Resepi Kek Tapak Kuda viral yang mudah, sedap & inti meleleh!

Bayangkan, ketika anda membuka pintu oven, aroma yang memenuhi ruangan adalah dari Kek Tapak Kuda yang viral itu, lembut, sedap dan inti yang begitu meleleh, menanti untuk memikat setiap indera anda. Bagaimana jika saya beritahu, rahsia di sebalik penciptaan keajaiban ini yang mempunyai langkah mudah yang boleh anda ikuti?

Mari kita bongkar bersama resepi Kek Tapak Kuda yang akan mengubah hari biasa anda menjadi luar biasa.

Resepi Kek Tapak Kuda

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Resepi Kek Tapak Kuda viral yang mudah, sedap & inti meleleh!

 

Kek Tapak Kuda, menggabungkan tekstur lembut sponge dan lapisan krim coklat yang melimpah. Resepi ini bukan sahaja menjanjikan kepuasan rasa, tetapi juga pengalaman yang menyeronokkan, sempurna untuk semua perayaan atau hanya sebagai pencuci mulut di hari biasa. Mari kita mulai mengasah bakat baking anda dengan kek yang pastinya akan menjadikan semua mata tertuju dan lidah tak berhenti mengagumi!

 

Resepi Kek Tapak Kuda

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 25-30 minit
  • Jumlah Hidangan: 10×10 inci

 

Bahan-bahan:

  • 60g tepung rendah protein
  • 90g gula aising
  • 1 sudu besar / 20g ovalet
  • 1 sudu besar serbuk susu
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar air panas
  • 90g butter
  • 6 biji telur saiz A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Sapuan coklat

 

Cara Penyediaan:
  1. Gris loyang (saiz 10x10x2 inci) dengan butter dan lapik dengan kertas baking.
  2. Bancuh serbuk koko dengan air panas (boleh ganti emulco chocolate).
  3. Cairkan mentega atas api perlahan.
  4. Ayak tepung, gula aising dan susu tepung.
  5. Masukkan telur, ovalette dan bahan ayak tadi dalam mixing bowl.
  6. Start mixing speed low 30 saat kemudian tukar high speed selama 8 minit atau sampai adunan naik kembang putih.
  7. Tuang masuk butter suam dan esen vanilla sambil putar dengan low speed 1 minit.
  8. Asingkan 130-140g adunan dan kacau sebati dengan pes coklat tadi.
  9. Masukkan 1-2 sudu besar adunan coklat dalam pipping bag.
  10. Tuang adunan coklat dalam loyang, ratakan dan tuang pulak adunan putih.
  11. Paip garisan (menggunakan adunan coklat dalam pipping bag) dan lorek untuk corak signature kek tapak kuda.
  12. Panaskan oven 15-30 minit kemudian bakar selama 25-30 minit, suhu 160C atas bawah.
  13. Bila kek dah masak, keluarkan dari loyang dan belah 2.
  14. Lapik meja dengan plastic cling wrap, letak kek dan paip chocolate spread.
  15. Lipat dan gulung kek dengan plastic cling wrap tadi.
  16. Sejukkan dalam peti sejuk 3-4 jam sebelum potong.

 

Rujukan video penyediaan:

Sumber: Che Nom

RUJUKAN LAIN:

Leave a Comment