Resepi Kuih Keria: Ini petua warisan yang lembut dan manis!

Pernahkah Anda merasai Kuih Keria yang begitu sempurna hingga setiap gigitan membawa anda kembali ke dapur nenek?

Sertai kami sekarang untuk mempelajari Resepi Kuih Keria ini, petua warisan yang akan membuat setiap suapan tidak terlupakan, lembut dan manis sempurna!

Resepi Kuih Keria

Resepi Kuih Keria: Ini petua warisan yang lembut dan manis!

 

Bayangkan kehangatan pagi bersama secawan teh atau kopi, diiringi kelazatan Kuih Keria yang garing di luar, lembut di dalam, bersalut gula merah yang melekat sempurna, mencipta kenikmatan yang tiada tandingannya. Resepi Kuih Keria ini bukan sahaja mudah untuk disiapkan tetapi juga membawa nostalgia dan kehangatan ke dalam rumah.

Setiap gigitan membangkitkan kenangan bersama keluarga, sambil menikmati keunikan rasa dan teksturnya yang mencair di mulut. Bersiaplah untuk mempelajari rahsia di sebalik pembuatan Kuih Keria yang tidak hanya memanjakan selera, tetapi juga menambat hati setiap yang merasainya.

 

Resepi Kuih Keria

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 10 minit
  • Jumlah Hidangan: 24 biji

 

Bahan-bahan:
  • 600g keledek putih atau merah
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam

 

  • Bahan untuk sira:
    • 1/2 cawan gula
    • 1 cawan air

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk keria:
    1. Potong keledek kepada 2 atau 3 bahagian. Rebus keledek bersama garam sehingga masak empuk.
    2. Sejukkan dan buang bahagian kulit keledek. Lenyek sehingga menjadi lembut dan tidak berketul. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli menjadi bentuk bulat.
    3. Bulatkan doh dan buat lubang di tengah. Goreng sehingga kekuningan.

 

  • Cara-cara untuk sira gula:
    1. Masukkan gula dan air di dalam periuk. Masak sehingga pekat dan gaulkan dengan keledek supaya semua permukaan disaluti gula.
    2. Sejukkan dan hidang.

 

Tip Masakan:
  • Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlajak menjadi keras kerana terlebih tepung.

 

Resepi Kuih Keria Gula Melaka

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 10 minit
  • Jumlah Hidangan: 20 biji

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk doh keria:
    • 800 gram ubi keledek putih (dalam 2 ketul besar)
    • 1 1/4 cawan tepung gandum
    • 2 sudu kecil baking powder
    • 1 sudu kecil garam

 

  • Bahan-bahan untuk salutan gula/sira:
    • 1 ketul gula melaka
    • 1 sudu besar gula batu
    • 1 sudu besar gula putih
    • 1/2 cawan air

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk kuih keria:
    1. Rebus ubi hingga empuk dan toskan airnya. Apabila ubi sudah sejuk, tumbuk halus dengan menggunakan lesung batu dan tarik keluar urat-urat kasar dari ubi keledek. Boleh juga gunakan ‘potato masher’ untuk hancurkan keledek.
    2. Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga doh kurang melekat.
    3. Leperkan bebola doh dan buat lubang di tengah.
    4. Ulang proses sehingga habis dan goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan.
    5. Kacau atau gaul kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang mendidih sehingga sekata.

 

  • Cara-cara untuk salutan gula/sira:
    1. Tumbuk halus gula dan masak di dalam kuali sehingga mendidih dan pekat.
    2. Sedia untuk digaul kuih keria

 

Tip Masakan:
  • Tidak mengapa jika doh melekat sedikit. Sapukan sedikit tepung di tangan sebelum menggentel doh dan bentukkan menjadi bulat.
  • Kalau goreng keria, jangan kerap sangat terbalikkan kuih semasa menggoreng kerana nanti kuih jadi serap minyak.
  • Untuk ubi keledek pula, lebih sesuai digunakan keledek putih/kuning berbanding keledek oren kerana keledek putih lebih sedap dan tidak lembik apabila direbus. Doh keledek akan lebih senang dibentuk dan tak perlu tambah tepung yang banyak. Penggunaan baking power pula adalah supaya kuih menjadi montok dan gebu. Keistimewaan kuih ini sudah pastinya terletak pada salutan gula yang terdiri dari 3 jenis gula iaitu:
    • Gula melaka,
    • Gula batu
    • Gula putih.
Rujukan video penyediaan:

Sumber: Che Nom

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment