BANTUAN RM150 MYKAD 2024: Cara Mudah untuk Semak Kelayakan Anda

BANTUAN RM150 MYKAD 2024: Panduan lengkap untuk semakan kelayakan dan cara memohon bantuan. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bantuan ini!

Kad pintar MyKad kini boleh dijadikan sebagai kad untuk menerima bantuan tunai daripada kerajaan. Inisiatif ini masih lagi diteruskan pada tahun ini, namun bantuan ini adalah terhad kepada rakyat dewasa Malaysia yang berkelayakan sahaja.

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN RM150 MYKAD 2024

BANTUAN RM150 MYKAD

Join Wassap Group Info Bantuan B40 & M40!
Hanya join group ini jika anda memerlukan sahaja! https://chat.whatsapp.com/IRP8bCQ5lmDLNTOpT7IKDB

Ikuti cara semakan kelayakan penerima Bantuan MyKad bagi tahun 2024 seperti berikut:

  1. Sila layari pautan semakan rasmi di sini: Portal Semakan SARA.
  2. Bahagian Semakan akan dipaparkan.
  3. Masukkan Nombor MyKad dengan betul tanpa tanda hubung (-). Contoh: 830101011234.
  4. Masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  7. Selesai.

TARIKH BANTUAN 150 MYKAD DIKREDITKAN

Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan tunai ke dalam MyKad penerima secara ansur mengikut tarikh yang terbaru seperti berikut:

BIL.TARIKH KREDITJUMLAH BANTUAN
101/10/2024RM50
201/11/2024RM50
301/12/2024RM50

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 150 MYKAD

Berikut merupakan kelayakan penerima Bantuan RM150 dalam MyKad:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Beralamat di negeri Semenanjung Malaysia;
  3. Berumur 21 hingga 59 tahun;
  4. Bujang/Balu/Duda/Janda tanpa anak;
  5. Pendapatan bawah RM2,500 sebulan;
  6. Bukan pelajar sepenuh masa IPTA/IPTS;
  7. Merupakan penerima Bantuan Tunai Rahmah 2024;
  8. Tersenarai dalam data e-Kasih.

KEGUNAAN BANTUAN 150 MYKAD

Setiap penerima yang layak boleh menggunakan bantuan dalam MyKad untuk membeli:

  1. Barangan asas dapur;
  2. Kelengkapan kebersihan;
  3. Ubat-ubatan; dan
  4. Peralatan persekolahan/pendidikan.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:

  • Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Alamat E-mel: info@mykasih.com

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: Portal Rasmi SARA.

 

Leave a Comment