Cara buat Kek Batik Indulgence yang sedap, sampai tetamu pun minta resepi!

Isi Kandungan Cara buat Kek Batik Indulgence yang sedap, sampai tetamu pun minta resepi! Resepi Kek Batik Indulgence Bahan-bahan: Cara Penyediaan: Rujukan video penyediaan: BACAAN LAIN: Adakah anda bersedia untuk mencuba resepi kek paling viral …

Kek Batik Indulgence

Adakah anda bersedia untuk mencuba resepi kek paling viral yang pasti akan buat tetamu anda terpaku?

Jom ketahui cara buat Kek Batik Indulgence yang tak ternilai kesedapannya, satu suap saja dah memikat hati, silap-silap kena buat berkali-kali lepas ni!

Kek Batik Indulgence

Cara buat Kek Batik Indulgence yang sedap, sampai tetamu pun minta resepi!

Pernah tak anda cuba buat Kek Batik Indukgence di rumah tapi hasilnya tak sama langsung macam yang di kedai? Hari tu saya cuba buat Kek Batik Indulgence tanpa telur, tapi hasilnya macam tak menjadi sahaja. Tapi lepas guna resepi baru ini, rasa Kek Batik Indulgence ni ternyata setanding dengan yang dijual di cafe-cafe terkenal tu! Lapisan cheese yang lembut dan coklat ganache yang pekat membuatkan setiap gigitan terasa lebih nikmat. Tak percaya? Cubalah sendiri resepi yang saya kongsikan ni, confirm tak sia-sia!

Ini memang rahsia besar cafe, sekarang anda pun boleh buat di rumah. Jom, baca sampai habis dan tengok cara penyediaannya yang mudah tapi hasilnya padu gila! Serius, jiran sebelah rumah pun minta resepi bila cuba sepotong!

Selamat mencuba dan semoga berhasil!

 

Resepi Kek Batik Indulgence

  • Masa Penyediaan: 20 minit
  • Masa Memasak: 15 minit
  • Jumlah Hidangan: 9×9 inci kek batik

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk Kek Batik:
    • 2 pack /540g biskut marie
    • 250g mentega
    • 1/2 tin /200g susu pekat manis
    • 1 cawan serbuk Milo
    • 3/4 cawan /180ml susu full cream
    • 1/2 cawan /50g serbuk koko
    • 1/4 sudu kecil garam *for unsalted butter
    • 1 sudu kecil esen vanilla

 

  • Bahan-bahan untuk lapisan cheese:
    • 250 g krim keju
    • 3 sudu besar /50g gula kastor
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 1 sudu besar susu pekat manis
    • 3/4 sudu besar serbuk gelatin
    • 3 sudu besar air panas
    • 200 ml krim putar tenusu

 

  • Bahan-bahan untuk coklat ganache:
    • 300g coklat masakan gelap
    • 250g krim putar tenusu
    • 1 sudu besar butter
    • 1 sudu kecil esen vanilla

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk kek batik:
    1. Lapik loyang dengan plastik atau kertas kalis air.
    2. Patah-patahkan biskut marie.
    3. Panaskan butter sehingga cair kemudian masukkan susu pekat manis, serbuk milo, susu full cream dan serbuk koko. Kacau sampai tak berketul.
    4. Masukkan esen vanila, garam (kalau guna unsalted butter).
    5. Kacau sampai mendidih dan tutup api.
    6. Tuang biskut maire yg dipatahkan tadi sikit demi sedikit.
    7. Tuang ke dalam loyang.
    8. Ratakan dan tekan rapat.
    9. Sejukkan dalam peti ais sementara sediakan lapisan cheese.

 

  • Cara-cara untuk lapisan cheese:
    1. Bancuh gelatin dengan air panas dan kacau sampai larut.
    2. Masukkan krim cheese dalam mangkuk adunan.
    3. Masukkan gula kastor, esen vanilla, susu pekat dan cecair gelatin.
    4. Kacau sekata.
    5. Dalam bekas yang berasingan, putar whipping cream sehingga kental.
    6. Campurkan whipping cream dalam adunan cheese.
    7. Keluarkan kek batik dan tuang adunan cream cheese di atasnya.
    8. Ratakan dan masukan balik kedalam peti sejuk.

 

  • Cara-cara untuk lapisan coklat ganache:
    1. Cairkan coklat (double boil).
    2. Masukkan whipping cream kemudian kacau sehingga suam dan larut.
    3. Masuk sedikit butter (supaya lapisan ganache berkilat).
    4. Masukkan esen vanilla.
    5. Bila dah cair sekata boleh angkat.
    6. Keluarkan kek batik dari peti sejuk dan tuang coklat ganache.
    7. Simpan dalam peti sejuk semalaman.

 

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

 

Rujukan video penyediaan:

Sumber: Che Nom

BACAAN LAIN:

Leave a Comment