Baucar Buku RM100 Percuma: Info Fasa Seterusnya

Dapatkan RM100 baucar buku percuma sebagai pelajar IPT! Ketahui cara-cara menebus baucar ini serta maklumat penting mengenai mekanisme dan tempoh sah guna baucar.

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) layak menerima e-BaucarBuku bernilai RM100. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta pelajar IPT warganegara Malaysia. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai inisiatif ini.

Pengenalan e-Baucar Buku

BAUCAR BUKU

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

e-BaucarBuku merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memupuk budaya cintakan ilmu dan buku di kalangan pelajar IPT. Dengan memberikan baucar buku berjumlah RM100, ia diharapkan dapat menggalakkan budaya membaca serta merancakkan industri buku akademik dan wacana ilmiah tempatan. Program ini dilaksanakan secara berfasa dari 1 Jun hingga 31 Disember 2024.

Mekanisme Pelaksanaan Baucar Buku

Untuk fasa pertama, sejumlah 50,000 e-baucar akan disalurkan melalui kaedah e-baucar bagi menyokong PBAKL 2024. Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal GREaT (Graduate Reference Hub for Employment and Training) yang dikendalikan oleh KPT, bermula 1 Jun 2024 (Sabtu) jam 10.00 pagi.

Kod baucar yang terjana hanya sah digunakan untuk pembelian buku secara atas talian di platform BookCapital sahaja. Setiap pelajar hanya boleh menebus satu baucar bernilai RM100 untuk satu kali transaksi. Baki baucar buku selebihnya akan disalurkan pada fasa berikutnya dengan mekanisme yang akan diumumkan kelak.

Nota:
Pemilihan BookCapital di bawah kelolaan Perbadanan Kota Buku yang juga merupakan penganjur bersama PBAKL 2024 adalah untuk memudahkan pengguna semasa berlangsungnya pesta buku ini. Penggunaan platform lain akan diperkenalkan pada fasa berikutnya yang akan diumumkan kemudian.

Cara Semakan Kelayakan Baucar Buku

Untuk mengetahui sama ada anda layak menerima e-BaucarBuku, ikut langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi GREaT di https://great.mohe.gov.my/Voucher.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan, nombor matrik, dan jenis institusi pengajian tinggi.
  3. Klik “Semak Kelayakan”.

Permohonan e-BaucarBuku Fasa Pertama 

Permohonan e-baucar buku fasa pertama telah ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas hanya lapan jam permohonan dibuka. Permohonan fasa pertama ini telah dibuka pada 1 Jun 2024.

Cara Memohon & Menebus e-BaucarBuku

  1. Semak kelayakan di portal rasmi GREaT di https://great.mohe.gov.my/Voucher.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan, nombor matrik, dan jenis IPT.
  3. Kod akan dijana selepas semakan.
  4. Gunakan kod tersebut untuk membuat pembelian buku di platform digital BookCapital.
  5. Sah untuk satu kali transaksi pembelian sahaja.

Tempoh Pembelian Buku

Untuk baucar buku yang telah ditebus, para pelajar boleh menggunakannya untuk membeli buku bermula 1 Jun sehingga 31 Disember 2024.

Fasa Seterusnya

Penyaluran baucar buku selebihnya akan dibuat pada fasa berikutnya dengan mekanisme yang akan diumumkan kelak.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi GREaT atau ikuti laman FACEBOOK rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi.

 

Leave a Comment