BUDI Madani 2024 : Tarikh Bayaran Subsidi Diesel RM200 

Tahniah! Anda layak menerima subsidi diesel sebanyak RM200 melalui program BUDI Madani 2024. Baca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui tarikh bayaran, cara memohon, dan semak status dengan panduan mudah ini. Jangan lepaskan peluang untuk memperbaiki kewangan anda dengan bantuan ini daripada kerajaan.

Baca Juga : Malaysia Tamatkan Bekalan Runcit NGV Secara Penuh pada 1 Julai 2025

Pengenalan BUDI Madani 2024

BUDI Madani 2024

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

BUDI Madani adalah inisiatif kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat Malaysia, dengan memperkenalkan platform penyasaran semula subsidi diesel hanya kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Program ini bertujuan mengawal harga barang serta membantu individu terpilih dengan bantuan tunai untuk mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Tarikh permohonan untuk subsidi diesel Budi Madani bermula pada 28 Mei 2024, di mana anda boleh menerima tunai RM200 sebulan!

Objektif BUDI Madani

BUDI Madani, diwujudkan untuk memastikan peruntukan subsidi tepat sasaran kepada golongan yang layak. Dengan Belanjawan 2024, kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api untuk menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat. Terdapat tiga (3) kategori utama penerima subsidi:

  1. MySubsidi Diesel
  2. BUDI Agri-Komoditi
  3. BUDI Individu

Tarikh Bayaran BUDI Madani 2024

Untuk penerima sedia ada, permohonan baharu, dan rayuan yang diluluskan pada bulan Ogos, mereka akan menerima bantuan tunai bermula 9 September 2024. Jadual pembayaran terkini untuk penerima bagi bulan Ogos hingga Disember 2024 boleh didapati di laman web rasmi BUDI Madani.

Syarat Permohonan BUDI Madani (Individu)

Syarat kelayakan untuk memohon BUDI Individu termasuklah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan tahunan individu/pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN.
  • Memohon secara dalam talian di laman web BUDI Madani.

Kriteria Pemilikan Kenderaan

  • Kenderaan kegunaan persendirian (diesel).
  • Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif.
  • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia.
  • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.

Kenderaan Tidak Layak

budi individu tidak layak

  • Motosikal diesel.
  • Kenderaan diesel berdaftar untuk syarikat/pertubuhan.
  • Kenderaan mewah bawah usia 10 tahun.
  • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing.
  • Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, bas persiaran.

Cara Permohonan BUDI Madani

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI Individu. Langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut:

  1. Mendaftar akaun pengguna.
  2. Klik “Mohon Di Sini” untuk BUDI Individu.
  3. Masukkan maklumat pemohon dan kenderaan:
    • Nombor MyKad
    • Nombor Telefon Bimbit
    • Nama Bank
    • Nombor Akaun Bank
    • Alamat e-mel
    • Nombor pendaftaran kenderaan
    • Tarikh luput lesen kenderaan (Cukai Jalan Kenderaan)
    • Jenama/Model Kenderaan

Semakan Kelayakan / Permohonan

Status kelayakan akan dimaklumkan selepas permohonan di laman rasmi BUDI Madani di budimadani.gov.my. Sekiranya permohonan tidak diluluskan, pemohon boleh membuat rayuan bermula awal Jun 2024. Status permohonan boleh disemak melalui butang “Semak Status” pada papan pemuka permohonan.

Kaedah Pembayaran

Pembayaran bantuan akan dikreditkan ke akaun penerima atau boleh diambil secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank. Bantuan tunai RM200 pertama akan disalurkan pada 10 Jun 2024. Untuk maklumat lanjut, semak tarikh pembayaran melalui “Semak Status” di laman web BUDI Madani.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan Arahan

Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk lampiran Soalan Lazim (FAQ) di laman web BUDI Madani atau hubungi talian Pusat Panggilan Bantuan Khas Kerajaan (BKK) HASiL di 1-800-88-2747 atau talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565/4566. Anda juga boleh menghantar e-mel ke budimadani@treasury.gov.my.

Penutup

BUDI Madani 2024 merupakan langkah proaktif kerajaan dalam memastikan subsidi dan bantuan diberi kepada mereka yang benar-benar memerlukan, sekali gus mengawal harga barang keperluan. Mohon sekarang dan pastikan anda tidak terlepas peluang ini!

 

Leave a Comment