3 Resepi Kek Pisang mudah, sedap, dan gebu. Sekali rasa, terus jatuh cinta!

Adakah anda pernah terfikir bagaimana caranya untuk membuat kek pisang yang gebu dan menyelerakan?

Resepi kek pisang ini dijamin mudah, sedap, dan paling penting sekali, hanya menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dapur anda! Anda pasti terkejut betapa mudahnya untuk menyediakannya.

Kek Pisang

 

3 Resepi Kek Pisang mudah, sedap, dan gebu. Sekali rasa, terus jatuh cinta!

 

Pernah cuba buat kek pisang, tapi rasa dia macam tak berapa nak kick? Haa, jangan bimbang! Kami dah jumpa resepi kek pisang yang baru dan lebih mantap. Hari tu cuba masak kek pisang guna resepi ni, memang gebu, moist dan penuh dengan rasa pisang asli! Rasa macam kek pisang dari bakery mahal tu, tapi ni buat kat rumah sendiri. Tak sia-sia cuba resepi ni, memang puas hati! Jom cuba dan rasai sendiri kelainan resepi kek pisang yang penuh magik ni.

 

Resepi Kek Pisang Guna Blender

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 40-45 minit
  • Jumlah Hidangan: 8 x 8 inci

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan kek pisang:
    • 1/2 cawan /100g gula kastor
    • 1/2 cawan /110g gula perang
    • ***boleh kurangkan gula jika suka kurang manis
    • 4 biji telur saiz B (kalau saiz A 3 biji)
    • 1/2 cawan /125g mentega
    • 1/2 cawan /125g minyak sayur
    • 4 biji pisang (saiz sederhana) atau 1 cawan pisang lecek
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 1/2 sudu kecil garam (jika guna mentega tak bergaram)
    • 1 1/2 cawan / 190g tepung gandum
    • 1 sudu kecil baking soda
    • 1 1/2 sudu kecil baking powder

 

Cara Penyediaan:
    1. Kupas kulit pisang dan tekan pisang sampai hancur.
    2. Cairkan butter.
    3. Ayak tepung gandum, baking soda dan baking powder. Ketepikan.
    4. Masukkan gula putih, gula perang dan telur dalam food processor (atau blander) . Kisar sampai berubah warna cerah sikit (kisar anggaran 1 minit).
    5. Masukkan mentega cair dan minyak sayur. Putar lagi anggaran 30-45 saat.
    6. Masukkan pisang lenyek, esen vanilla dan garam (kalau guna mentega tak bergaram). Putar lagi sampai kembang dan berubah warna.
    7. Tuang sikit demi sedikit adunan kisar tadi kedalam adunan kering dan gaul sebati.
    8. Gris loyang (8 x 8 inci) dengan majerin dan alas dengan kertas baking.
    9. Potong nipis pisang (untuk hiasan).
    10. Panaskan oven suhu 160⁰c.
    11. Tuang adunan kedalam loyang.
    12. Susun kepinggan pisang atas adunan (boleh tambah chocolate chip kalau suka).
    13. Masukkan kedalam oven dan bakar selama 40-45 minit dengan suhu 160⁰C (suhu boleh laras mengikut kesesuaian oven masing-masing).
    14. Keluarkan kek dan sejukkan.

 

Tip Masakan:
  • Pastikan potong pisang nipis dan letak kepinggan pisang masa dekat nak masuk oven, kalau terlebih awal takut pisang tenggelam kebawah masa bakar.
  • Kalau masa bakar kek bahagian atas cepat perang, boleh turunkan suhu dan bakar lebih lama.
  • Untuk check kek dah masak, boleh cucuk dengan lidi, kalau lidi tak basah dan melekat maknanya kek dah masak.

 

Rujukan video penyediaan:

Resepi Kek Pisang Lembap

  • Masa Penyediaan: 15 minit
  • Masa Memasak: 45 minit
  • Jumlah Hidangan: 8 orang

 

Bahan-bahan:

  • 5-6 biji pisang emas saiz sederhana (4 biji sahaja jika pisang bersaiz besar seperti pisang berangan)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 cawan minyak canola atau jagung
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila

 

  • Bahan-bahan untuk diayak:
    • 1 1/2 cawan tepung gandum
    • 1 sudu kecil baking soda atau soda bikarbonat
    • 1 1/2 sudu kecil baking powder

 

Cara Penyediaan:
  1. Griskan acuan bersaiz 8 inci x 8 inci dan lapik dengan kertas baking. Panaskan oven pada suhu 170°C.
  2. Ayak bahan-bahan untuk diayak ke dalam mangkuk besar.
  3. Di dalam blender, masukkan telur dan gula kemudian blend selama beberapa minit atau sehingga adunan telur menjadi kembang.
  4. Masukkan pula minyak, pisang yang sudah dilecek, garam dan esen vanila. Blend lagi selama beberapa minit.
  5. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk yang berisi tepung ayak tadi. Kacau dengan cara kaup balik dengan perlahan sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama kerana takut kek akan menjadi keras jika tepung terlebih kacau.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang dan hias dengan hirisan pisang di atas permukaan. Bakar selama 45-50 minit atau sehingga masak. Turunkan suhu kepada 160°C selepas 15 minit dan bakar sehingga masak.

 

Tip Masakan:
  • Kek sidah masak jika bilah lidi yang dicucukkan di tengah kek keluar dengan bersih dan licin. Jika masih basah dan melekat, teruskan bakar selama beberapa minit kembali.

 

Resepi Kek Pisang Mudah

  • Masa Penyediaan: 15 Minit
  • Masa Memasak: 40 minit
  • Jumlah Hidangan: 1

 

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula kastor
  • 3 biji pisang yang telak dilenyek
  • 2 biji telur gred A
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila

 

Cara Penyediaan:
  1. Alaskan acuan kek dengan kertas minyak, dan panaskan oven sehingga suhu 180 darjah
  2. Satukan tepung gandum, soda bikarbonat,garam dan baking powder. Ayak dalam satu bekas.
  3. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 atau sehingga 50 minit.
  4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment