SJKP MADANI 2024 (Skim Jaminan Kredit Perumahan) merupakan inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang ditawarkan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad untuk individu dengan pendapatan tidak tetap.
PENGENALAN SKJP MADANI 2024
Di bawah Belanjawan 2023, Skim Jaminan Kredit Perumahan – MADANI (SJKP-MADANI) adalah satu inisiatif Kerajaan yang diselenggarakan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad.
Skim ini bertujuan untuk membantu golongan pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji, seperti pekerja ekonomi gig, pemilik perniagaan, peniaga, atau usahawan kecil, dengan menyediakan kemudahan gadai janji.
Perkara | Penerangan |
Tujuan Pembiayaan | Pembiayaan gadai janji |
Had Pembiayaan | Sehingga RM360,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT/LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian) |
Jenis Pembiayaan | Pinjaman/Pembiayaan bertempoh |
Tempoh Pembiayaan | Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan) |
Jaminan Pembiayaan | – Jaminan pembiayaan sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman, merangkumi: Sehingga maksimum 100% harga rumah; dan Sehingga maksimum 20% daripada harga rumah bagi MRTA*/MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai, dan pembelian perabot |
Kadar Faedah/Keuntungan | Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat |
SYARAT KELAYAKAN SJKP MADANI 2024
- Individu yang adalah Warganegara Malaysia dan berusia 18 tahun ke atas layak memohon.
- Pinjaman dua generasi adalah dibenarkan.
- Kategori pendapatan yang diterima adalah tidak tetap atau sebagai pekerja bebas.
- Terbuka juga kepada individu dengan pendapatan tetap.
- Pinjaman untuk pembelian rumah pertama, sama ada rumah baru, sedia ada, atau lelongan, adalah diterima.
- Pemohon juga boleh memilih rumah baru, sedia ada, atau lelongan untuk didiami.
- Jumlah bayaran balik pinjaman tidak boleh melebihi 65% daripada pendapatan kasar bulanan.
- Tiada rekod tunggakan CCRIS melebihi 2 bulan dalam tempoh 12 bulan terkini.
- Tiada catatan kredit negatif lain dalam tempoh 24 bulan.
CARA MOHON SJKP MADANI 2024
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Kategori | Dokumen |
Kediaman/Rumah | Perjanjian asal Jual Beli/ borang tempahan/ resit bayaran muka kediaman/rumah |
Pendapatan | Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada) |
Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini | |
Surat pengesahan pekerjaan | |
Dokumen Sokongan | Salinan Kad Pengenalan pemohon |
Lain | Surat Pengesahan (jika ada) |
Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan) | |
Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank. |
RUJUKAN PENTING
MAKLUMAT LANJUT
Agensi Pelaksana:
Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Telefon:
+603-2096-5000
Emel:
enquiry@sjkp.com.my
BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON
BANTUAN IBU TUNGGAL 2024 : Senarai bantuan & panduan mohon
BANTUAN GERAN PELANCARAN RM2700 : Semak kelayakan dan mohon disini!
BANTUAN KEWANGAN OKU RM300 : Semak kelayakan & cara mohon disini!