Patutlah viral di TikTok! Resepi Daging Dendeng ala Khairul Aming ini memang padu!

Adakah anda pernah tertanya-tanya bagaimana untuk menyediakan Daging Dendeng yang sempurna? Rahsia Daging Dendeng yang sedang viral di TikTok ini akhirnya terbongkar!

Anda pasti ingin tahu apa yang membuatkan resepi Khairul Aming ini begitu istimewa. Sertai ribuan netizen yang sudah mencuba dan menikmati keenakan Daging Dendeng ala chef terkenal ini.

Resepi Daging Dendeng

Patutlah viral di TikTok! Resepi Dendeng Daging ala Khairul Aming ini memang padu!

 

Pernah tak korang cuba buat dendeng daging tapi hasilnya macam biasa-biasa je? Memang frust kan, bila dah cuba macam-macam tapi rasanya tak padu. Hari tu, saya pun ada cuba buat dendeng daging guna resepi online, tapi alamak! Daging tak empuk, rasa pun macam ala kadar je.

Tapi kali ni, saya jumpa satu resepi yang memang tip top! Resepi rahsia ni diambil daripada seorang chef terkenal, dan serius, hasilnya memang lain macam. Daging jadi super empuk dan rempah seimbang gila! Sekali makan mesti nak tambah lagi!

Bayangkan bila tetamu datang rumah, hidangan dendeng daging ni buat semua orang terdiam sebab sedap sangat. Tak percaya? Kena cuba sendiri baru tau!

Resepi Daging Dendeng Style Khairul Aming

 

Bahan-bahan:
  • 1kg daging lembu
  • Kicap manis
  • 4 batang serai
  • Halia sebesar ibu cari
  • 4 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • Cili kering segenggam
  • 1 cawan kicap manis
  • 3 helai daun limau purut
  • Air rebusan daging
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Air asam jawa
  • 6 biji cili padi merah

 

Cara Penyediaan:
  • Mula-mula ambil 1kg daging lembu dan isi kan air untuk kita rebus dia bagi lembut.
  • Korang boleh rebus selama 45 minit kalau masih keras boleh tambah air dan rebuskan lagi. Apa yang penting air rebusan daging jangan buang tau.
  • Bila daging dah masak dan dah lembut boleh kelurkan daging. Hiriskan daging nipis sebab kita nak tumbuk daging tu.
  • Tumbukkan daging yang dipotong dalam lesung tapi jangan sampai hancur daging tu tau sebab kita nak daging tu tercarik sikit-sikit dan mudahkan bila nak makan.
  • Kemudian, ambil kicap manis dan gaulkan dengan daging yang kita dah tumbuk tadi. Gaulkan sampai kicap tu betul-betul sebati.
  • Selepas dah siap gaul, kita gorengkan daging sekejap sahaja untuk bagi dia caramelised dengan kicap tadi.
  • Sediakan blender, kita blendkan 4 batang serai, halia sebesar ibu jari, 4 biji bawang merah, 6 ulas bawang putih, segenggam cili kering yang sudah direbus dan tambahkan air. Blend sampai betul-betul hancur.
  • Selepas blender korang boleh tumiskan bahan-bahan tadi sampai dia kering dan tambahkan juga air rebusan daging sebanyak 1 senduk atau lebih.
  • Kacaukan sambal sehingga pecah minyak dan baru lah masukkan 1 cawan kicap manis. Kacaukan sampai sebati.
  • Kemudian, tambahkan 3 helai daun limau purut yang telah dibuang batangnya dan tambahkan juga perasa seperti garam, gula, air asam jawa sedikit dan serbuk perasa.
  • Kacaukan sampai betul-betul sebati dan boleh masukkan daging yang kita goreng tadi.
  • Gaulkan sampai semua daging kena sambal dan masukkan pula 6 biji cili padi merah yang telah diketuk nak bagi extra sedap.

 

Resepi Lain Daging Dendeng

  • Masa Penyediaan: 40 minit
  • Masa Memasak: 1 1/2 jam-2 jam
  • Jumlah Hidangan: 4-5 orang makan

 

Bahan-bahan:
  • 1 kilo daging
  • Air (sekadar tenggelam daging)
  • 1/2 cawan kicap pekat manis (perap)
  • 3 batang serai
  • 1-2 biji bawang besar
  • 12 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 12-15 tangkai cili kering
  • 2 cawan minyak masak
  • 1/2-1 cawan kicap pekat manis (kuah)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1/2 keping gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar serbuk perasa
  • 1 senduk bawang goreng segar

 

Cara Penyediaan:
  1. Rebus daging sampai lembut anggaran 45 minit-1 jam, kalau pressure cooker dalam 30 minit.
  2. Rebus cili kering sampai lembut, toskan air dan buang biji.
  3. Hiris nipis bawang merah kecil (untuk bawang goreng).
  4. Potong kasar serai, bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
  5. Panaskan minyak dan goreng semua bahan potong kasar sampai layu.
  6. Goreng pulak cili kering sampai layu.
  7. Kisar kasar semua bahan goreng tadi dengan sedikit air rebusan daging.
  8. Hiris nipis daging rebus anggaran 1/2 cm.
  9. Tumbuk daging agak hancur (sampai boleh carik dengan tangan).
  10. Gaul daging dengan kicap manis.
  11. Panaskan minyak dan goreng bawang merah kecil sampai garing kemudian angkat.
  12. Goreng pulak daging sampai garing tepi-tepi tu kemudian angkat dan ketepikan.
  13. Tumis semua bahan kisar sampai pecah minyak.
  14. Masukkan 2 cawan air rebusan daging.
  15. Lepas mendidih, masukkan semua daging goreng, gula melaka, garam, serbuk seasoning, kicap pekat manis (atau kicap pekat caramel) dan daun limau nipis.
  16. Masak sampai kuah pekat.
  17. Akhir sekali tabur bawang goreng sebelum hidang.

 

Tip Masakan:
  • Guna daging bahagian chuck tender (bahagian bahu), kalau bahagian cheap cut yang lain pon sesuai. Kalau daging bahagian batang pinang, tak guna untuk masak-masak yang heavy, untuk stir fry okey la.
  • Kalau masak banyak-banyak, boleh pek dalam bekas kecil-kecil dan simpand dalam freezer.

 

Rujukan video penyediaan:

Resepi Daging Dendeng Style Orang Perak

Bahan-Bahan:

1 kg daging

– Rebus hingga lembut, pastu potong, jangan potong tebal-tebal yer.
– Kemudian renjiskan kicap manis pada daging gaul rata.
– Panaskan sedikit minyak, goreng daging sekejap, angkat dan toskan.
– Kemudian tumbuk daging guna lesung batu.

Bahan Lain:

6 batang serai diketuk, pastu goreng sampai agak perang toskan (serai memang kena banyak baru original dendeng)
10 helai daun limau purut (yang ni saya saja buh nak bagi wangi)
1 cawan air rebusan daging
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 cawan air asam jawa (sederhana cair)
Sedikit bahan perasa
Kicap manis
Kicap masin
1 dan 1/2 cawan bawang goreng, lagi banyak lagi sedap.

Bahan Kisar:

25 tangkai cili kering (nak pedas boleh tambah)
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
5 batang serai hiris (bahan utama dendeng jangan skip tau)
1 cawan minyak masak

– Kisar semua bahan ini

Caranya:

1. Masukkan bahan kisar dalam kuali. Kemudian, masukkan 5 helai daun limau purut yang dah dicarik-carik dan serai yang dah digoreng. Masak hingga naik minyak dan berubah warna.

2. Masukkan gula, garam, air asam jawa, masak lagi hingga agak garing. Bila dah agak garing masukkan air rebusan daging.

3. Renjiskan kicap manis (kicap manis kena lebih yer) kemudian, renjiskan sedikit sahaja kicap masin (sekadar nak bagi gelap).

4. Bila dah pekat dan hampir kering terus masukkan daging dan baki daun limau purut, gaul sebati.

5. Masukkan pula bawang goreng, gaul sebati. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia untuk dihidang. Boleh buang lebihan minyak.

Sumber:

 

Baca resepi lain:

Leave a Comment