Cara Mudah Memilih Manggis Manis dan Segar: 5 Tips Terbaik untuk Pembeli

Ingin tahu cara mudah memilih manggis manis dan segar?

Ikuti 5 tips terbaik ini untuk pembeli supaya anda tidak tersilap beli. Pelajari cara mudah untuk menikmatinya sekarang!

Cara Mudah Memilih Manggis Manis dan Segar

Cara Mudah Memilih Manggis Manis dan Segar: 5 Tips Terbaik untuk Pembeli

 

Manggis adalah antara buah-buahan yang sangat digemari oleh masyarakat di Asia Tenggara termasuk Malaysia, tanpa mengira umur atau generasi. Dengan rasa masam manis dan tekstur lembut, manggis sentiasa menjadi pilihan, tambahan pula ia mudah didapati di pasaran tempatan.

Namun begitu, tidak semua manggis yang dibeli adalah manis dan segar. Kadang-kadang, ada juga yang terasa masam dan kurang bermutu walaupun harganya tidaklah murah. Berikut kami kongsikan lima tips penting yang boleh anda ikuti untuk memilih manggis yang manis dan segar berdasarkan artikel terbitan Idntimes.

1. Warna Kulit Manggis
Manggis yang berwarna ungu kemerahan boleh dimakan, tetapi rasanya mungkin masih sedikit masam. Untuk mendapatkan manggis yang betul-betul manis, pilihlah buah yang berwarna ungu kehitaman.

2. Keadaan Kulit Buah
Elakkan membeli manggis yang kulitnya merekah atau lebam. Ini kerana kemungkinan kualiti buah tersebut telah terjejas akibat jatuh dari pokok.

3. Tekstur Kulit
Tahap kematangan manggis boleh dinilai dengan menekan kulitnya sedikit. Jika kulit terasa keras, buah tersebut belum matang sepenuhnya. Sebaliknya, buah yang kulitnya lembut sudah masak dan sedia untuk dimakan.

4. Keadaan Tangkai dan Kelopak
Faktor kematangan buah juga boleh dilihat pada keadaan tangkai dan kelopaknya. Manggis yang bertangkai hijau berseri dengan kelopak yang masih sempurna menandakan buah tersebut segar dan menyelerakan.

5. Kandungan Getah
Pastikan kulit manggis bebas dari getah berwarna kuning sebelum membeli. Sekiranya getah tersebut masuk ke dalam buah, isinya akan menjadi kurang segar dan tidak menyelerakan.

Dengan mengikut tips-tips ini, anda pasti dapat menikmati manggis yang manis dan segar setiap kali membeli.

 

Sumber: malaysiadateline

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment