Resepi Cucur Badak : Resepi rahsia tradisional yang paling digemari ramai

Bayangkan gigitan pertama Cucur Badak yang garing di luar, lembut dan penuh rasa di dalam? Sertai kami menyingkap misteri di sebalik kudapan tradisional ini yang pasti menggoda selera dan hati.

Mari belajar Resepi Cucur Badak dan bawa sentuhan warisan ke dapur anda!

Resepi Cucur Badak

Group Whatsapp KOLEKSI RESEPI HOTEL 5 BINTANG
Group Whatsapp Perkongsian RESEPI Dari Chef-Chef Power Seluruh Malaysia! https://chat.whatsapp.com/J5j0cylISw6E6fyYMz32kL

Cucur Badak: Ini resepi untuk inti yang padat, lembut & confirm sedap!

 

Inilah saatnya untuk menghidupkan kembali warisan yang tersembunyi, melalui resepi Cucur Badak, sebuah mahkota kulinari masyarakat Melayu yang sarat akan makna dan cerita. Bersiaplah untuk dibawa ke suatu perjalanan yang akan mengungkap rahsia kelezatan abadi, di mana setiap gigitan bukan hanya makanan untuk perut, tetapi juga pengalaman untuk jiwa.

Resepi Pertama Cucur Badak

  • Masa Penyediaan: 40 minit
  • Masa Memasak: 10 minit
  • Jumlah Hidangan: 17-20 biji

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan untuk inti:
    • 1/4 cawan minyak masak
    • 1 biji / 300g kelapa parut
    • 1 biji bawang besar
    • 3-4 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 3 batang serai
    • 2 sudu besar udang kering
    • 10-12 tangkai cili kering
    • 1 sudu besar jintan manis
    • 2 sudu kecil serbuk kunyit
    • 3 sudu besar gula
    • 1 sudu kecil serbuk perasa
    • Garam secukup rasa

 

  • Bahan-bahan untuk kulit:
    • 1 kilo keledek oren
    • 3 sudu kecil garam
    • Air untuk merebus
    • 1 sudu besar majerin
    • Anggaran 2 cawan atau 250g tepung gandum

 

Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk inti:
    1. Potong kasar bawang besar, bawang putih, halia dan serai.
    2. Cili kering direbus dan buang biji.
    3. Cili kering basuh bersih dan rendam selama 10 minit.
    4. Masuk udang kering dan air rendaman, jintan manis, bahan potong kasar, cili kering dan sedikit air kedalam blender. Kisar halus.
    5. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus.
    6. Masukkan serbuk kunyit (kalau nak letak kunyit hidup boleh kisar sekali dengan bahan kisar halus).
    7. Tumis sampai kering dan pecah minyak.
    8. Masukkan gula dan serbuk seasoning. Kacau sebati.
    9. Masukkan kelapa parut.
    10. Tambah sedikit air dan kacau sampai bergaul sebati.
    11. Masukkan garam dan sambung lagi uli.
    12. Inti cucur badak dah siap. Boleh pindah inti atas pinggan dan sejukkan.

 

  • Cara-cara untuk kulit:
    1. Potong keledek kepada ketulan besar. Kupas kulit selepas rebus sebab nak elak keledek terlalu lembek. Kalau nak kurang lagi boleh kukus keledek.
    2. Basuh bersih keledek dan masukkan dalam periuk. Masukkan air agak tengelam, tambah garam dan rebus sampai empuk.
    3. Bila keledek dah masak, toskan air dan kupas kulit.
    4. Kemudian lenyek ubi sampai halus.
    5. Masukkan majerin (untuk bagi kulit lebih rangup bila kita goreng) dan uli sebati.
    6. Garam tak letak sebab rebus tadi dah masuk garam.
    7. Bila ubi dah sejuk, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
    8. Bila dah senang bentukkan, berhenti masukkan tepung takut keras pulak nanti.
    9. Sebelum bentukkan cucur, gris dulu minyak pada loyang dan tangan untuk elak melekat.
    10. Gumpal bulat doh kemudian sudukan inti dan tutup elok-elok.
    11. Panaskan minyak dan goreng sampai keperangan.
    12. Bila dah perang, boleh angkat dan toskan minyak.
    13. Kalau nak buat frozen, boleh goreng sampai perang sikit kemudian angkat dan sejukkan. Boleh susun dalam bekas dan simpanlah dalam freezer.

 

Rujukan video penyediaan:

Resepi Kedua Cucur Badak

  • Masa Penyediaan: 30 minit
  • Masa Memasak: 30 minit
  • Jumlah Hidangan: 15 biji

 

 

Bahan-bahan:
  • Bahan-bahan utama:
    • 1 Kilogram keledek(di lecek)
    • 2 Cawan tepung gandum
    • 1/2 Biji kelapa parut

 

  • Bahan untuk di giling:
    • 10 biji cili kering
    • 3 sudu besar udang kering
    • 8 ulas bawang merah
    • 3 batang serai
    • 1/2 sudu teh ketumbar
    • 1/2 sudu teh jintan manis
    • 1/2 sudu teh jintan putih
    • 1 inci halia
    • 1 inci kuncit
    • garam secukup rasa

 

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga naik baunya,
  2. Masukkan kelapa dan sedikit air
  3. Bila dah kering angkat dan sejukkan
  4. Gaulkan ubi keledek dengan tepung hingga sebati, kemudian bentukkan bulat2
  5. isikan intinya dan dibulakan semula
  6. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.

 

Sumber: Che Nom

 

RUJUKAN LAIN:

Leave a Comment