Lakukan pendaftaran projek Rumah Makmur di Pahang dengan mudah melalui ePerumahan. Sertakan semua dokumen yang diperlukan termasuk slip gaji, sijil nikah, dan kad pengenalan. Daftar sekarang untuk rumah idaman anda!
PROJEK RUMAH MAKMUR
Projek Rumah Makmur merupakan inisiatif terbaharu yang dirancang sebagai peningkatan dari program PR1MA Pahang, yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri. Tujuannya adalah untuk menyediakan perumahan yang mampu dimiliki, selesa, dan berkualiti tinggi kepada keluarga berpendapatan sederhana, dengan pendapatan tidak melebihi RM10,000.00 bagi setiap isi rumah.
Dengan harga jualan RM80,000.00, Projek Rumah Makmur bertujuan khusus untuk memperluas akses kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah, dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM5,000.00. Inisiatif ini sejajar dengan hasrat penyediaan perumahan untuk semua, merangkumi mereka yang memerlukan sokongan tambahan untuk memiliki rumah yang berkualiti dan selesa.
Baca juga : Panduan Lengkap ePerumahan 2024
Spesifikasi | Butiran |
Jenis Rumah | Rumah Teres |
Harga Jualan | RM 80,000.00 |
Keluasan Lot (Landed) | 20′ x 65′ (1,300 kaki persegi) |
Keluasan Lot (Rumah Bertiang) | 20′ x 55′ (1,100 kaki persegi) |
Luas Binaan Minimum | 800 kaki persegi (Tidak termasuk anjung) |
Bilik Tidur | 3 Bilik. Keluasan minimum: Bilik utama – 10’x16’ (160 kaki persegi), Bilik 2 dan 3 – 10’x12’ (120 kaki persegi) |
Bumbung | Metal deck / Jubin konkrit |
Bilik Air | 2 bilik air |
Kemasan Lantai | Ruang Tamu – Jubin Seramik, Ruang Makan – Jubin Seramik, Dapur – Jubin Seramik, Bilik Air – Jubin Seramik, Bilik Tidur – Lepaan Simen |
Kemasan Dinding | Dapur dan Bilik Air – Jubin Seramik 5 kaki tinggi |
SYARAT KELAYAKAN UNTUK MOHON
- Kewarganegaraan: Wajib merupakan warganegara Malaysia, dengan keistimewaan diberikan kepada penduduk negeri Pahang di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
- Pendapatan Isi Rumah: Pendapatan keseluruhan isi rumah mestilah tidak lebih daripada RM5,000.00 sebulan.
- Usia: Utamakan kepada individu yang berusia 40 tahun dan ke bawah.
- Tempat Tinggal: Harus telah bermukim dan menetap di Negeri Pahang secara berterusan selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
- Kepemilikan Rumah: Pemohon tidak seharusnya memiliki sebarang rumah.
CARA MOHON
Anda perlu menyediakan dan mengemukakan dokumen-dokumen yang berikut sebagai sebahagian daripada proses permohonan anda di portal ePerumahan Pahang:
- Slip Pengesahan Pendaftaran ePerumahan: Salinan slip yang diperoleh setelah mendaftar di laman web ePerumahan.
- Salinan Kad Pengenalan: Satu salinan kad pengenalan bagi pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan: Satu salinan kad pengenalan suami atau isteri pemohon.
- Salinan Dokumen Perkahwinan: Satu salinan Sijil Nikah, Sijil Pendaftaran Perkahwinan, atau dokumen perceraian.
- Salinan Sijil Kelahiran: Satu salinan Sijil Kelahiran pemohon.
- Salinan Dokumen Pendapatan: Satu salinan slip gaji terkini suami atau isteri, atau surat pengesahan pendapatan dari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Penghulu jika tiada slip gaji.
- Surat Perakuan Majikan: Satu salinan surat perakuan dari majikan yang sah.
- Salinan Slip Gaji Pemohon: Satu salinan slip gaji pemohon atau surat pengesahan pendapatan dari JKKK atau Penghulu jika tiada slip gaji.
- Penyata Taksiran Cukai Pendapatan: Satu salinan penyata taksiran cukai pendapatan bagi tahun yang berkenaan.
- Bukti Tempoh Menetap di Negeri Pahang: Satu salinan dokumen atau surat pengesahan yang menunjukkan pemohon telah menetap di Negeri Pahang untuk tempoh yang diperlukan atau dari JKKK atau Penghulu jika pemohon bukan dilahirkan di Negeri Pahang.
- Surat Akuan Sumpah: Dokumen ini diperlukan untuk mengesahkan maklumat yang diberikan.
Proses permohonan boleh dilakukan secara online melalui laman rasmi ePerumahan Pahang.