikan kembung yang dikisar, dihiasi dengan hirisan timun, bawang merah dan sambal belacan, laksa Johor ini benar-benar meletakkan identiti Johor di peta gastronomi Malaysia.

 

Resepi Laksa Johor

  • Masa Penyediaan: 45 minit
  • Masa Memasak: 25 minit
  • Jumlah Hidangan: 10 orang

 

Bahan-bahan:

  • 1 kg ikan parang atau sardin (boleh campur), rebus dan asingkan isi. Simpan air rebusan.
  • santan, dari 1 biji kelapa
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • minyak masak
  • 1 batang serai, dititik
  • 3 sudu besar kerisik
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan, belah 4
  • 5 helai daun pudina, hiris nipis (jika suka)
  • 2-3 kepingan asam keping
  • gula melaka
  • garam

 

  • Bahan-bahan untuk stock udang:
    • kulit dan kepala udang, dari semangkuk udang (asingkan isi untuk bahan kisar B)
    • 2 ulas bawang putih, hiris nipis

 

  • Bahan-bahan untuk kisar halus (A):
    • 1.5 inci kunyit hidup
    • 2 inci lengkuas
    • 2 inci halia
    • 15- 20 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas
    • 8-10 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 4 batang serai, hiris nipis
    • 1 sudu besar belacan bakar
    • 1 1/2 sudu besar udang kering, rendam sampai lembut

 

  • Bahan-bahan untuk kisar halus (B):
    • isi udang, anggaran semangkuk kecil
    • 100g isi ikan kurau masin, rendam sampai lembut
    • isi ikan rebus (dari bahan atas)

 

  • Bahan-bahan untuk spaghetti:
    • 1 paket spaghetti
    • 1 sudu besar garam
    • air secukupnya
    • sedikit minyak

 

  • Bahan-bahan untuk hiasan/ulaman:
    • timun, buang kulit dan biji,hiris nipis
    • taugeh, buang ekor
    • daun kesum, hiris nipis
    • kacang panjang, hiris dadu
    • bawang besar, hiris nipis
    • limau kasturi
    • lobak masin,celur dan rincik halus
    • bunga kantan, hiris nipis
    • daun selasih, hiris nipis

 

  • Bahan-bahan untuk sambal belacan:
    • 6-8 biji cili merah
    • 10-15 biji cili padi
    • 2 ulas bawang putih
    • belacan bakar, sebesar ibu jari
    • air perahan jus limau kasturi
    • garam dan gula secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

  • Cara-cara untuk stok udang:
    1. Kisar semua bahan sehingga halus.
    2. Kemudian tapis airnya.

 

  • Cara-cara untuk spaghetti:
    1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti kering. Rebus mengikut arahan di paket.
    2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.

 

  • Cara-cara untuk kuah laksa:
    1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan Kisar Halus A sampai naik bau.
    2. Masukkan serai yang dititik dan serbuk kari. Teruskan kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak dan garing.
    3. Masukkan pula Bahan Kisar Halus B, bersama air stok udang dan air rebusan ikan. Masak sehingga kuah mendidih.
    4. Masukkan santan, kerisik, daun kesum, bunga kantan, daun pudina, asam keping, gula melaka dan garam secukup rasa.
    5. Renehkan kuah di atas api perlahan sehingga mencapai tahap kepekatan yang sesuai.
    6. Hidangkan bersama spaghetti, bahan-bahan ulaman sambal belacan

 

  • Cara-cara untuk sambal belacan:
    1. Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan belacan. Tidak perlu letak air dan jangan kisar terlalu halus.
    2. Perah jus limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang.

 

 

Sumber: Che Nom

 

RESEPI LAIN YANG BOLEH ANDA BACA

Resepi Puding Karamel – Guna Cara Ni Mudah & Confirm Jadi!

Resepi Nasi Ayam: Citarasa Rakyat Malaysia pasti sedap!

Resepi Spaghetti Carbonara – Ini Resepi Yang Banyak Cafe Famous Guna!

 

Leave a Comment