Daftar e-Tani Sekarang : Manfaat Eksklusif untuk Petani!

Ketahui cara mendaftar e-Tani dan nikmati pelbagai bantuan pertanian eksklusif. Ikuti panduan lengkap untuk pendaftaran e-Tani di sini!

Baca Juga : Info Terkini STR Fasa 3

Pengenalan e-Tani

e-tani

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Kerajaan Negeri Sarawak telah memperkenalkan sebuah platform yang dikenali sebagai e-Tani yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak. Melalui sistem ini, para petani boleh memohon bantuan dan perkhidmatan dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, asalkan mereka mempunyai akses kepada internet dan telefon pintar. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai e-Tani.

Kenapa Anda Perlu Daftar?

Platform e-Tani sangat penting kerana ia membolehkan kerajaan memperoleh maklumat lengkap mengenai para petani. Maklumat ini memudahkan proses penyaluran bantuan dengan lebih efisien. Contohnya, dalam penanaman nanas, maklumat mengenai kuantiti nanas yang ditanam akan membantu kerajaan dalam menentukan jumlah bantuan yang perlu disalurkan.

Selain itu, e-Tani juga memudahkan pengguna terutama yang berasal dari luar bandar tetapi bekerja di bandar untuk membuat permohonan bantuan dengan mudah. Platform ini membolehkan para petani mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja menerusi akses internet dan telefon pintar.

Siapa yang Perlu Mendaftar?

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak.
  • Individu yang terlibat dengan aktiviti pertanian.

Syarat Kelayakan E-Tani

Berikut adalah syarat untuk mendaftar dalam e-Tani:

  1. Warganegara yang telah mencapai umur 18 tahun dan menetap di kawasan operasi pertubuhan ini.
  2. Individu yang terlibat dalam pengeluaran pertanian dan ternakan serta pemprosesan hiliran, atau memperoleh pendapatan daripada pengeluaran pertanian dan ternakan, atau menguasai mana-mana faktor pertanian, perikanan, pengeluaran ternakan, dan pemprosesan hiliran di Sarawak.

Cara Mendaftar E-Tani

e-Tani: Syarat Kelayakan, Cara Daftar & Dokumen Diperlukan

Untuk mendaftar, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sarawak di pautan: sarawak.gov.my.
  2. Pilih “Pendaftaran Petani” di bahagian Perniagaan & Perdagangan.
  3. Log masuk ke Sarawak ID dan isi serta semak maklumat anda sebelum klik “Hantar”.
  4. Permohonan dalam talian anda akan disahkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak setelah melalui proses verifikasi dan penilaian.

Setelah permohonan diterima, keputusan pendaftaran akan dihantar melalui Public Workspace yang boleh diakses melalui Portal Rasmi Kerajaan Sarawak. Sekiranya permohonan ditolak, anda masih boleh memohon semula dengan mengisi Pendaftaran Profil Petani.

Nota Penting

Sebelum anda mendaftar dalam e-Tani, anda WAJIB mendaftar Sarawak ID terlebih dahulu untuk tujuan pengisian e-Tani. Sila daftar Sarawak ID di pautan berikut: sarawak.gov.my. Seterusnya, untuk mendaftar e-Tani, klik pautan berikut: sarawak.gov.my.

Dokumen Diperlukan

Pemohon perlu menyedia dan memuat naik dokumen sokongan berikut:

  1. Salinan kad pengenalan atau nombor pasport pemohon.
  2. Salinan hak milik tanah.
  3. Salinan sijil MyGAP dan MyOrganic.
  4. Salinan lesen, kontrak atau perjanjian.

Bantuan untuk Petani Berdaftar

Melalui e-Tani, para petani berdaftar boleh memohon beberapa bentuk bantuan dan perkhidmatan seperti berikut:

  1. Permohonan Skim Bantuan Program Pembangunan Pertanian Bahagian Tanaman
  2. Permohonan Skim Bantuan Program Pembangunan Bahagian Perikanan Darat
  3. Permohonan Skim Baharu Pembangunan Produk
  4. Permohonan Program Pembangunan Pertanian Komuniti (PPPK)
  5. Permohonan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Jabatan Pertanian Sarawak
  6. Permohonan Pensijilan di bawah Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT)

Hanya Petani Berdaftar dalam sistem e-Tani boleh memohon bantuan dan perkhidmatan pertanian secara dalam talian.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut, layari portal e-Tani atau pergi ke Pejabat Pertanian Daerah masing-masing untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran secara manual. Anda juga boleh menghubungi:

Dengan pendaftaran e-Tani, diharap para petani dapat menikmati pelbagai manfaat yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Sarawak untuk memajukan industri pertanian di Sarawak.

Baca Juga : Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara

Leave a Comment