Jawatan Kosong Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 2024. Mohon sekarang.
Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengundang pemohonan daripada Warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di badan ini.
Ketahui Cara Memohon dengan Membaca Artikel Ini!
Jawatan Kosong Terkini: Jawatan Kosong DBKL
MAKLUMAT PENTING JAWATAN KOSONG LPPKN Mei 2024
Berikut adalah jawatan kosong terkini yang ditawarkan:
Jawatan | Kelayakan | Gaji | Kemudahan |
Personel MySTEP | STPM/STAM/Diploma | RM1,900.00 | Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP, Caruman PERKESO |
Lokasi penempatan : LPPKN Selangor.
Sektor : Badan Berkanun
SYARAT KELAYAKAN
Warganegara Malaysia.
Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
Memiliki:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan, atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan, atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan dari institusi pengajian tinggi tempatan, atau
- Kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Kepujian (sekurang-kurangnya C) dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Perwatakan dan peribadi yang ceria, bersih dari tindakan tatatertib dan undang-uadang.
Mahir dalam pengucapan awam dan berminat dalam program remaja dan sukarelawan.
Kemahiran dalam menggunakan media sosial dan teknologi ICT untuk membuat poster, sepanduk, dan lain-lain.
CARA MOHON JAWATAN KOSONG
Permohonan perlu dihantar secara dalam talian melalui Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs. Sila kunjungi pautan yang diberikan di bawah untuk mendapatkan iklan jawatan dan mengemukakan permohonan anda.
Pastikan anda mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG ONLINE
TUGASAN
Merancang dan mengkoordinasikan program-program berkaitan remaja di Negeri Selangor, termasuk:
- Mobile KafeTEEN
- KafeTEEN bersama PRS
- KafeTEEN@Pedi
- KafeTEEN@PPAS
- Pameran KafeTEEN
- Program-program lain yang berkaitan.
Merancang dan mengkoordinasikan program Trak KafeTEEN di seluruh Negeri Selangor.
Memberi bantuan dalam pengkoordinasian program-program berkaitan remaja di LPPKN Negeri Selangor. Ini kerana Pembantu Pembangunan Masyarakat yang sedia ada terikat dengan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Unit Kaunseling Keluarga dan SKT Klinik Nur Sejahtera (KNS).
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
8 MEI 2024