BANTUAN STR FASA 2 : Bayaran disalurkan mulai hari ini

Pembayaran bantuan STR Fasa 2 telah dilaksanakan hari ini dan akan berlanjutan secara berperingkat hingga 9 April. Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, bantuan khas ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah yang dilaksanakan di bawah Belanjawan 2024.

 

BANTUAN STR FASA 2 TAHUN 2024

Kerajaan secara rasmi mengumumkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa kedua akan bermula dari 3 hingga 9 April 2024. Pembayaran akan dibuat secara kredit terus ke dalam akaun bank penerima, atau boleh ditukar di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang direka untuk penerima tanpa akaun bank.

Menariknya, bantuan tunai STR fasa kedua disediakan seminggu sebelum hari raya. Ini sudah pasti menggembirakan rakyat khususnya golongan B40 dan M40 khususnya umat Islam yang menyambut perayaan tersebut.

Group Whatsapp Bantuan Kerajaan
Sila join Whatsapp Group ini jika anda B40 sahaja! https://chat.whatsapp.com/JYgxjzldBe1JteE7242rA0

KADAR BANTUAN STR 2024

 

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah

  • RM1,000 (Tiada anak)
  • RM1,500 (1-2 anak)
  • RM2,000 (3-4 anak)
  • RM2,500 (5 ke atas)

 

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000

  • RM500 (Tiada anak)
  • RM750 (1-2 anak)
  • RM1,000 (3-4 anak)
  • RM1,250 (5 ke atas)

 

Warga Emas Tiada Pasangan : RM 600

 

Bujang / Balu / Duda / Janda yang tiada anak serta pendapatan RM2,500 ke bawah : RM350

SEMAKAN STATUS STR 2024

Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui disini.

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan StatuS
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
  7. Status Permohonan
  8. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

MAKLUMAT LANJUT

Semua maklumat yang dikongsikan di atas diperoleh daripada portal rasmi MySTR LHDNM. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau isu mengenai bantuan di atas, sila rujuk pihak berkuasa melalui:

 

Talian Penting STR HASiL: 1-800-88-2747

Talian hotline STR Kementerian Kewangan: 03-8882 4565 / 03-8882 4566

E-mel: [email protected]

 

Anda juga boleh rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut.

 

RUJUKAN PENTING 

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

Leave a Comment