Gulai Ikan: Resepi selera orang utara yang sedap & confirm jadi!

Adakah anda sudah bersedia untuk mengungkap rahsia di sebalik kekayaan rasa gulai ikan yang memikat selera?

Mari kita selami dunia rempah dan resepi yang akan menjadikan meja makan anda penuh sensasi!

Resepi Gulai Ikan

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Gulai Ikan: Resepi selera orang utara yang sedap & confirm jadi!

 

Bayangkan keindahan olahan rempah dan kelazatan ikan yang bersatu dalam satu hidangan; itulah keistimewaan Gulai Ikan yang pasti menggoda selera. Resepi ini bukan sekadar memasak, tetapi juga sebuah perjalanan merasai kenikmatan citarasa Nusantara yang autentik.

Dengan paduan rempah yang teliti dan cara masakan yang penuh kasih sayang, setiap suap Gulai Ikan akan membawa anda melalui pengalaman menikmati makanan yang lebih daripada sekadar mengenyangkan, namun juga menghangatkan jiwa. Jom, ikuti kami dalam penciptaan masakan yang tidak terlupakan ini!

 

Resepi Gulai Ikan Kembung

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 30-40 minit
  • Jumlah Hidangan: 5-6 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 sudu besar halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 3-4 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • Sedikit air
  • Air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • 1kg ikan kembung
  • 2-3 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 2-3 biji tomato
  • Bendi

 

Cara Penyediaan:
  1. Hiris nipis bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
  2. Belah tomato 3-4 bahagian, bendi trim tangkai.
  3. Bancuh serbuk kari ikan dengan serbuk cili, dan sedikit air.
  4. Asam jawa, rendam dalam air panas dan ramas jadikan pes.
  5. Tumbuk kasar bawang merah dan bawang putih tadi.
  6. Bersihkan ikan dan keluarkan isi perut dan insang.
  7. Panaskan minyak kemudian masukkan halba campur dan daun kari. Kacau sampai naik bau.
  8. Tumis bahan tumbuk kasar dan halia sampai garing kekuningan.
  9. Masukkan rempah kari dan air kemudian masak sampai pecah minyak. Ulang proses tambah air sebanyak 3 kali.
  10. Masuk air asam jawa sikit dan tambah air lagi. Sambung masak sampai pecah minyak.
  11. Masukkan garam secukup rasa.
  12. Masukkan ikan dan santan cair (kalau guna santan kotak, boleh masukkan air sejuk)
  13. Tuang air agak-agak tenggelam ikan.
  14. Masukkan santan pekat dan masak sampai mendidih.
  15. Masukkan tomato dan bendi.
  16. Biar kuah mendidih sekejap kemudian tutup api.

 

Tip Masakan:
  • Kalau nak ganti bendi dengan kundur atau timun tua pun sedap.
  • Rempah Kari Cap O pilihan orang utara.
  • Masak masuk ikan, api perlahan je takut hangit.
  • Santan kalau letak banyak, warna gulai akan kekuningan, seeloknya jangan letak banyak sangat lah.
  • Ikan jangan kerap balik-balikkan atau terlebih kacau takut nanti ikan hancur.

 

Rujukan video penyediaan:

Resepi Lain: Kari Ikan Bawal

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 20 minit
  • Jumlah Hidangan: 3 orang

 

 

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan bawal
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 tangkai daun kari
  • air asam jawa
  • 1 mangkuk santan
  • sedikit air
  • 2 biji tomato
  • sayur bendi
  • 1 biji cili merah
  • garam secukup rasa

 

  • Bahan-bahan untuk hiris nipis:
    • 3 biji bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 inci halia

 

  • Bahan-bahan untuk rempah tumis:
    • 1 batang kayu manis
    • 1 sudu kecil halba campur
    • 2 kuntum bunga lawang

 

Cara Penyediaan:
  1. Bancuh serbuk kari bersama serbuk cili dengan sedikit air.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan hiris nipis dan bahan rempah tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan daun kari dan bancuhan serbuk rempah tadi. Masak sehingga rempah pecah minyak. Tambah sedikit air dan teruskan masak sehingga pecah minyak lagi sekali.
  4. Masukkan air asam jawa dan ikan.
  5. Tutup sekejap kuali supaya ikan masak sedikit.
  6. Masukkan santan, sedikit air, tomato, sayur bendi dan cili merah. Perasakan dengan garam secukupnya.

 

Tip Masakan:
  • Untuk masak kari yang sedap, rempah harus ditumis sehingga betul-betul masak. Cara untuk pastikan rempak masak ialah dengan tumis sehingga rempah pecah minyak, kemudian tambah air beberapa kali dan masak sehingga rempah pecah minyak pada setiap kali selepas tambah air.

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUKAN LAIN:

Leave a Comment