Semak Senarai Penerima MyKAD RM100 September 2024 Sekarang

Senarai penerima Bantuan MyKAD RM100 September 2024 kini telah diumumkan! Semak sekarang untuk mengetahui sama ada nama anda tersenarai. Jangan lepaskan peluang ini!

Baca Juga : Senarai Penuh Bantuan OKU September

JUMLAH PERUNTUKAN BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER 2024

MyKAD RM100 September

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Jumlah peruntukan bantuan MyKad telah meningkat lima kali ganda kepada RM700 juta, membabitkan lebih 700,000 penerima berbanding jumlah sebelumnya, RM103 juta untuk 210,000 penerima sahaja.

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER 2024

Kerajaan akan mengkreditkan bantuan ke MyKad secara berperingkat mulai 1 September 2024 (Ahad) sehingga akhir bulan September ini. Ini disebabkan oleh bilangan penerima yang layak yang mencecah sebanyak 700,000 orang.

MANFAAT PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER 2024

Penerima yang layak akan memperoleh manfaat berikut:

  • Bantuan MyKad boleh digunakan untuk membeli barang dapur, barang sekolah anak dan ubat-ubatan.
  • Bantuan boleh digunakan di 600 kedai terpilih seluruh Malaysia.
  • Penggunaan yang mudah (tanpa tunai) seperti kad bank.
  • Baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya.
  • Had pembelian sehingga RM1,200 setahun.

TEMPOH SAHLAKU BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER 2024

Bantuan MyKad yang diberikan pada bulan September bernilai RM100 boleh digunakan sehingga akhir bulan Disember 2024. Sekiranya tidak digunakan, ia akan dibawa ke bulan seterusnya bersama dengan bantuan baru.

SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SEPTEMBER 2024

Ikuti cara semak senarai nama penerima Bantuan MyKad RM100 bagi bulan September seperti berikut:

  1. Layari laman rasmi semakan di sini: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Bahagian ‘Semakan’ akan dipaparkan.
  3. Klik pada ruangan [Nombor MyKad*].
  4. Isikan nombor kad pengenalan (contoh: 710230114567).
  5. Klik pada butang [Semakan Status].
  6. Nama penerima bulan September akan dipaparkan.

Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk kepada pihak berwajib seperti berikut:

  • Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Alamat E-mel: info@mykasih.com

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah untuk berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Baca Juga : Bantuan B40 : Terima Bantuan Tunai RM300 setiap bulan

Leave a Comment