Cara buat Muruku Leper dengan mudah dan sedap, hanya guna bahan di dapur anda!

Pernah terfikir bagaimana anda boleh membuat muruku leper yang rangup dan lazat hanya dengan bahan-bahan sedia ada di dapur anda?

Ketahui rahsia di sebalik keenakan muruku leper homemade ini yang pasti membuatkan anda terliur!

Cara buat Muruku Leper

Cara buat Muruku Leper dengan mudah dan sedap, hanya guna bahan di dapur anda!

 

Muruku Leper merupakan sejenis kuih tradisional yang sinonim dengan masyarakat India, namun ia turut digemari oleh pelbagai kaum lain di negara ini, termasuklah orang Melayu. Kuih ini sering dihidangkan kepada tetamu pada musim perayaan dan diolah menjadi snek atau makanan ringan dengan pelbagai rupa dan rasa.

Walau bagaimanapun, cara penyediaan muruku yang agak rumit membuatkan orang ramai lebih cenderung untuk membelinya daripada membuatnya sendiri di rumah. Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya ada cara pantas untuk menyediakan muruku versi leper? Seorang pengguna Facebook telah berkongsi cara penyediaan muruku leper yang ringkas, rangup, dan menyelerakan.

Menurut wanita berbangsa India tersebut, cara ini diolah oleh dirinya sendiri berdasarkan resepi yang dikongsi oleh ibunya.

Resepi Muruku Leper

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung kacang kuda
  • 1/4 cawan tepung jagung (boleh dikecualikan)
  • 1/2 sudu kecil jintan manis (ditumbuk)
  • 1/2 sudu kecil bijan putih
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil bijian omam ditumbuk (boleh dikecualikan)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar majerin
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk ayam (supaya lebih sedap)

Langkah-langkah penyediaan muruku:

  • Campurkan semua bahan dan ulilah sehingga menjadi adunan seperti doh capati.
  • Selepas itu, masukkan doh ke dalam acuan yang boleh meleperkan adunan. Kemudian, potonglah adunan leper itu secara panjang-panjang.
  • Goreng muruku sehingga kuning keemasan.
  • Muruku yang sudah siap boleh dicampurkan dengan kacang tanah dan daun kari bagi mendapatkan aroma yang lebih wangi. Ia kini siap untuk dinikmati.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda yang ingin mencuba membuat muruku sendiri di rumah dengan cara yang lebih ringkas dan cepat. Selamat mencuba!

 

Sumber: malaysiadateline

 

Baca Info Lain:

Leave a Comment