Bantuan khas untuk golongan B40! Segera semak kelayakan anda untuk sokongan dalam pembelian barang dapur melalui MyKad di tahun 2024. Jangan lepaskan peluang ini!
Baca Juga : RM150 Setiap Bulan Dari eKasih: Ketahui Cara Mohon
Bantuan Khas Pembelian Barang Dapur Melalui MyKad untuk B40
Kad Pengenalan, atau ringkasnya MyKad, kini juga boleh digunakan untuk menerima bantuan daripada kerajaan khas untuk pembelian barang dapur secara tanpa tunai sama seperti penggunaan kad bank (paywave) dengan nombor PIN.
Bagaimanakah cara untuk menyemak bantuan dalam MyKad untuk pembelian barang dapur B40? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
KELAYAKAN Bantuan Khas Pembelian Barang Dapur Melalui MyKad
Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad untuk pembelian barang dapur adalah terhad kepada kumpulan B40 yang berkelayakan seperti berikut:
ISI RUMAH:
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu/Bapa Tunggal yang mempunyai anak;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan.
WARGA EMAS:
- Berpasangan / Bujang; atau
- Ibu/Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada tanggungan; serta
- Had umur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan.
BUJANG:
- Bujang / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
- Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas;
- Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
NEGERI TERLIBAT Bantuan Khas Pembelian Barang Dapur Melalui MyKad
Hanya negeri-negeri berikut yang terlibat dalam penyaluran bantuan dalam MyKad untuk pembelian barang dapur:
- Terengganu
- Kelantan
- Pahang
- Kuala Lumpur
- Selangor
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Johor
- Perlis
- Perak
- Kedah
- Pulau Pinang
JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANG DAPUR 2024
Berikut merupakan jumlah Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad untuk pembelian barang dapur:
Isi Rumah:
- Berpasangan: RM1,200 setahun
- Tunggal: RM1,200 setahun
Warga Emas:
- Berpasangan: RM1,200 setahun
- Tunggal / Bujang: RM1,200 setahun
Bujang:
- RM600 setahun
SEMAK BANTUAN DALAM MYKAD UNTUK PEMBELIAN BARANG DAPUR B40 2024
Ikuti cara semakan Bantuan Dalam MyKad untuk pembelian barang dapur:
- Layari pautan Laman Semakan di sini: MyKasih
- Halaman utama Bantuan akan dipaparkan.
- Layarkan ke bawah dan klik pada butang [SEMAK].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan ‘Nombor MyKad’.
- Masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik pada butang [Semak Status].
- Status MyKad penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:
- Laman Bantuan: Hubungi Kami
- Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel: info@mykasih.com
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi dari: FAQ Bantuan SARA MyKasih