8 Petua terbaik hilangkan bau Durian dalam kereta

Menghadapi masalah bau durian dalam kereta?

Ketahui 8 petua terbaik hilangkan bau durian dalam kereta anda dengan mudah dan cepat! Jangan biar bau durian mengganggu perjalanan anda lagi.

Petua terbaik hilangkan bau Durian dalam kereta

8 Petua terbaik hilangkan bau Durian dalam kereta

 

Sekarang ni tengah musim raja buah, ramai yang mengambil peluang untuk pergi ke pelbagai tempat untuk membeli durian. Namun, setelah memasukkan durian ke dalam kereta, bau durian boleh merebak ke seluruh ruang kereta dan mengambil masa yang panjang untuk hilang.

Berikut adalah lapan petua yang boleh anda ikuti, berdasarkan portal Vanilla Kismis, untuk menghilangkan bau durian dalam kereta.

  • Potong Tangkai Durian dan Letak di Jaring Aircond
    Selepas membeli durian, patahkan sedikit tangkainya dan belah sedikit di bahagian hujungnya. Tempatkan bahagian yang dibelah itu pada jaring aircond kereta.

 

  • Buka Tingkap Kereta
    Pastikan anda membuka tingkap semasa dalam perjalanan pulang dan tutup aircond. Apabila kereta diparkir, buka sedikit tingkap dan bonet kereta untuk pengudaraan yang lebih baik.

 

  • Letak Roti Semalaman dalam Kereta
    Letakkan beberapa keping roti dalam kereta, termasuk di bonet. Roti mampu menyerap bau durian, mengelakkan rasa pening atau mual apabila memasuki kereta keesokan harinya.

 

  • Letak Arang dalam Kereta
    Jika tidak mahu menggunakan roti, anda boleh membeli arang di kedai. Letakkan beberapa ketul arang dalam kereta. Arang juga berfungsi untuk menyerap bau durian.

 

  • Letak Kopi Uncang atau Serbuk Kopi
    Serbuk kopi atau kopi uncang boleh digunakan untuk menyerap dan menghilangkan bau durian, malah kopi juga boleh bertindak sebagai pewangi kereta.

 

  • Guna Soda Bikarbonat
    Letakkan serbuk soda bikarbonat dalam bekas terbuka dan biarkan beberapa jam dalam kereta. Anda juga boleh menaburkannya terus di dalam kereta, namun perlu dibersihkan menggunakan vakum selepas itu.

 

  • Letak Daun Pandan
    Potong daun pandan dan simpulkan ia sebelum meletakkannya di dalam kereta. Daun pandan boleh membantu menghilangkan bau durian dengan berkesan.

 

  • Letak Durian dalam Bekas Kedap Udara
    Untuk cara yang lebih cepat dan tidak berbau, minta penjual mengupas durian dan simpan terus dalam bekas kedap udara. Selain menghilangkan bau, anda juga boleh melihat kuantiti dan kualiti buah tersebut, memastikan ia berbaloi dengan harga yang dibayar.

 

Semoga dengan mengikuti petua-petua ini, bau durian dalam kereta dapat dihilangkan dengan lebih cepat dan lebih mudah. Selamat mencuba!

 

Sumber: malaysiadateline

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment