Resepi Daging Masak Hitam kenduri style yang padu dan lazat!

Mari kita pelajari resepi Daging Masak Hitam ala kenduri yang semestinya sedap dan menyelerakan.

Resepi Daging Masak Hitam

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Daging Masak Hitam kenduri style yang padu dan lazat!

 

Daging Masak Hitam merupakan salah satu masakan tradisional yang amat popular di Malaysia, terkenal dengan rasa yang kaya dan kuahnya yang pekat. Hidangan ini dimasak dengan potongan daging yang lembut bersama rempah ratus terpilih dan kicap manis, memberikan sebuah aroma dan cita rasa yang memikat selera.

Untuk resepi daging masak hitam ini tidak perlu lagi dimasukkan garam kerana rasa masin dan manis dari sos tiram dan kicap sudah mencukupi. Rasa masam pula diseimbangkan dengan rasa tomato. Boleh juga kalau nak gantikan buah tomato dengan tomato puree.

Lazimnya disajikan dalam pelbagai acara istimewa dan perayaan, Daging Masak Hitam tidak hanya menyelerakan tetapi juga mencerminkan kekayaan budaya masakan Malaysia yang beraneka ragam. Keistimewaan hidangan ini terletak pada kombinasi bumbu dan cara memasak yang unik yang telah diwarisi turun-temurun.

Resepi Daging Masak Hitam

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 4 orang

 

Bahan-bahan:
  • 500g daging
  • 1 batang serai, ketuk
  • 1 helai daun pandan
  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • kuntum bunga cengkih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji tomato, hiris nipis
  • kicap manis secukupnya

 

  • Bahan-bahan untuk perapan:
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besar kicap manis
    • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
    • 1 sudu besar serbuk ketumbar
    • 1 sudu kecil serbuk jintan manis

 

  • Bahan-bahan untuk tumbuk halus:
    • 3 ulas bawang putih
    • 4 biji bawang merah
    • 1 inci halia

 

Cara Penyediaan:
  1. Hiris daging melintang arah urat supaya tidak liat.
  2. Perap daging dengan bahan-bahan tumbuk halus dan bahan-bahan untuk perapan selama minimum 1/2 jam.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan serai, daun pandan, kayu manis,buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
  4. Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga garing.
  5. Masukkan tomato dan masak sehingga tomato lembut.
  6. Masukkan daging yang diperap tadi dan tambah lagi kicap manis secukupnya.
  7. Masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.

 

Rujukan video penyediaan Daging Masak Hitam:

Tip Masakan:
  • Lagi lama diperap daging, makin sedap rasanya kerana bahan perapan meresap ke dalam daging dan menjadikannya lembut.
Sumber: Che Nom

 

BACAAN LAIN:

Leave a Comment