Resepi Ayam Kung Pao: Ini masakan tradisional cina yang memukau selera!

Adakah anda tahu bahawa Resepi Ayam Kung Pao sebenarnya berasal dari negara China yang terkenal dengan masakannya yang memikat selera?

Mari belajar bersama-sama untuk menghasilkan hidangan ini yang pasti akan memukau lidah anda dan keluarga!

Resepi Ayam Kung Pao

Resepi Ayam Kung Pao: Ini masakan tradisional cina yang memukau selera!

 

Sekiranya anda ingin mencuba hidangan baru yang pasti memukau selera anda dan sesuai dengan cita rasa pedas yang diingini, maka resipi Ayam Kung Pao adalah pilihan yang tepat! Hidangan Ayam Kung Pao ini terkenal di kalangan pecinta masakan Cina kerana ia mengandungi kombinasi rasa unik seperti manis, masin dan pedas yang menjadikannya sangat sedap dan menyelerakan. Diperbuat daripada ayam yang digoreng rangup, kepingan kacang tanah yang garing dan rasa pedas dari cili kering, resipi ini menyediakan sensasi makanan yang lazat dan menggiurkan. Anda tidak akan menyesal mencubanya!

 

Resepi Ayam Kung Pao Special

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 15 minit
  • Jumlah Hidangan: 3-4 orang

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk perapan ayam:
    • 400g atau 2 keping isi ayam
    • 1 sudu besar tepung jagung
    • 2 sudu besar kicap cair
  • Bahan-bahan untuk sos:
    • 2 sudu besar kicap manis
    • 2 sudu besar kicap cair
    • ½ sudu besar minyak bijan
    • 1 sudu besar tepung jagung
    • 1 sudu besar gula
    • 3-4 sudu besar air
  • Bahan-bahan untuk lain-lain:
    • 1 senduk minyak masak
    • ½ mangkuk kecil gajus atau kacang tanah
    • 6-7 tangkai cili kering
    • 3-4 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • Lada benggala
    • ¼ biji bawang holland atau bawang merah
    • daun bawang

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk ayam kung pao:
    1. Potong cili kering, bawang holland, daun bawang, bawang putih dan halia.
    2. Potong ayam dalam bentuk kiub lalu gaul rata tepung jagung dan kicap cair.
    3. Perap seketika ayam tersebut.
    4. Pada bekas asing, masukkan kicap manis, kicap cair, minyak bijan, tepung jagung, gula dan air lalu kacau kesemua bahan hingga sekata.
    5. Panaskan minyak dan goreng gajus atau kacang tanah sehingga keperangan lalu angkat.
    6. Goreng cili kering dan masukkan isi ayam sehingga ayam kelihatan keperangan.
    7. Masukkan hirisan bawang putih dan halia, lalu gaul sehingga naik bau.
    8. Sesudah itu, masukkan lada benggala, bancuhan sos, sedikit air (jika perlu), bawang holland dan gajus.
    9. Tambah garam jika perlu.
    10. Masukkan daun bawang dan sambung sehingga masak.
    11. Kemudian, ayam kung pao siap dan boleh dihidang.

 

Tip Masakan:
  • Masak ayam diatas api yang besar dan kacau dengan cepat supaya ayam kung pao menjadi lebih ‘juicy’, lembut’ dan masak sempurna.

 

Rujukan video penyediaan:

Resepi Ayam Kung Pao

  • Masa Penyediaan: 40 minit
  • Masa Memasak: 10 minit
  • Jumlah Hidangan: 2 orang

 

Bahan-bahan:
  • 300g atau 2 ketul dada ayam, potong kiub
  • 5 biji cili kering, dipotong dua
  • 2 inci halia muda, hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1/2 biji capsicum hijau, dipotong sederhana kecil
  • 1/3 biji karot, hiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar holand, potong dadu
  • 2 sudu besar kacang tanah, yang dipangang atau goreng tanpa minyak ATAU 1/2 mangkuk kecil biji gajus (lagi sedap kalau guna gajus)
  • sedikit daun bawang, potong 1 inci panjang
  • 1/2 mangkuk kecil minyak masak

 

  • Bahan untuk perapan:
    • 1 sudu besar minyak bijan
    • 2 sudu besar tepung jagung
    • 2-3 sudu besar kicap cair

 

  • Bahan untuk sos:
    • 2 sudu besar kicap pekat berkaramel (boleh ganti dengan kicap pekat manis)
    • 1 sudu besar tepung jagung
    • 1 sudu besar kicap cair
    • 1 sudu teh gula
    • 3 sudu besar air

 

Cara Penyediaan:
  1. Perap ayam dengan bahan perapan selama 30 minit.
  2. Goreng kacang dengan minyak sehingga masak. Ketepikan.
  3. Goreng ayam dalam minyak yang sama sehingga ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Keluarkan lebihan minyak, biarkan anggaran 3 sudu minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau.
  5. Masukkan ayam, capsicum hijau, karot, dan kacang tanah atau gajus. Kacau selama 1 minit dan masukkan bancuhan sos. Kacau sebati dan masukkan bawang holland beserta sedikit air supaya sedikit berkuah. Kacau lagi selama 1-2 minit di atas api yang besar. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.

 

Tip Masakan:
  • Jangan goreng ayam terlalu lama kerana ayam akan menjadi keras dan kering.
  • Jika agak kering masukkan sedikit air supaya berkuah.

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment