Daftar PADU 2024: Melalui Aplikasi SELANGKAH

Ketahui cara untuk daftar PADU melalui aplikasi SELANGKAH. Baca disini untuk maklumat terkini dan panduan mudah.

 

PADU

PADU adalah singkatan dari Pangkalan Data Utama yang memusatkan semua data yang dikumpulkan dari semua agensi kerajaan seperti LHDN, KWSP, JPJ dan lain-lain. Data yang disimpan dalam PADU termasuk maklumat terkini tentang pekerjaan dan pendapatan kewangan anda.

Daftar Padu Bagi Rakyat Selangor

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Daftar PADU: Melalui Aplikasi SELANGKAH

Menerusi penggunaan aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELANGKAH), kerajaan Selangor memberi bantuan kepada individu yang tinggal di negeri ini yang masih belum mendaftar maklumat peribadi mereka dalam Pangkalan Data Utama (PADU).

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, perkara ini adalah diutamakan kepada penduduk negeri itu yang memiliki aplikasi itu dan yang telah memberi kebenaran mereka.

Dalam Selangkah, data itu merangkumi butiran individu yang mendapat manfaat daripada pelbagai program bantuan yang dimulakan oleh kerajaan negeri, seperti Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), Selangor Mental Sihat (SEHAT), Program Saringan Kesihatan Percuma (Selangor Saring), dan Insentif MamaKerja (MamaKerja), dengan jumlah penerima bantuan seramai 66,216 orang.

Menurut kenyataannya, aplikasi SELANGKAH berpotensi berkongsi sehingga 3,712,616 keping data maklumat pengguna aktif dengan Padu, mengikut terma dan syarat penggunaan.

 

PANDUAN MUAT TURUN SELANGKAH

SELANGKAH ialah aplikasi Teknologi Kepintaran Buatan (AIbukan komersial yang dibangunkan sebagai inisiatif Kumpulan Kerja Selangor (STFC) dan telah tersedia sejak 5 Mei 2020.

 

Daftar dan Kemaskini Maklumat

Semua proses pendaftaran dan kemaskini maklumat hanya boleh dilakukan melalui aplikasi SELANGKAH.

Sila klik pautan ini: Panduan Mendaftar aplikasi SELANGKAH.

 

12 Fungsi Aplikasi SELANGKAH

Bagi menambah baik peranan dan fungsi aplikasi SELANGKAH berdasarkan jumlah pelaburan dan cabaran semasaaplikasi SELANGKAH menyertakan beberapa ciri terkini seperti:

  • Selangkah E-Wallet

Selangkah E-Wallet ialah e-dompet pertama Selangah yang dilancarkan pada Disember 2021 untuk mempromosikan pembayaran tanpa tunai sejajar dengan misi kaedah pembayaran yang lebih selamat semasa dan selepas wabak.

  • Selangkah Biz

Selangkah Biz adalah aplikasi mudah alih yang membolehkan peniaga menerima pembayaran tanpa tunai daripada pelanggan dengan lancar dan selamat melalui pelbagai penyedia e-dompet tempatan.

  • Selangkah ID

Selangkah ID ialah pengenalan diri digital dengan fungsi “log masuk tunggal”. Buat pertama kali di Malaysia, keupayaan digital bersepadu telah dilancarkan untuk menjadikan fungsi SELANGKAH boleh diakses oleh semua pihak.

  • Selcare Store

Selcare Store ialah platform untuk membeli daripada farmasi yang tersedia dalam talian tanpa pergi ke kedai secara fizikal. Platform ini juga diletakkan pada aplikasi SELANGKAH untuk memudahkan semua pihak yang memerlukan perkhidmatan kit ujian, ubat-ubatan dan barangan farmaseutikal lain.

  • BINGKAS

Bantuan Kehidupan Sejahtera Sejahtera (BINGKAS) merupakan program Kerajaan Negeri Selangor bagi mengiktiraf peranan penting ketua isi rumah yang tidak jemu mengurus urusan rumah tangga. 

  • Selangor Saring

Selangor Saring ialah program saringan kesihatan yang direka untuk membantu warga Selangor dalam pengesanan awal penyakit tidak berjangkit, kanser dan penyakit mata tertentu. 

  • Screening

Screening ini memudahkan pengguna mendaftar untuk saringan Covid-19 di bawah pentadbiran kerajaan negeri atau komersial. Fungsi ini diselaraskan dengan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (Simka)

  • Map

Ciri ini membolehkan pengguna melihat kawasan yang sarat dengan kes Covid-19 terkini dengan mudah untuk memudahkan pergerakan pengguna dan memastikan keselamatan mereka

  • Home Quarantine

Ini termasuk ciri untuk pesakit Covid-19 memantau status kesihatan mereka dan memudahkan proses analisis data klinikal

  • CAC Assessment

Ini mengandungi fungsi untuk menguruskan kes pesakit di peringkat daerah dan CAC untuk triage primer dan sekunder

  • Selvax Vaksin

Selvax Vaksin Ini adalah platform untuk mereka yang ingin mendapatkan vaksin atau vaksin booster dengan lebih mudah melalui aplikasi SELANGKAH.

  • Mental Sehat

Menyediakan ciri psikososial dan kesihatan mental kepada pengguna yang terjejas secara langsung atau tidak langsung oleh wabak.

 

RUJUKAN PENTING:

 

Sumber:

 

BACAAN LAIN:

Leave a Comment