Resepi Kuih Bom: Ini rahsia kuih sedap, rangup & anti meletop!

Pernahkah anda terbayang bagaimana satu gigitan bisa membawa ledakan kegembiraan yang tiada tandingan?

Ikuti kami dalam pengembaraan merungkai misteri di sebalik resepi Kuih Bom yang akan mengubah pandangan anda terhadap kuih-muih selamanya.

Resepi Kuih Bom

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Kuih Bom: Ini rahsia kuih sedap, rangup & anti meletop!

 

Bayangkan sensasi menggigit sebiji kuih yang pada pandangan awalnya tampak seperti bom mini, rangup diluar tetapi meletus dengan kelembutan inti kacang merah atau kelapa yang memenuhi setiap sudut rasa. Itulah magik yang tersembunyi dalam resepi Kuih Bom tradisional, yang bukan sahaja mampu memeriahkan suasana di setiap rumah tetapi juga mengukir senyuman kepuasan pada mereka yang merasainya. Jom, kita selami dunia perwarisan rasa melalui resepi yang bukan saja mudah, malahan pastinya akan menjadi bintang di meja makan anda.

 

Resepi Kuih Bom Inti Kacang Merah

  • Masa Penyediaan: 50 minit
  • Masa Memasak: 20 minit
  • Jumlah Hidangan: 16 biji

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan:
    • 2 cawan / 240g tepung pulut
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 1 cawan / 237ml air
    • 1/3 cawan / 70g gula
    • 2 sudu kecil minyak masak
    • Inti kacang merah
    • Bijan

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk doh kuih bom:
    1. Sukat tepung pulut dan keluarkan 2 sudu besar tepung (untuk simpanan).
    2. Masukkan garam halus dan kacau sebati.
    3. Masukkan air dan gula kedalam periuk dan masak sampai gula larut dan air mendidih. Kacau sikit untuk elak gula berketul.
    4. Tuang masuk air gula kedalam tepung pulut dan gaul sebati.
    5. Bila doh pekat dan suhu adunan turun (anggaran 2 minit), masukkan tepung pulut yang diasingkan tadi.
    6. Uli doh sampai elastik dan tak melekat pada tangan.
    7. Tuang masuk minyak masak dan sambung uli.
    8. Rehatkan adunan 30 minit.

 

  • Cara-cara untuk bentukkan inti kuih bom:
    1. Sapu sedikit minyak pada pinggan dan tangan untuk elak melekat.
    2. Sukat ½ sudu besar inti kacang merah dan bulatkan menjadi bebola.
    3. Bancuh sedikit tepung pulut dengan air (supaya inti kacang merah melekat pada doh).

 

  • Cara-cara untuk bentukkan kuih bom:
    1. Uli doh memanjang dan bahagi kepada dua bahagian.
    2. Satiap bahagian bahagi lagi kepada 8 bahagian, kesemuanya 16 doh.
    3. Bulatkan dan leperkan doh. Letak inti dan tutup rapat. Uli sampai doh bulat dan inti tertutup sekata.
    4. Celup kuih dalam adunan tepung pulut dan toskan air.
    5. Salut dengan bijan, angkat dan golek / tekan dengan tangan supaya bijan melekat pada doh.
    6. Goreng kuih dalam minyak yang tenggelam (deep fry). Masa goreng minyak jangan terlalu panas takut kuih meletup.
    7. Kerap kacau dan alih supaya kuih masak sekata.
    8. Bila kuih mula terapung, boleh kuatkan api dan masak sampai kuih keperangan.
    9. Bila kuih mula terapung, boleh tekan-tekan kuih kebawah supaya kuih elok bulat terbentuk.
    10. Angkat dan toskan minyak.

 

Rujukan video penyediaan:

Resepi Kuih Bom Inti Kelapa

Bahan-bahan:
  • Bahan untuk inti kelapa:
    • 1/2 biji kelapa putih
    • 10 sudu besar gula merah
    • 7 sudu gula pasir
    • 1 helai daun pandan
    • 1 sudu tpg gandum(utk mlekat2 supaya x berderai)

 

  • Bahan untuk kulit:
    • 3 cawan tepung pulut
    • 1 cawan tepung beras
    • 1 1/2 cawan air gula suam
    • bijan untuk golek2kan

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk inti:
    1. Masukkan 1/2 cawan air kedalam kuali bersama gula merah dan daun pandan (masak sampai mendidih)
    2. Masukkan kelapa dan gula pasir,biarkan mendidih dan kacau hingga kering dan masukkan tepung gandumm dan kacau lagi sehingga betul-betul kering.
    3. Sejukkan inti dan buat bulat kecil.

 

  • Cara-cara untuk kulit
    1. Campur tepung beras dan tepung pulut (gaul dengan tangan kering untuk sebatikan tepung).
    2. Kemudian tuang air gula sedikit demi sedikit sambil uli hingga adunan jadi keras.
    3. Kemudian ambil adunan yg dah siap diuli tadi dan bulat-bulatkan dan masukkan inti kelapa kedalamnya.
    4. Kemudian golekkan diatas bijan
    5. Goreng kuih bom dengan api sederhana selama 5 minit sehingga kekuningan dan boleh diangkat.

 

Rujukan video penyediaan:

Sumber: Che Nom

 

RUJUKAN LAIN:

Leave a Comment