Tahniah! Anda Layak Menerima Bantuan Kewangan Ini. Baca Artikel Ini Hingga Tamat. Ketahui proses permohonan dan semakan status dengan panduan mudah kami. Jangan sia-siakan peluang ini untuk memperbaiki keadaan kewangan anda melalui bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan.
Baca Juga : Cara Mohon Bantuan EWallet Madani 2025 – Semak dan mohon disini
Cara Semakan Nama Penerima Bantuan 1800 MyKad
Langkah demi langkah untuk melakukan semakan:
- Layari Portal Rasmi MyKasih atau klik pautan di atas.
- Laman utama Portal MyKasih akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah dan klik pada butang [SEMAK STATUS].
- Bahagian ‘Semakan’ akan dipaparkan.
- Isikan ruangan ‘Nombor MyKad’ tanpa tanda sengkang (-).
- Klik butang [Semakan Status].
- Status MyKad penerima yang layak akan dipaparkan.
Kategori Penerima Bantuan 1800 MyKad
Berikut adalah kumpulan penerima Bantuan MyKad yang layak pada tahun ini:
Kumpulan Penerima | Penerima Miskin Sederhana | Penerima Miskin Tegar |
Isi Rumah | 500,000 | 210,000 |
Bujang | – | – |
Warga Emas | – | – |
Nota: Setiap penerima di atas akan menerima jumlah bantuan yang berbeza.
Jumlah Bantuan Setiap Penerima
Bantuan akan dikreditkan mengikut kategori MyKad penerima seperti berikut:
Kategori MyKad | Jumlah Bantuan |
Isi Rumah | RM1,200 setahun |
Bujang | RM600 setahun |
Warga Emas | RM1,200 setahun |
Nota: Jumlah bantuan di atas juga merangkumi kelayakan Miskin Sederhana dan Miskin Tegar.
Tarikh Penerimaan Bantuan 1800 MyKad
Penerima akan menerima Bantuan MyKad mengikut jumlah yang ditetapkan secara beransur setiap bulan pada tarikh berikut:
Negeri | Tarikh Penerimaan |
Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu | 22 Januari – 1 Disember 2024 |
Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor | 29 Januari – 1 Disember 2024 |
Soalan Lazim mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
1. Pengenalan
Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
SARA adalah sumbangan tambahan untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar di mana pelaksanaannya dipertingkat pada tahun 2024 untuk memenuhi keperluan barangan asas. Jumlah kelayakan adalah RM1200 atau RM600 melalui pembelian tanpa tunai.
2. Kelayakan
Siapa yang layak menerima SARA?
- Warganegara Malaysia
- Lulus STR 2024 kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar atau Miskin dalam rekod data eKasih
3. Proses Permohonan
Adakah saya perlu memohon SARA?
Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang berstatus lulus STR 2024.
Cara Untuk Elak Scammer Bantuan Kerajaan
- Sahkan Sumber Maklumat: Pastikan maklumat yang anda terima datang daripada sumber yang rasmi dan boleh dipercayai seperti laman web kerajaan.
- Jangan Kongsikan Maklumat Peribadi: Elakkan berkongsi maklumat peribadi seperti nombor MyKad atau akaun bank melalui panggilan telefon atau mesej teks yang tidak disahkan.
- Periksa URL Laman Web: Sentiasa periksa URL laman web untuk memastikan ia benar-benar laman rasmi kerajaan. Laman web palsu mungkin kelihatan serupa tetapi URL-nya sedikit berbeza.
- Hati-hati dengan Panggilan Tidak Dikenali: Jika anda menerima panggilan atau mesej daripada nombor atau pihak yang tidak dikenali, jangan berikan sebarang maklumat peribadi. Hubungi pejabat kerajaan dengan menggunakan nombor rasmi untuk pengesahan.
- Guna Saluran Rasmi: Mohon bantuan kerajaan hanya melalui saluran rasmi yang disediakan. Elakkan daripada menggunakan pautan yang dihantar oleh pihak ketiga.
- Semak Maklumat Bantuan: Bandingkan maklumat yang anda terima dengan maklumat yang terdapat di laman web rasmi atau dari kenyataan rasmi daripada agensi kerajaan.
- Laporkan Aktiviti Mencurigakan: Jika anda mendapati sesuatu yang mencurigakan, laporkan segera kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
- Elakkan Tekanan Masa: Scammers sering menggunakan teknik untuk membuat anda merasa tergesa-gesa. Ambil masa untuk memeriksa dan mendapatkan pengesahan sebelum membuat sebarang keputusan.
- Sentiasa Berhati-hati dengan Tawaran Tidak Masuk Akal: Jika sesuatu tawaran nampak terlalu baik untuk menjadi kenyataan, ada kemungkinan ia adalah scam. Sentiasa lakukan semakan sebelum menerima sebarang tawaran.
Rujukan
Semua maklumat yang dikongsikan di atas dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan, sila rujuk pihak berwajib di bawah:
- Laman Bantuan: Contact Us
- Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel: info@mykasih.com
Penafian
Pihak kami hanya berkongsi maklumat mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri dengan tujuan untuk memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak meminta sebarang maklumat peribadi pelawat ataupun mengenakan bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan artikel ini hanyalah untuk berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terkini mengenai bantuan.
Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq.