MyKasih 2025: Panduan Permohonan Dan Kelayakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

Ketahui cara permohonan dan kelayakan untuk mendapatkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah bagi mereka yang memerlukan sokongan kewangan. Jangan lepaskan peluang ini!

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

MyKasih 2025: Panduan Permohonan Dan Kelayakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

 

Dalam Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan yang telah dinaikkan kepada RM13 bilion bagi STR 2025 dan SARA 2025 (MyKasih), berbanding RM10 bilion sebelum ini. Inisiatif bantuan ini akan disalurkan kepada sembilan juta penerima, mewakili sekitar 60 peratus penduduk dewasa di Malaysia.

 

Pengenalan Bantuan SARA 2025

SARA adalah singkatan kepada Sumbangan Asas Rahmah, yang merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih. Pelaksanaan program ini telah ditambah baik pada tahun 2024 dan akan diteruskan pada tahun 2025 melalui program MyKasih, untuk memenuhi keperluan barangan asas.

 

Butiran Bantuan dan Kelayakan

Bagi STR 2025, kategori isi rumah akan menerima peningkatan penerima kepada 4.1 juta, berbanding 700,000 pada tahun 2024. Penerima akan menerima SARA RM100 sebulan melalui MyKad mulai April 2025 untuk pembelian makanan, minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan, dan produk kebersihan diri di lebih daripada 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.

Manakala kategori bujang pula akan menerima STR bernilai RM600 pada tahun 2025 berbanding RM500 pada tahun 2024. Penambahan peruntukan sebanyak RM3 bilion membolehkan kadar maksimum diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 berbanding RM3,700.

 

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih sehingga 31 Oktober 2023

 

Pelaksanaan Bantuan SARA 2025

Program SARA 2025 akan dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025, dengan tujuan mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan dalam kerangka Ekonomi MADANI. Di bawah program ini, penerima yang layak boleh menerima barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar.

Setiap penerima yang layak akan menerima sumbangan sebanyak RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan melalui pembelian tanpa tunai. Untuk kategori bujang pula akan menerima STR RM600 setahun.

 

Kategori dan Jumlah Bantuan SARA 2025

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah seperti berikut:

 

Kaedah Penyaluran

Bantuan SARA bagi penerima di Semenanjung Malaysia akan disalurkan RM100 sebulan untuk isi rumah, RM600 untuk warga emas tiada pasangan, dan RM600 untuk golongan bujang. Di Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan, bantuan ini disalurkan dua kali setahun.

Bantuan disalurkan secara automatik ke dalam akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima, membolehkan mereka membeli barangan runcit asas di bawah kategori produk yang diluluskan oleh pasar raya dan kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

 

Tarikh Bayaran

Program SARA 2025 bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh bayaran, kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa.

 

Cara Pembelian dan Semakan Baki SARA 2025

Setelah diluluskan dan didaftarkan ke SARA, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 selama 12 bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barangan keperluan asas terpilih.

Kedai-kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai sistem pembayaran MyKasih. Penerima SARA yang layak akan dimaklumkan melalui SMS atau WhatsApp oleh MyKasih tentang status penerimaan, tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit terdekat.

 

Julat Barangan yang Dibenarkan

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan:

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman
  • Makanan dalam tin
  • Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan

Barang keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima.

 

Proses Pembelian

  • Simpan Resit Untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
  • Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan membeli barangan keperluan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima.
  • Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barangan yang ingin dibeli.
  • Bayar Menggunakan MyKad: Penerima memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi.

 

Semakan Baki SARA 2025

Penerima boleh menyemak baki SARA 2025 melalui:

  • Portal rasmi MyKasih di app.mykasih.net
  • Semakan resit pembelian
  • Aplikasi MyKasih yang boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple App Store.

 

Maklumat Tambahan

Untuk maklumat lanjut, penerima boleh merujuk kepada senarai soalan lazim, portal rasmi STR dan laman web lain yang berkaitan seperti yang tertera dalam laman web Bantuan Tunai, serta mendapat kemas kini terkini melalui laman web rasmi Kementerian Kewangan dan Parlimen Malaysia.

 

Baca info lain:

Leave a Comment