BUDI Madani – Tarikh Bayaran Subsidi 17 Julai. Mohon disini sekarang.

Isi Kandungan BUDI MADANI 2024 Tarikh Bayaran BUDI MADANI Julai 2024 BUDI Individu Syarat Permohonan BUDI Madani Individu Kriteria Pemilikan Kenderaan Cara Permohonan BUDI MADANI Semakan Kelayakan BUDI MADANI Jumlah dan Kaedah Pembayaran BUDI MADANI …

BUDI MADANI

Ingin tahu cara mudah mendapatkan RM200 sebulan dari kerajaan? BUDI MADANI Julai 2024 kini dibuka untuk permohonan dengan syarat yang lebih mudah!

Baca Juga : BUDI Madani: RM200 Sebulan

BUDI MADANI 2024

BUDI MADANI

Join Whatsapp Channel Or Telegram Channel
Sila join Whatsapp ini jika anda B40 & M40 sahaja! https://whatsapp.com/channel/0029Vag2zLk7T8bT1G4GR931
Atau Sila join Telegram Channel ini jika anda B40 & M40 sahaja!
Telegram Channel B40 & M40 SAHAJA!

BUDI MADANI 2024 adalah sebuah inisiatif kerajaan untuk menyasarkan subsidi kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Subsidi diberikan untuk membantu mengawal harga barangan dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. Terdapat tiga kategori penerima utama:

  1. MySubsidi Diesel
  2. BUDI Agri-Komoditi
  3. BUDI Individu

Tarikh Bayaran BUDI MADANI Julai 2024

Untuk penerima sedia ada, pembayaran bantuan tunai akan bermula dari 17 Julai 2024. Bagi permohonan baharu yang diluluskan pada bulan Julai, bayaran akan dilakukan mulai 7 Ogos 2024. Anda boleh menyemak kelayakan dan memohon di laman rasmi portal BUDI MADANI.

BUDI Individu

BUDI Individu merupakan sumbangan tunai daripada kerajaan bagi individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia. Permohonan BUDI Individu dibuka sepanjang tahun mulai 28 Mei 2024.

Syarat Permohonan BUDI Madani Individu

Untuk layak memohon BUDI Individu, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah berdasarkan data LHDN
  3. Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI

Kriteria Pemilikan Kenderaan

  • Kenderaan kegunaan persendirian diesel
  • Lesen Kenderaan Motor dan Cukai Jalan Kenderaan aktif
  • Kenderaan diesel didaftarkan di Semenanjung Malaysia menggunakan nombor MyKad
  • Pemilikan kenderaan yang tidak layak:
    • Motosikal diesel
    • Kenderaan diesel persendirian berdaftar untuk kegunaan syarikat atau pertubuhan
    • Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun
    • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing
    • Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran

Cara Permohonan BUDI MADANI

Permohonan BUDI boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI Individu:

  1. Mendaftar akaun pengguna
  2. Klik pada ‘Mohon Di Sini’ bagi BUDI Individu
  3. Masukkan maklumat seperti:
    • No MyKad
    • No Telefon Bimbit
    • Nama Bank
    • No Akaun Bank
    • Alamat e-mel
    • Maklumat Kenderaan Diesel (Nombor Pendaftaran, Tarikh Luput, Jenama/Model, Kelas Kegunaan)

Semakan Kelayakan BUDI MADANI

Status kelayakan boleh disemak melalui portal rasmi BUDI MADANI. Jika tidak diluluskan, tetapi memenuhi syarat kelayakan, pemohon boleh mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan. Rayuan akan dibuka mulai awal Jun 2024.

Jumlah dan Kaedah Pembayaran BUDI MADANI

Penerima yang layak akan menerima bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tiada akaun bank. Permohonan yang diluluskan sebelum 3 Jun 2024 akan menerima bayaran pertama pada pertengahan Jun 2024, dan seterusnya setiap bulan.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim BUDI Individu

Untuk maklumat lanjut dan soalan lazim, sila rujuk laman Soalan Lazim atau hubungi pusat panggilan berikut pada Isnin hingga Jumaat, jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang:

  • Talian BUDI Individu BKK HASiL: 1-800-88-2747
  • Talian BUDI Individu MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Alamat e-mel: budimadani@treasury.gov.my

Sekiranya penerima tidak mempunyai akaun bank, bantuan boleh dituntut secara tunai dengan membawa MyKad ke mana-mana cawangan BSN di seluruh Semenanjung Malaysia pada tarikh yang ditetapkan.

Rujukan

Kenyataan media terkini boleh diperolehi melalui portal Kementerian Kewangan.

Baca Juga : BUDI Agri Komoditi: Semakan & Permohonan 

Leave a Comment