Anda pasti keliru! Ketahui perbezaan Kuih Tepung Pelita, Tako dan Limas dengan mudah!

Adakah anda peminat kuih tradisional tetapi sering keliru antara Kuih Tepung Pelita, Tako dan Limas? Jangan risau, anda tidak keseorangan!

Dalam artikel ini, kami bongkar rahsia perbezaan antara ketiga-tiga kuih ini dengan cara yang paling mudah difahami

Ketahui perbezaan Kuih Tepung Pelita, Tako & Limas

Anda pasti keliru! Ketahui perbezaan Kuih Tepung Pelita, Tako dan Limas dengan mudah!

 

Ketika tiba bulan Ramadan, terdapat beberapa juadah yang menjadi tumpuan ramai. Antaranya ialah kuih tepung pelita yang biasanya mudah didapati hanya pada bulan Ramadan. Jarang sekali kita dapat menemui penjual kuih tepung pelita pada hari-hari biasa, betul tak?

Namun demikian, ada juga yang sering keliru antara kuih tepung pelita, kuih tako, dan kuih limas. Walaupun rupa ketiga-tiga kuih ini hampir sama, bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya adalah berbeza.

Jadi, apakah yang membezakan antara ketiga-tiga jenis kuih ini? Jom kita lihat perinciannya:

Kuih Tepung Pelita

Kuih Tepung Pelita diperbuat daripada tepung beras. Kuih ini mempunyai dua lapisan; bahagian atasnya berwarna putih manakala bahagian bawahnya berwarna hijau. Proses memasaknya melibatkan penggunaan api sebelum dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada daun pisang.

 

Kuih Limas

Kuih Limas dibuat daripada tepung gandum sahaja. Bahagian bawah kuih ini berwarna hijau dan ditaburi gula sama seperti kuih tepung pelita. Kuih ini dimasak dengan cara mengukus kedua-dua bahagian atas dan bawah. Acuannya juga menggunakan daun pisang seperti kuih tepung pelita.

 

Kuih Tako

Kuih Tako diperbuat daripada tepung jagung atau tepung hoe kwee. Cara penyediaan kuih ini mirip kepada kuih tepung pelita, iaitu dimasak di atas api. Lapisan bawahnya juga berwarna hijau. Namun, sesetengah orang menambahkan sengkuang cina pada lapisan bawah untuk menambah keenakan rasanya. Berbeza dengan kuih lain, acuan kuih tako diperbuat daripada daun pandan.

Jadi, jangan keliru lagi apabila jumpa kuih-kuih ini nanti!

 

Sumber: Says

Baca Info Lain:

Leave a Comment