Cottage Pie: Ini resepi tradisi British yang mudah dan pasti sedap!

Bagaimana jika saya beritahu anda bahawa ada sebuah resepi yang tidak hanya mudah dibuat tetapi juga mampu membawa anda melintasi samudra hanya dengan satu gigitan?

Bersiaplah untuk menjelajahi keajaiban Cottage Pie, mahakarya kulinari British yang akan mengejutkan setiap indera anda!

Resepi Cottage Pie

Cottage Pie: Ini resepi tradisi British yang mudah dan pasti sedap!

 

Bayangkan kehangatan sebuah pie daging yang dihiasi dengan lapisan puri kentang yang lembut, memancarkan aroma menggiurkan yang menyebabkan anda terliur. Resepi Cottage Pie kami bukan sekadar mengenyangkan, tetapi juga membawa anda pada sebuah perjalanan rasa yang luar biasa di mana setiap gigitan adalah gabungan sempurna antara daging cincang dengan lapisan atas kentang yang creamy. Ini bukan hanya tentang mengisi perut, tetapi tentang mencipta kenangan bersama keluarga di sekeliling meja makan. Sudi-sudilah memasuki dunia rasa yang tidak terlupakan dengan Resepi Cottage Pie.

Resepi Cottage Pie

Bahan untuk kentang lenyek:
  • 4 biji kentang Russet
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar susu penuh krim
  • 1/3 cawan keju cheddar blok (sagat)
  • Lada sulah & serbuk lada hitam secukupnya

 

Bahan untuk sos bolognese:
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1/2 biji bawang holland (dicincang dadu)
  • 400g daging kisar
  • 4 biji cendawan butang (dihiris nipis)
  • 1/2 tin tomato puri
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • Lada hitam kasar
  • Garam, gula secukupnya
  • 1 sudu besar mixed herb/ italian seasoning
  • 1/2 cawan air

 

Cara Penyediaan:

1. Kupas dan bersihkan kentang Russet. Potong kecil dan rebus hingga empuk.

2. Sementara kentang empuk, sediakan sos bolognese.

3. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland hingga keperangan.

4. Masukkan daging kisar dan goreng hingga daging masak. Masukkan lada hitam dan sedikit garam ketika memasak daging.

5. Masukkan cendawan butang. Kacau rata.

6. Masukkan tomato, tomato puri dan air.

7. Perisakan dengan mixed herb, lada hitam kisar, gula dan garam secukupnya.

8. Masak hingga kuah sedikit pekat. Tutup api.

9. Setelah kentang empuk, angkat dan lenyekkan.

10. Masukkan mentega, susu penuh krim, keju cheddar, lada sulah & serbuk lada hitam ketika kentang masih panas. Kacau sebati.

11. Panaskan oven pada suhu 180c. Sediakan bekas yang sesuai, masukkan sos bolognese diikuti dengan kentang lenyek. Ratakan. Boleh letak tomato ceri jika suka.

12. Bakar selama 30 minit atau sehingga keperangan. Sedia untuk dihidang.

Sumber:

 

RUJUK RESEPI LAIN:

Leave a Comment