Jawatan Kosong Pegawai Penjara – Ambilan Segera!

Jawatan Kosong Pegawai Penjara Gred KA19 2024. Semak kelayakan anda dan mohon kerja kosong disini segera!

Jawatan kosong yang terkini di Jabatan Penjara Malaysia untuk tahun 2024. Permohonan dibuka kepada Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun yang memenuhi syarat untuk mengisi jawatan kosong di Jabatan Penjara Malaysia.

Ketahui Cara Memohon dengan Membaca Artikel Ini!

Mohon Juga : Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2024

MAKLUMAT JAWATAN KOSONG PEGAWAI PENJARA GRED KA19

Jawatan Kosong Pegawai Penjara Gred KA19

Group Whatsapp INFO KERJA KOSONG TANPA KABEL
Group Whatsapp INFO KERJA KOSONG Terkini Seluruh Malaysia. Senang Diterima Kerja! https://chat.whatsapp.com/C8deIXVlgqH3BLG5Vsdcvk



Jenis Jawatan: Pegawai Penjara Gred KA19
Kekosongan: 325
Simpanan: 100
Gaji Permulaan (Gred KA19): RM1,360.00 – RM3,824.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00
Tarikh Tutup Permohonan: 28 Mei 2024 (Selasa)
Lokasi Penempatan: Seluruh Malaysia
Sektor: Kerajaan

 

1. Taraf Pelantikan

  • Calon yang dilantik baru akan menerima pelantikan kontrak (interim) dengan tempoh selama 3 tahun; dan
  • Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan secra tetap akan menerima pelantikan sebagai pegawai tetap.

 


2. Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki kelayakan:-
    • Gaji Permulaan RM1,360: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
    • Gaji Permulaan RM1,418: SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • Gaji Permulaan RM1,476: SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon harus memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
    • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    • Memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    • Memiliki sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    • Memiliki pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; and
    • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Kelayakan Bahasa Melayu
    Calon yang memohon kemasukan perlu mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu semasa menamatkan tingkatan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan.

 

3. Cara Memohon:

Calon yang berminat dan memenuhi syarat boleh memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9). Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 28 Mei 2024 (Selasa), jam 11.59 malam. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.

Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses.

Untuk maklumat lanjut dan memohon secara dalam talian, sila layari portal rasmi yang disediakan. Hanya permohonan yang diterima sebelum tarikh tutup iklan akan diproses. Sebarkan maklumat jawatan kosong ini kepada rakan-rakan yang berpotensi!

Mohon Juga : Jawatan Kosong Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Leave a Comment