Anda layak mendapat bantuan kewangan ini. Sila baca artikel ini hingga akhir untuk mengetahui cara memohon dan semak status permohonan anda dengan panduan mudah.
Jangan lepaskan peluang untuk memperbaiki keadaan kewangan anda dengan bantuan tunai tambahan SARA 2024 yang ditawarkan oleh kerajaan.
Bantuan Tunai Tambahan One Off SARA 2024 Untuk 8 Juta Rakyat Malaysia!
Berita baik! Terkini, kerajaan telah mengumumkan bantuan tunai tambahan one-off Sumbangan Asas Rahmah yang akan disalurkan kepada 8 juta penerima STR yang BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar mulai 9 Disember 2024 (Isnin). Adakah anda layak menerima bantuan tambahan ini? Jom baca selanjutnya tentang bantuan SARA dan kelayakan bantuan tambahan one-off ini.
Pengenalan Bantuan SARA 2024 (Sumbangan Asas Rahmah)
Dalam Belanjawan 2024, bantuan SARA telah diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan selama 12 bulan melalui MyKad.
Menurut Kementerian Kewangan, mulai 2024, SEMUA penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berbanding hanya kategori miskin tegar yang layak bagi tahun 2023.
Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA 2024)
Dua kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar. Penerima yang layak merangkumi golongan miskin dan miskin tegar berdasarkan data eKasih. Peningkatan kadar bantuan Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan adalah kepada RM1,200 (2023: RM600) dan Bujang kekal RM600.
NOTA
Penerima STR serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih juga layak terima bantuan SARA 2024 seperti berikut:
- Penerima STR Isi Rumah serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM300 setahun.
- Penerima STR Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM150 setahun.
Semakan Kelayakan SARA One-off
Bagi yang belum tahu cara untuk membuat semakan, status kelayakan ini akan dipaparkan dalam laman web STR. SARA one-off ini adalah khas untuk penerima STR yang bukan dari kategori miskin/miskin tegar seperti yang menerima bantuan bulanan sebelum ini. Anda akan menerima status seperti di bawah:
Penerima yang layak boleh membuat semakan terus di laman web STR, iaitu melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Untuk makluman, bayaran SARA one-off ini akan dikreditkan ke akaun penerima mulai 9 Disember 2024.
Semakan Kelayakan SARA 2024 Bagi Penerima MyKasih
Contoh paparan status bagi penerima yang lulus RM1200 dan menerima bayaran secara tunai melalui 2 kali bayaran – Penerima ini merupakan penerima Sabah/Sarawak. Bagi yang menerima paparan jumlah yang layak RM1200, anda akan menerima kredit RM100 sebulan melalui MyKasih.
Penerima yang menerima bayaran secara bulanan ini merupakan penerima di Semenanjung Malaysia. Bagi penerima daripada kategori miskin/miskin tegar/penerima e-Kasih, semakan juga boleh dibuat melalui laman web MyKasih. Pautan semakan pantas: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus. Jika status anda LAYAK, anda akan menerima paparan seperti di bawah. Tetapi jika tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.
Jika anda ingin mendaftar eKasih, sila rujuk langkah-langkah pendaftaran di sini: eKasih: Pendaftaran, Semakan Status & Jenis Bantuan Yang Diterima.
Kaedah Penyaluran Bantuan SARA 2024 & Tarikh Bayaran
i) Penerima Semenanjung
Bagi penerima Semenanjung, anda akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:
Bulan | Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan | Bujang |
Januari 2024 | RM 100 | RM 50 |
Februari 2024 | RM 100 | RM 50 |
Mac 2024 | RM 100 | RM 50 |
April 2024 | RM 100 | RM 50 |
Mei 2024 | RM 100 | RM 50 |
Jun 2024 | RM 100 | RM 50 |
Julai 2024 | RM 100 | RM 50 |
Ogos 2024 | RM 100 | RM 50 |
September 2024 | RM 100 | RM 50 |
Oktober 2024 | RM 100 | RM 50 |
November 2024 | RM 100 | RM 50 |
Disember 2024 | RM 100 | RM 50 |
Jumlah | RM 1200 | RM 600 |
ii) Penerima Sabah/Sarawak
Bagi penerima di Sabah/Sarawak, anda akan menerima bayaran RM600 / 2 kali bayaran pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan mulai September 2024 melalui pengkreditan ke akaun bank secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM)
iii) Penerima STR Bukan Miskin / Miskin Tegar
Bayaran SARA akan disalurkan kepada penerima STR bukan miskin dan miskin tegar secara berperingkat mulai 9 Disember 2024. Kaedah pembayaran adalah secara tunai melalui akaun bank, iaitu seperti mana kaedah pembayaran STR sebelum ini.
Cara Beli Barangan Bantuan MyKasih 2024
Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 selama 12 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
Pasar raya/kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad. Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas/aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Anda boleh semak video tutorial yang disediakan melalui WhatsApp atau YouTube (https://youtu.be/AuNFYupVcXA) atau hubungi nombor talian tertera yang telah anda terima melalui Sistem Pesanan Ringkas/aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih. Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:
Kaedah Pembelian Barangan Keperluan:
- Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Cara Semakan Baki SARA 2024
Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:
- Semakan portal rasmi MyKasih: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Semakan resit pembelian.
- Aplikasi MyKasih (MyKasih App) kini boleh dimuat turun di Google Play atau Apple App Store untuk memudahkan penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk menyemak baki dalam akaun MyKad, jenis barangan yang boleh dibeli, dan kedai terdekat untuk membuat pembelian. Layari https://mykasih.com.my/mykasih-app/ untuk muat turun aplikasi ini.
Senarai Kedai
Mengambil kira sambutan program SARA yang menggalakkan pada tahun lalu, kerajaan juga telah meluaskan rangkaian rakan runcit (pasar raya/kedai) yang mengambil bahagian kepada 515 buah (setakat 17 Januari 2024) berbanding 424 buah (tahun 2023) di seluruh negara.
Rujuk senarai kedai yang berdaftar di setiap negeri di sini: https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di laman web MyKasih (https://mykasih.com.my/) atau Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.
Maklumat Lanjut
Sila klik Siaran Media Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Sila klik https://bantuantunai.hasil.gov.my berkenaan soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA.
Sila klik https://www.mykasih.com.my mengenai maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA.
Portal Manfaat MOF MySTR, eKasih.