JADUAL BAYARAN STR 2024 : Tarikh & Kadar Bantuan

Semak maklumat terkini jadual bayaran STR 2024 dan kadar bayaran mengikut kategori disini.

 

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024

 

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah inisiatif yang dilancarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah konsep payung Rahmah dalam Bajet MADANI kedua (Bajet 2024), bertujuan untuk memberikan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

 

Fasa pertama pembayaran STR kepada penerima yang telah didaftarkan dalam pangkalan data STR akan bermula pada Isnin, 29 Januari 2024. Pembayaran ini akan disalurkan secara berperingkat ke akaun bank mereka atau melalui Bank Simpanan Negara (BSN), mengikut kategori kelayakan STR yang telah ditetapkan.

 

JADUAL BAYARAN STR 2024

Join Whatsapp Channel Or Telegram Channel
Sila join Whatsapp ini jika anda B40 & M40 sahaja! https://whatsapp.com/channel/0029Vag2zLk7T8bT1G4GR931
Atau Sila join Telegram Channel ini jika anda B40 & M40 sahaja!
Telegram Channel B40 & M40 SAHAJA!
FasaTarikh Bayaran
Fasa 129 Januari 2024
Fasa 23 April 2024
Fasa 3Ogos 2024
Fasa 4November 2024

 

KADAR BANTUAN STR 2024

 

Kategori BantuanNilai Bantuan
Isi Rumah Pendapatan

RM2,500 ke bawah

RM1,000 (Tiada anak)

RM1,500 (1-2 anak)

RM2,000 (3-4 anak)

RM2,500 (5 ke atas)

Isi Rumah Pendapatan

RM2,501 hingga RM5,000

RM500 (Tiada anak)

RM750 (1-2 anak)

RM1,000 (3-4 anak)

RM1,250 (5 ke atas)

Warga Emas Tiada PasanganRM 600
Bujang / Balu / Duda / Janda

yang tiada anak serta

Pendapatan RM2,500 ke bawah

RM350

 

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN STR

 

Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/

 

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
  7. Status Permohonan
  8. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Semua maklumat yang dikongsikan di atas diperoleh daripada portal rasmi MySTR LHDNM. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau isu mengenai bantuan di atas, sila rujuk pihak berkuasa melalui:

 

Talian Penting STR HASiL: 1-800-88-2747

Talian hotline STR Kementerian Kewangan: 03-8882 4565 / 03-8882 4566

E-mel: str@mof.gov.my

 

RUJUKAN DAN PAUTAN PENTING

 

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

Leave a Comment