Resepi Kuih Ketayap Yang Senang Giler, Confirm Mak Mentua Puji Melambung!

Adakah anda mencari resepi kuih tradisional yang mudah dan pasti menambat hati mak mentua? Kuih ketayap ini memang jawapannya!

Siap dalam masa singkat, tetapi apa yang membuatkan ia lebih menarik adalah keistimewaan rasanya yang pasti membuat sesiapa sahaja teruja! Nak tahu rahsianya? Jom baca sampai habis!

Resepi Kuih Ketayap

Resepi Kuih Ketayap Yang Senang Giler, Confirm Mak Mentua Puji Melambung!

 

Pernah tak terpikir, kenapa kuih ketayap yang kita buat sendiri tak pernah sama macam yang mak tok buat? Hari tu, saya cuba buat kuih ketayap guna resepi biasa tapi kulitnya keras sangat!

Tapi lepas cuba resepi baru ni, Alhamdulillah teksturnya lembut dan rasa santannya menyelerakan! Macam makan kuih ketayap kat kenduri kahwin pulak! Jangan lepaskan peluang cuba resepi ni, mesti puas hati!

 

Resepi Kuih Ketayap Lembut

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 50 minit
  • Jumlah Hidangan: 5-6 orang makan

 

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk kulit ketayap:
    • 2 1/2 cawan tepung gandum
    • 1 cawan santan kotak (tambah air cukupkan 3 cwn)
    • ATAU 3 cawan santan sederhana cair
    • 1 cawan jus pandan
    • 1 biji telur
    • 2 sudu besar minyak masak
    • 1/2 sudu kecil garam
    • Sedikit minyak (untuk sapuan kuali)

 

  • Bahan-bahan untuk inti kelapa:
    • 1 biji kelapa parut
    • 1 cawan air
    • 1/2 cawan gula perang
    • 1-2 sudu besar gula melaka
    • 1/2 cawan gula putih
    • 1/2 sudu kecil garam (pilihan)
    • 2 helai daun pandan
    • 1-2 sudu besar tepung gandum

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk kulit ketayap:
    1. Gunting kasar daun pandan, masuk dalam blender, tambah air dan kisar sampai halus.
    2. Tapis dan ambil jus. Sukat balik jus pandan, kalau tak cukup, boleh tambah air untuk cukupkan 1 cawan.
    3. Masuk tepung gandum dan garam dalam mangkuk besar. Kacau sebati.
    4. Kemudian masukkan santan dan air (1 cawan santan kotak + 2 cawan air). Kalau guna santan fresh, perah 3 cawan santan sederhana cair.
    5. Masukkan telur dan kacau sebati sampai hilang ketul-ketul tepung.
    6. Boleh masukkan minyak masak dan sambung kacau.
    7. Masukkan jus pandan dan pewarna hijau (boleh skip pewarna kalau tak suka, boleh adjust ikut cita rasa sendiri).
    8. Kacau sebati kemudian tapis adunan, boleh pecahkan ketulan-ketulan yang tinggal.
    9. Panaskan kuali (kuali non-stick) dan drizzle sedikit minyak
    10. Sukat 1 senduk adunan dan tuang masuk atas kuali. Ratakan sampai dapat bentuk bulat.
    11. Kalau tepi-tepi kulit dah terpisah dari kuali maksudnya kulit dah masak. Boleh angkat dan sejukkan.

 

  • Cara-cara untuk inti kelapa parut:
    1. Simpul daun pandan.
    2. Untuk gula perang, guna serbuk gula merah thai jenama Star dan gula melaka versi lembut dalam balang, nak campur dua-dua pon boleh, lagi sedap.
    3. Masukkan air, gula putih, serbuk gula perang thai dan gula melaka (saja tambah sebab nak lebih sedap) dan daun pandan dalam periuk.
    4. Masak sampai gula cair.
    5. Bila gula dah cair dan mendidih, masukkan kelapa parut dan kacau sampai air gula kering (tapi jangan sampai kering sangat).
    6. Bila dengar bunyi berdesir tu maksudnya gula dah pekat.
    7. Tambah tepung gandum dan kacau anggaran 5 minit.
    8. Tutup api dan sejukkan sepenuhya sebelum balut dengan kulit ketayap.

 

  • Cara-cara untuk gulung:
    1. Sudukan inti ditenggah-tengah kulit ketayap.
    2. Lipat kiri dan kanan dan kemudian gulung.

 

Tip Masakan:
  • Tujuan tambah minyak dalam adunan kulit ketayap adalah untuk kulit ketayap tahan lama lembutnya tu.
  • Kalau nak bancuh adunan kulit ketayap dengan blender pun boleh.
  • Untuk inti kelapa parut, tak perlu letak garam sebab gula merah thai dah cukup masin, tapi kalau gula merah semuanya letak la garam.
  • Tujuan tambah tepung gandum dalam inti kelapa adalah untuk tak nak kelapa parut berderai sangat bila kita makan nanti.
  • Kepanasan kuali memainkan peranan untuk hasil kulit kuih ketayap. Jadi pastikan kuali betul-betul panas sebelum masak kulit ketayap. Kalau tak panas sangat kulit akan jadi lincin dan flawless. Kalau betul-betul panas, bila kita tuang adunan, bunyi berdesir terus dengar dan kulit akan jadi kedut-kedut dan berongga. Kulit berongga dan kasar yang orang suka sebenarnya.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Resepi Kuih Ketayap / Dadar Gulung

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 10 minit
  • Jumlah Hidangan: 5 orang

 

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk inti kelapa:
    • 1 biji kelapa parut
    • 1/2 cawan gula melaka
    • sedikit air
    • 1/2 cawan gula putih
    • 1-2 helai daun pandan
    • 1/2 sudu kecil garam

 

  • Bahan-bahan untuk kulit kuih ketayap:
    • 2 cawan tepung gandum
    • 2 1/2 cawan santan cair (ATAU 1 kotak kecil santan cairkan bagi jadi 2 1/2 cawan)
    • 1/2 cawan jus pandan (kisar 1/2 cawan air bersama 5-6 helai daun pandan)
    • 1 biji telur
    • 1/2 sudu kecil pewarna hijau
    • 2 sudu besar minyak masak
    • 1/2 – 1 sudu kecil garam

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk inti kelapa:
    1. Masak kelapa parut (kelapa muda lagi sedap), sedikit air, gula nisan @ gula melaka.
    2. Tambah lagi air supaya gula mudah larut.
    3. Kacau sampai gula cair sikit.
    4. Masukkan daun pandan.
    5. Teruskan masak sampai bahan-bahan larut sekata.
    6. Masukkan gula putih dan garam.
    7. Bila dah masak, masukkan dalam bekas dan sejukkan.

 

  • Cara-cara untuk kulit kuih ketayap:
    1. Gunting daun pandan kemudian bland dengan sedikit air.
    2. Ambil air daun pandan.
    3. Masukkan bahan-bahan kedalam blander secara berselang seli.
    4. Dimulakan dulu santan cair (supaya tepung tak melekat di permukaan bawah blander).
    5. Diikuti dengan tepung gandum, air pandan, telur, garam, pewarna hijau dan minyak masak (untuk kuih kekalkan lembut lebih lama).
    6. Kisar sampai sebati dan kemudian tapis.
    7. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak masak (ratakan dengan tisu).
    8. Tuang adunan dan ratakan dalam pan.
    9. Sejukkan kulit ketayap selama 30 saat hingga 1 minit (supaya kulit tidak koyak bila digulung).
    10. Masukkan inti dan gulung perlahan-lahan.

 

Tip Masakan:
  • Untuk kulit tak mudah koyak, boleh juga campur sedikit tepung ubi.
  • Inti kelapa boleh ditambah tepung gandum sikit kalau suka yg melekit dan bergumpal.
  • Untuk nak masak inti kelapa, boleh masak gula melaka dan air dulu bagi cair sebelum masuk kelapa parut.

 

Rujukan video penyediaan:

 

Sumber: Che Nom

 

Baca resepi lain:

Leave a Comment