Resepi Karipap Kentang Ayam Paling Win! Tak sangka mudah sangat nak buat

Korang memang takkan percaya rahsia buat karipap kentang ayam yang buat jiran sebelah pun jeling-jeling!

Baca sampai habis kalau nak tahu teknik mudah yang bakal ubah cara korang buat karipap selama-lamanya. Serius, lepas ni confirm keluarga terus mintak tambah!

Karipap Kentang Ayam

Resepi Karipap Kentang Ayam Paling Win! Tak sangka mudah sangat nak buat

 

Tak percaya? Saya pun dulu sama. Bila cuba buat karipap, selalu je jadi keras dan isi pun kurang sedap. Sampai satu hari, seorang kawan berikan resepi karipap kentang ayam ni. Saya cuba dan hasilnya memang wow! Gebu, rangup, dan rasa ayam kentang yang cukup memuaskan. Sekarang, nak buat karipap gebu macam ni pun versi homemade pun jadi!

Resepi rahsia ini confirm menjadi. Anda akan terkejut melihat betapa mudahnya nak hasilkan karipap yang sedap giler ni! Ayuh, jangan tunggu lagi – cuba sekarang dan rasai perbezaannya.

 

Resepi Karipap Kentang Ayam

  • Masa Penyediaan: 50 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 38-40 biji

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk kulit karipap:
    • 500g /4 cawan tepung gandum
    • 1/2 cawan minyak masak
    • 2 sudu besar majerin
    • 1 cawan air sejuk
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 2 sudu besar tepung beras

 

  • Bahan-bahan untuk inti:
    • 6-7 biji / 1.2 kg kentang
    • 1 biji bawang besar
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 tangkai daun kari
    • 4 sudu besar serbuk kari
    • 1-2 sudu besar serbuk cili
    • 300 isi ayam
    • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
    • Sedikit air
    • 1 kiub pati ayam
    • 1-2 sudu besar gula
    • Garam secukup rasa
    • Daun sup

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk inti karipap:
    1. Cincang halus bawang putih.Potong dadu bawang besar.
    2. Daun sup basuh bersih dan potong buang akar. Kemudian hiris halus daun sup.
    3. Kentang, kupas kulit dan basuh bersih. Kemudian potong dadu.
    4. Isi ayam, buang tulang dan cincang kasar. Boleh lebihan isi ayam kalau suka, kalau nak beli isi ayam yang frozen pon boleh.
    5. Bancuh rempah kari daging dan serbuk cili dengan sedikit air.
    6. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sampai lembut dan layu.
    7. Masukkan bawang putih (masuk lambat sikit sebab bawang putih cepat hangit).
    8. Bila bawang dah naik bau, masukkan daun kari dan kacau sebati.
    9. Bila dah naik bau daun kari, masukkan bancuhan rempah kari tadi dan kacau sampai kering dan pecah minyak.
    10. Tambah 1-2 kali air dan ulang masak sampai kering balik.
    11. Masukkan isi ayam dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
    12. Tambah kiub pati ayam (pilihan) dan kentang.
    13. Tambah sedikit air (supaya kentang cepat empuk), garam dan gula. Kacau sebati dan masak sampai kentang empuk.
    14. Bila kentang dah masak empuk, tabur daun sup dan tutup api.
    15. Sejukkan inti sebelum buat karipap.

 

  • Cara-cara untuk kulit karipap:
    1. Sukat dan masukkan tepung gandum, tepung beras dan garam dalam mangkuk. Kacau sebati kesemua bahan.
    2. Cairkan majerin dan minyak masak.
    3. Tuang sedikit demi sedikit minyak dan majerin panas dalam tepung. Kacau sebati sampai dapat texture berderai macam serbuk roti (kacau dengan sudu sebab minyak masih panas).
    4. Tambah sedikit demi sedikit air sejuk dan uli sampai jadi doh.
    5. Rehatkan doh setengah jam.
    6. Bila doh dah kembang, keluarkan dan uli sikit doh.
    7. Kemudian bahagikan doh setiap satu 25g (hasil 38-40 biji karipap).
    8. Bulat dan leperkan doh.
    9. Sudukan penuh inti dan letak ditengah doh.
    10. Tekan rapat bahagian tepi doh biar ada lebihan ½ cm doh untuk kelim.
    11. Kelim kemas karipap (tolak doh dengan ibu jari dan picit biar melekat).
    12. Panaskan minyak dan goreng karipap (minyak jangan terlalu panas sangat takut dalam tak masak). Alih sekali sekala.
    13. Bila karipap dah perang, angkat dan toskan minyak.

 

Tip Masakan:
  • Untuk dapat karipap yang buncit kedepan, uli / leperkan doh bentuk bujur. Letak inti macam biasa dan tarik sikit hujung doh supaya karipap maintain bujur. Kelim dan siap.
  • Untuk frozenkan karipap, susun karipap (jarak-jarak) dalam loyang dan masukkan karipap dalam peti ais sampai keras kemudian keluarkan dan susun rapat-rapat dlm bekas tertutup.

 

Rujukan video penyediaan:

 

 

Sumber: Che Nom

 

Rujuk Resepi Lain:

Leave a Comment